Isnin, 25 Julai 2016

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM: Kaunseling Keluarga


kaunseling keluarga, keluarga, family

Sorry, dah lama tak update blog. 

Hari ini ada Program Sarana Psikososial di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Program Sarana Psikososial (Zon Selatan) KPM.

Program ini melibatkan 4 sasaran:
1. Pengetua dan Guru Besar
2. YDP PIBG
3. Kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. AKP

Program ini dikendalikan oleh Kaunselor di Bahagian Psikologi dan Kaunseling KPM

Dalam program ini, ada banyak input baharu kepada kaunselor sekolah. Mungkin kurangnya kecairan maklumat di peringkat sekolah. 

Apa yang menariknya, program ini mengajak kaunselor terutamanya saya yang dah tua ni mengulangkaji pelajaran haha!

So, hari ni, kami mengulangkaji subjek Kaunseling Keluarga.

Ada 3 Teknik Kaunseling Keluarga:

1. Teknik 'Joining'
Kaunselor mempamerkan kemahiran lisan dan tanpa lisan, kecekapan, tidak menyebelahi mana-mana ahli keluarga, empati dan memahami kehendak dan perasaan setiap individu dalam keluarga tersebut.

  • 3 Cara Joining
a) Tracking
b) Lakonan Mimik
c) Confirmation of family member (pengesahan oleh ahli keluarga)

2. Teknik 'New Talk'
Teknik ini adalah satu kaedah yang memerlukan ahli keluarga, menyatakan sesuatu perkara yang tidak pernah diungkapkan kepada ahli keluarga tersebut.

3. Teknik 'Reframing'
Kaunselor mengubah pandangan klien terhadap sesuatu masalah itu.

Nota yang ditulis hanyalah 10% apa yang diulangkaji pada hari ini (saya memang malas mencatat nota). 

Kalau nak penerangan lebih lanjut, kena baca buku ye. Nota ni, untuk bacaan saya sendiri.

Keseluruhannya, saya memang suka program-program yang macam ini. 

Terima kasih kepada En. Rao dan Pn. Anum.

Terima kasih kerana memilih saya sebagai peserta.

  • p/s: 
  • minggu lepas saya tiada di sekolah 2 hari sebab demam. 
  • Hari ini tiada di sekolah sebab ikut program ini.
  • Esok sampai lusa hantar murid di Kejohanan Catur di Rembau (3 hari)
  • Hanya ada di sekolah pada hari Jumaat sahaja.
  • Saya tak pasti samaada nak bergembira atau nak berdukacita.

13 ulasan:

  1. Dapat ulangkaji semula ye? Best jg tu. :D

    BalasPadam
  2. Ini program untuk cikgulah ya. Wah, macam-macam program cikgu kena sertai sekarang ni ya! Padanlah sibuk!

    Kalau sayalah yang dah tua ni suruh belajar semula, rasanya buat air liur aje yang mampu ^_^

    BalasPadam
  3. zurainny: memang best dapat ulangkaji ;)

    mummy: program untuk kaunselor tak banyak, tahun ni lagi lah kurang berbanding tahun-tahun sebelum ini...mungkin poket kerajaan dah tipis huhu

    BalasPadam
  4. bergembiralah.. takkan nak berduka cita pulak.. huhu

    BalasPadam
  5. zik: dua2 perasaan ada ;)

    BalasPadam
  6. bolehlah refresh ilmu dulu2 kan cikgu

    BalasPadam
  7. sis raihanah: yep, betul tu sis ;)

    BalasPadam
  8. bertambahlah lg kesibukan seorg guru ya...

    BalasPadam
  9. Wah...terbaik ulangkaji heheheh :) aku buat n belajar sendiri jer..Terbaik KPM :)

    BalasPadam
  10. zuhanif: dah tua2 nih bagus gak buat ulangkaji hehe

    BalasPadam
  11. menarik plk tips kedua yang new talk..sbb ciktom dh praktiskan dengan abg ciktom time kitorang gaduh..alhamdulillah lepas tu okay bila luahkan apa yang terbuku selama ni..rupa2nya sama2 nak jaga hati..bahaya pendam lama2..

    kadang2 dah tua2 ni kena byk lagi study n refresh ilmu..tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ilmu kena 'gali' lagi, banyak benda yang saya tak tahu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...