Rabu, 27 Januari 2021

Stress: Memacu atau Memaku?

 


Assalamualaikum dan hai kawan-kawan,

Selamat petang, selamat hari Rabu.

Belum genap seminggu PKP diisytiharkan di Negeri Sembilan ya. Lama betul nak habis PKP ni. Huhu.

Jadi, sajalah nak beritahu kalian, bahawasanya saya memang stress dengan PKP. Just admit it, ya saya memang stress. 

PKP hari Jumaat, petang Jumaat itu saya sudah mula rasa sakit bahu, menarik ke leher. Malam sakit kepala kiri. Esoknya, sebelah kanan pula. Saya kalau sakit kepala, selalunya lebih sehari.

Sabtu pula demam. Wah, demam ini jangan main-main. Kemungkinan dia datang dengan pakej seperti selsema dan batuk pula.

Saya sudah lama tidak mengalami demam ya. Kali terakhir demam ialah semasa di semester pertama pengajian di UPM. Saya ingat lagi waktu itu, saya tumbang 4 hari. Ya, 4 hari, demam sekali dengan pakej selsema dan batuk selama 2 minggu. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya syak, mungkin sebab stress sambung belajar. Iya lah, dengan masa itu perlu memandu jauh, duduk bilik sewa, kawan-kawan baru, suasana serba baru. Terkejut mungkin.

Hari Ahad saya memesan makanan luar. Petang Ahad, saya mengalami cirit-birit. Mulanya, saya tak perasan bahawa itu cirit-birit. Saya fikir, mungkin kerana demam, lalu kerap pergi ke tandas (buang panas dalam badan).

Hari Isnin barulah saya mencari ubat pil Chi Teck Aun. Saya beli 2 sachet. Alhamdulillah makan 1 sachet dah ok dan kerap minum teh o pekat.

Hari Selasa (semalam) seperti biasa saya perlu mengemaskini jumlah jam praktikum. Bila nama saya disebut, memang tak berganjaklah jamnya dari laporan yang lalu, kerana kekangan di tempat praktikum dan juga di tambah dengan PKP.

PKP memang membuatkan saya stress. Saya pernah mengalami sakit kepala yang lama 4 atau 5 hari sewaktu PKP fasa 1 dulu. Mula-mula sakit sebelah kanan, lepas tu kiri, lepas tu kanan. Macam kawad kaki. Haha.

PKP fasa kedua ini, saya rasakan saya dapat harunginya (mungkin sebab sudah ada pengalaman lepas), namun sebaliknya berlaku. Saya lebih stress berbanding semasa di fasa 1. Semasa PKP Fasa 2, ada Dissertasi dan praktikum yang harus diselesaikan. Dua perkara ini memang membuatkan stress saya menggunung. Kedua-duanya ada dateline yang perlu dikejar.


Jam Mi Band 5 pun selalu menunjukkan bahawa saya dalam keadaan stress. Jarang ia menunjukkan signal tidak stress. Huhu.

Stress ini mungkin kerana PKP. Saya adalah seorang yang suka mengembara. Dah lama tidak rasa naik kapal terbang. Pergi negara asing. Tiba-tiba senyap seribu bahasa dalam rumah. Orang yang kaki berjalan macam saya tentu dapat rasakan perasaan yang sama kan?

Nasib baiklah hari itu sempat juga bercuti di Kuantan. Dapatlah rasa duduk di hotel.

PKPB boleh tahan lagi. Saya dapat makan di kedai bersama kawan, yang boleh dengar luahan perasan (selalunya stress bercerita tentang dissertasi dan praktikum). Haha. Namun bila PKP, itu tidak boleh dilakukan.

Stress juga tidak boleh keluar bersenam di taman. Tapi mungkin petang sikit boleh agaknya. Sebab dengar-dengar tiada sekatan jalan raya pada petang hari. Insyaa allah, esok saya cuba.

Kerap sakit kepala dan diikuti dengan demam saya rasa memang tanda stress saya memuncak.

Saya bersyukur masih lagi waras untuk berfikir, seperti melakukan aktiviti harian yang biasa saya lakukan. 

Orang yang membaca dan orang yang mengalami stress ini ada dua persepsi berbeza. Bacalah seperti dari sudut pandangan saya. 

Adakah stress memacu atau memaku?

Suka untuk saya katakan, bila sesuatu itu datang, saya rasai dahulu, kemudian baru keluar dari situ. Contohnya, sakit, saya rasai sakit, syukuri sakit datang, dan kemudian secara perlahan-lahan keluar dari situ.

Begitu juga stress. Saya mengaku saya stress. Saya bersyukur ia hadir, saya percaya lama-kelamaan saya juga akan keluar dari situ. Namun dengan cara apa dan bagaimana pengakhirannya saya masih samar-samar.

Alhamdulillah, saya masih seorang yang waras. Yang penting, saya takkan biarkan stress itu memaku saya. Saya hanya beri ia ruang, masuk sedikit dalam diri sahaja. Cuma saya tidak tahu sejauhmanakah ia akan memacu saya ke hadapan, sekurang-kurangnya sehingga tamat pengajian di UPM ini. Wallahualam.

1 ulasan:

  1. Setiap manusia memang takkan terlepas dari stress. Cuma macam mana cara kita handle stress tu.

    Huhuuu moga keadaan covid19 ini cepat reda.. boleh la kita jalani kehidupan seperti biasa semula.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...