Jumaat, 27 Ogos 2010

Aku + Kopi O + Karipap Sardin = Tak Boleh Dipisahkan :)


            Menu wajib aku dibulan puasa ialah Kopi O panas (bukan sebarang kopi tau, kopi cap TV dari Kluang) dan karipap sardin.....ermmm, sedap sangat. Impak makanan ini sangat kuat. Contohnya, apabila aku rasakan dah cukup membeli juadah untuk berbuka puasa, aku pasti akan membeli juga karipap sardin walaupun hanya 3 biji sahaja. haha

            Pada hari biasa, agak sukar bertemu dengan karipap sardin yang 5 bintang. Walaupun begitu, karipap yang 3 bintang pun aku bedal juga asalkan karipap sardin.

           Aku jatuh cinta dengan karipap sardin ini sejak kecil lagi. Seingat aku, karipap sardin yang dibuat oleh mak rakan sekelas aku-masa di Sekolah Agama Rakyat Kg. Tengah Kluang, untuk jamuan akhir tahun memang tak boleh lupa. Masa itu aku kecil lagi, mungkin dalam umur 9 atau 10 tahun. Ustazah hadkan seorang 1 biji karipap sahaja. Huhu. Kalau tak di hadkan, aku rasa, mahu aku bedal 5 biji haha. Karipap ini, memang best giler, tak pernah lagi aku jumpa karipap sardin yang sesedap ini. Aku bagi 10 bintang :)

           Aku menjadi pening untuk mencari karipap sardin (yang hanya ada sardin sahaja) kerana selalunya penjual akan campur dengan kentang. Tapi aku dah jumpa karipap sardin yang isinya sardin sahaja iaitu di bazaar Ramadhan Taman Puan Chik :) Karipap akak ini 5 bintang!

             Aku pastinya akan merindui karipap jualannya setelah tamat bulan Ramadhan huhu. Selagi ada bulan puasa ini kak, saya akan jadi pelanggan setia akak :) 5 bintang untuk karipap sardin jualan akak!


Khamis, 12 Ogos 2010

Abang Macho Tapi Hancor

 

             Soalan 1: Awak semua ni nampak tak gambar kat atas? 
             Jawapan :Cakaplah nampak, penat jer aku tepek gambar tu tau..

             Soalan 2: Gerun tak tengok gambar tu?
             Jawapan: Cakaplah "gerunnnnnnn sangat" hehe

            Soalan 3: Kenapa ada gelak pula kat jawapan di atas?
            Jawapan: Memang gerun, tapi bedal aje lah


                                                

         Mari dengar kisah benar ini. Pada suatu hari (ceh wah) aku pergi ke kedai depan sekolah untuk membeli tempe kalau tak silap lah, lepas balik sekolah.

            Masa nak bayar di kaunter, abang macho tapi hancor ni berdiri di sebelah aku...

            "Bang, rokok sekotak..." (aku tak ingat jenama apa yang dia sebut)

            Abang kedai tu pun meletakkan sekotak rokok di atas kaunter untuk abang macho tu. Tapi dengan sepantas kilat, abang macho tapi hancor tu berkata:

             "Ish, tak nak lah yang ini, ambik yang lain, yang lain"

             Abang kedai tu pun tukar dengan kotak rokok yang bergambar lain.

             Sebenarnya, di situ lagi aku nak tergelak, tapi tahan saja. Maknanya, ada gambar pada kotak rokok yang kurang "menyegat" dan ada yang terserlah "boleh menyengat" HAHAHAHA

              Aku pun bayar lalu berlalu sambil senyum lebar :)
              
              Pesanan kepada Abang Macho Tapi Hancor: semoga abang diberi kekuatan keimanan sepanjang bulan Ramadhan ini ^_^ Amin.
           



Rabu, 11 Ogos 2010

Apabila Orang Tua Tersenyum...


        Semalam aku pergi buat gambar, eh, salah...macam mana nak buat gambar kan? Bukan, bukan buat gambar tapi pergi basuh gambar...faham tak? Macam ni, aku nak scan gambar pasport yang ada (yang tinggal hanya sekeping sahaja tu) di kedai gambar. Sebab terdesak sangat nak guna dan aku tiada masa nak betul-betul kan tudung untuk ambil gambar yang baru...hemmm.

           Jadi, lagi 5 minit pukul 10 pagi, aku dah sampai di depan bangunan Kiara. Tapi malangnya tutup. Aku terlupa kedai buka pukul 10 pagi. hehe. Setelah bangunan Kiara di buka, aku pun masuklah.

             "Akak mau apa?"
             "Cuci gambar pasport boleh?
             "Boleh, akak mau cepat ke?"
             "Ye"
             "Kalu mau cepat aa, pergi dekat HQ kat depan "tut"
             "Harga berapa?
             "RM17, 4 keping gambar" 
             "Mahalnyer"
             "Biasa aaa kak"

             Dalam perjalanan aku ke HQ tadi, aku ternampak 1 kedai gambar. Lepas parking kereta, aku nak melintas jalan. Waktu itu banyak kereta dan tak memberi peluang sedikit pun nak melintas. Kebetulan, ada 2 orang perempuan Cina pun nak melintas juga. Salah seorangnya, mungkin berusia lebih dari 70 tahun dan seorang lagi sekitar 40-an. 

              Daripada jauh lagi nenek tua itu dah senyum pada aku. Andaian aku, nenek ni senyum kat siapa? aku ke? Aku pun senyum balik. Tiba-tiba dia bercakap sesuatu yang ditujukan pada aku dalam bahasa Cina. Aku tak faham, aku diam sahaja. Anak dia (mungkin yang berusia 40-an itu) cuba membawa maknya melintas jalan, tapi masih tak lepas. 

               Tiba-tiba, nenek tua itu pun memegang tanganku dan mengajak supaya melintas bersama-sama. Aku pun malulah sebab sepatutnya, aku yang bawa dia melintas. Ni terbalik pulak. Adui....(tepuk dahi sendiri) dan akhirnya kami bertiga berjaya melintas jalan.

               Bila dah sampai diseberang jalan, nenek tua itu masih belum melepaskan tangannya, dan ingin aku bersama-sama dia meneruskan jalan. Dengan cara baik, aku tunjuk pada kereta aku, dan dia pun lepaskan tangannya. Sekali lagi dia bercakap dalam bahasa Cina. Aku senyum sahaja.

                 Nenek tua ni senyum sahaja, sangat manis tau senyumannya. Tengok, dia senyum tanpa kira dia bangsa apa dan pada siapa dia senyum. Aku tak tahulah kalau dia rabun, dan tak dapat bezakan orang yang dia lihat. Tapi situasi itu memang memberikan kesan pada aku. Anda pula??? Adakah anda senyum pada bangsa lain?? Adakah anda senyum pada bangsa anda sendiri?? Tolong jawab ye :)


Selasa, 3 Ogos 2010

Tips Untuk Penjual Insuran/Takaful dan Sewaktu Dengannya


            Hari ini sewaktu makan tengahari, aku didatangi eh, ke nak tulis aku yang mendatangi dia...hehe..sebab aku datang ke kantin tanpa perasan ada agen insurans di situ.

            Lepas mengambil nasi separuh, sup kentang, kacang panjang masak lemak cili api (agak pedas bagi aku) , ikan kering sepat yang comel saja bentuknyer dan air suam, aku pun mengambil tempat duduk.

            Aku pun menyapa dia (tanpa mengetahui yang dia tu agen insurans) "makan"....

            Dia pun cakap "sila, cikgu...."

            Waktu ini aku tengah makan seorang diri. Tiba-tiba dia pun duduk semeja dengan aku...alamak, segan pulak, dah lah lelaki, pastu aku tengah makan pulak. Macam tak lalu nak makan aje.

           "Cikgu, saya datang dari "tut" nak kongsi dengan cikgu pelan kami"

           Dia pun mengeluarkan pamplet dari beg hitam nyer...sambil bercerita, dia menunjukkan pamplet dia itu dengan menggunakan jari telunjuknyer.

          Mak ai, CANTIK BETUL JARI TELUNJUKNYER....aku terkesima seketika...siap ada aksesori di hujung-hujung jari telunjuknyer. Aduhai, aku nak makan ni...

            Sambil makan, dia asyik bercerita pasal pelan insurans dia. Dengan megah dia kata ada ramai klien di bawah dia. Tidak sedarkan klien-klien dia pada jari telunjuk agen itu yang hemmmmmmmmmmm

            Seseorang agen itu perlu nampak kemas, walaupun prospek ko ni nampak macam tiada duit, nampak selekeh saja tapi ko sebagai agen jangan selekeh ok.

            Nasihat aku pada agen-agen yang bakal menemui aku, siapkanlah diri dengan ilmu, sebabnyer, aku memang seorang yang banyak tanya, aku akan bandingkan satu produk dengan produk yang lain. Aku masih ingat lagi pengakuan seorang agen insurans yang mengakui bahawa aku adalah salah seorang prospek yang agak sukar dihadapi, sebab soalan aku bukan calang-calang ok. Bukan senang hendak membeli keyakinan aku, aku sangat berhati-hati :)

            Satu lagi, sebagai klien, aku suka kalau agen itu suka membri ucapan contohnya ucap selamat hari guru, atau selamat menyambut ramadan, maknanya hubungan berterusan, jangan masa nak klien, bukan main manis lagi mulut, lepas tu, blah...........fitrah manusia, suka dihargai, ingat itu ya, para agen sekalian ^_^




        

Isnin, 2 Ogos 2010

Hand Phone Ku Nazak

          
            Pada hari Khamis baru-baru ini, hand phone ku pergi bersiar-siar secara tidak sengaja dalam lubang tandas sekolah. UWAAAAA  tension betul.

          Aku pun apalagi, gobok (bahasa Negeri Sembilan yang bermaksud korek) lah lubang tandas tu dengan tangan. psst..masa tu keadaan sangat mendesak, di mana aku dah tak fikir lagi nak guna plastik ke apa ke) tapi sekarang ni tangan aku ni dah suci murni ok...

            Masa aku gobok tu, aku dah tak fikir lain dah, aku harus selamatkan data-data yang ada dalam hand phone itu. Aku fikir, sim card rosak tak mengapa, sebab nanti boleh dapat nombor yang sama, tapi masalahnya data-data tu, uishhh macam nyawa aku tu.

         Berbekalkan tangan aku yang pendek ni, memang dah tak boleh pergi jauh, so aku pun berhenti berharap........macam lagu Sheila On 7 plak. Aku keluar dari tandas dan ternampak seseorang yang boleh aku harapkan..."tolong En. Pilin, tolong selamatkan hand phone saya". 

            En. Pilin pun tolonglah gobok tandas tu dengan menggunakan plastik sampah yang warna hitam tu. "susah ni cikgu" bila keluar ayat itu saja, aku dah lemah dah, habislah hand phone aku, dalam masa 5 minit, akhirnya hand phone aku berjaya di keluarkan.......wah, dapat juga akhirnya, habis basah kuyup hand phone tu.

             Setelah ia melalui proses pengeringan, sekarang tibalah masa ia di hantar ke kedai untuk proses baik pulih huhu, harapanku semoga ia cepat sembuh seperti sedia kala. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...