Isnin, 1 Ogos 2016

Terima Cek HSBC Dari Celcom, Bukan Nuffnang

cek, cel celcom, celcom, cek hsbc, hsbc

Setelah 4 hari tiada di sekolah pada minggu lepas, sebab ada urusan di luar sekolah, hari Jumaat yang lalu saya menerima 2 sampul putih.

Dalam otak saya, macam biasalah, kalau dah sampul warna putih ni, biasanya surat hutang. Huhu.

Tapi, tekaan saya meleset.

1 sampul surat hutang. Ok, yang ini saya tak nak ulas panjang-panjang. Haha!

1 sampul lagi mengandungi Cek HSBC. Mula-mula saya ingatkan ianya Cek Nuffnang, tetapi bukan!

Cek HSBC itu daripada Celcom! Haha! 

Saya punyalah tertanya-tanya, bila masa pulak saya pakai line Celcom ni?

Isnin, 25 Julai 2016

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM: Kaunseling Keluarga


kaunseling keluarga, keluarga, family

Sorry, dah lama tak update blog. 

Hari ini ada Program Sarana Psikososial di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM.

Program ini melibatkan 4 sasaran:
1. Pengetua dan Guru Besar
2. YDP PIBG
3. Kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. AKP

Program ini dikendalikan oleh Kaunselor di Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM. 

Dalam program ini, ada banyak input baharu kepada kaunselor sekolah. Mungkin kurangnya kecairan maklumat di peringkat sekolah. 

Apa yang menariknya, program ini mengajak kaunselor terutamanya saya yang dah tua ni mengulangkaji pelajaran haha!

So, hari ni, kami mengulangkaji subjek Kaunseling Keluarga.

Ada 3 Teknik Kaunseling Keluarga:

1. Teknik 'Joining'
Kaunselor mempamerkan kemahiran lisan dan tanpa lisan, kecekapan, tidak menyebelahi mana-mana ahli keluarga, empati dan memahami kehendak dan perasaan setiap individu dalam keluarga tersebut.

  • 3 Cara Joining
a) Tracking
b) Lakonan Mimik
c) Confirmation of family member (pengesahan oleh ahli keluarga)

2. Teknik 'New Talk'
Teknik ini adalah satu kaedah yang memerlukan ahli keluarga, menyatakan sesuatu perkara yang tidak pernah diungkapkan kepada ahli keluarga tersebut.

Jumaat, 17 Jun 2016

Bahaya: CJ WOWShop dan Go Shop

CJ WOW Shop


GO SHOP

Ingat tak masa dulukala, ada Smart Shop? Tapi rancangan tu tak sepopular macam CJ WOWShop dan Go Shop. Saya pasti, semua orang pernah tengok logo di atas. Begitu popular di TV sekarang ni.

Tidak dinafikan sekiranya tiada apa yang nak ditonton di TV, saya akan menonton Go Shop. Tak beli pun, cuma suka tengok gelagat pengacara yang petah menjual barang.

Barang pertama yang saya beli ialah seterika di Go Shop.
go shop, steam q, iron, seterika

Seperti orang lain juga, saya pun suka membeli barangan yang sebegini. Akhirnya, saya tewas juga melihat kecanggihan seterika ini.

Tapi, indah khabar dari rupa. Seterika ini tidaklah seperti yang dilihat di TV ye. Tak pastilah kalau seterika saya sahaja, orang lain punya sama canggih dengan TV.

Maksud saya, seterika ini macam seterika biasa kita itu je. Cuma, kelebihannya, ia senang nak di bawa ke mana-mana.

Barang ke-2 yang saya beli dari Go Shop ialah:
kloken spin mop set, mop, go shop
Kloken Spin Mop Set

Ini ialah idaman mak saya. So, saya pun belilah. Balik masa cuti hari tu, mak kata dia suka sangat mop ni. Alhamdulillah. Saya pun tengok macam senang je mak guna. 

Dalam hati saya, "nasib baik mak suka, kalau tak naya aku kena beli lain huhu"

Sehari sebelum balik cuti sekolah hari tu, abah ada telefon, menyampaikan hasrat mak yang nak kan periuk baru. Aku pun jawab, "ok nanti kita tengok ye"

Sampai-sampai kat rumah je, mak cakap:
"Kak, aku nak periuk kat WOWShop"

Saya: WOWShop?

Mak: Alaa, macam Go Shop tu. Ko tak tengok ke? Dia kat TV3, NTV7, TV9

Saya: Pernah dengar, tapi tak pernah tengok.

Mak: Ha, nanti keluar iklan, aku panggil ko. Bagus kak periuk tu.

Muka mak sangat teruja ok. 

Setelah menunggu beberapa hari, iklan periuk tak keluar pun. 

Saya: Mak, ntah-ntah stok dah habis tak haha!

Mak: Eh, mana boleh habis!

Akhirnya hari Rabu, keluarlah iklan periuk idaman mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...