Khamis, 7 Januari 2021

Kualiti Lawan Kuantiti

 


Assalamualaikum dan hai!

Hari ini saya hendak maklumkan perkembangan praktikum saya di minggu yang ke-12.

Sekejap sahaja rasanya, kan?

Kalau ikutkan jadual universiti, saya akan habis pada hujung Bulan Febuari. Namun, bila di buat kira-kira, mungkin saya akan sampai ke bulan Mac 2021. Haha!

Ada rakan-rakan yang sudah tamat praktikum. Tahniah buat mereka.


Nah, jam yang perlu dilengkapkan sepanjang praktikum. 

Saya telan air liur apabila melihatkan jam yang telah dikumpulkan oleh rakan-rakan.

Kebanyakan mereka akan tamat pada bulan ini.

Saya masih berjalan seperti siput, pakai topi dan cermin mata. Haha!

Jam yang telah dikumpulkan oleh saya di minggu yang ke-12 ini masih sedikit kerana di AADK ini sesi kaunseling hanya pada hari Selasa dan Khamis. Di Negeri Sembilan pula, ada banyak cutinya yang kebetulan jatuh pada hari Selasa atau Khamis. Waduh, waduh waduh!
 
Bulan Febuari pula ialah minggu peperiksaan. Saya tak pasti bagaimana nak mengharungi peperiksaan bersama-sama praktikum.

Baiklah, sepanjang sesi kaunseling berjalan di AADK Jempol, saya tak pasti adakah sesi  kaunseling yang telah dijalankan itu berkualiti atau hanya untuk mencukupkan kuantiti. Saya tak pasti adakah saya telah benar-benar dapat membantu klien saya?

Di dalam saya mengejar jam sesi sebagai tuntutan praktikum, memang sentiasa terselit di hati saya, adakah saya telah benar-benar membantu klien saya itu?

Di sebalik hal kualiti lawan kuantiti, tidak dilupakan etika kaunseling yang sentiasa menjadi guideline kepada saya. Perkara yang membuatkan saya rasa lebih bertanggungjawab ialah kerana saya telah mempunyai lesen kaunselor berdaftar (takut weh kalau lesen kena tarik, jangan main-main haaa).

Jadi setakat ini, saya ikut sahaja masa yang telah ditetapkan. Esok lusa kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Dengar-dengarnya Covid19 makin merebak. Jika ada PKP semula, mungkin akan menyukarkan saya untuk melaksanakan sesi kaunseling.

Begitulah hidup kita ini. Kita hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menentukan segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...