Rabu, 31 Mac 2021

Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (Seremban)

 



Assalamualaikum dan hai kawan-kawan.

Pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 28 Mac 2021, saya dan sahabat saya Nadia telah berkunjung ke Perpustakaan awam Negeri Sembilan yang terletak di Seremban 2. Jujur saya hendak beritahu kepada kalian bahawasanya saya tidak pernah menjejakkan kaki di perpustakaan awam Negeri Sembilan walaupun hampir 12 tahun saya bermastautin di sini. 

Semuanya bermula apabila saya melihat satu video di Instagram perempuanbackpacker  yang menunjukkan keadaan dalam Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Kalian boleh lihat posting itu di sini. Perasaan ingin tahu muncul. Hehe.

Ok, jom tengok beberapa keping gambar yang saya telah ambil semasa di sana.


Ini adalah buku tulisan braille, ada macam-macam tajuk.



Ada ruangan untuk mengaji.



Ini buku yang saya sempat baca semasa di sana. Menarik sangat.



Ada kafe. Saya minum Cappucino dan makan tart telur (yang telah dipanaskan menggunakan oven). Harganya RM5.50 kalau tak silap.



Kami sempat bergambar kenangan di kawasan kafe.



Ada gerobok rezeki ya. Boleh ambil mengikut keperluan. Sebenarnya saya suka almari yang terbuka macam ini, berbanding dengan almari berkunci.



Buku percuma. Boleh ambil. Wow! saya suka konsep begini.



Jika kalian ada buku-buku yang nak didermakan, boleh lah pertimbangkan untuk derma di sini ya.


Sebahagian ruangan untuk kanak-kanak.


Yeah! saya dah ada kad ahli. Kad ahli ni percuma sahaja. Saya buat kad ini sebab nak main permainan e-sport dalam perpustakaan awam Negeri Sembilan ini. Kad ini sah sehingga setahun. Kemudian kena perbaharui.

Jika kalian ingin meminjam buku, boleh pinjam sehingga 2 buah buku selama 2 minggu.

Oh ya, lokasi Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ini sangat hampir dengan Pasaraya Aeon Seremban 2 ya. Tempat kesukaan saya ni. Haha. 

website: klik sini
facebook: klik sini

Begitulah serba sedikit coretan saya tentang Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Siti Hazreen, 
Suka baca buku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...