Sabtu, 28 November 2020

Ragam Praktikum: Beberapa Perubahan Poster Pengenalan Diri di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

 

 



Assalamualaikum dan hai!

Diam tak diam, sudah sebulan setengah saya menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah  (AADK) Daerah Jempol.

Banyak cabarannya, seiring dengan Covid-19 haha!!

Hurmmm, hari ini saya hendak kongsikan tentang pembuatan poster pengenalan diri saya. Untuk pengetahuan kalian, poster pengenalan diri ini adalah antara bahan wajib yang perlu disediakan sebagai salah satu medium mempromosikan diri.

Baiklah, mari saya tunjukkan kepada kalian, antara poster yang telah dibuat:


Yeah! Ini adalah poster yang pertama. Tapi nampak macam kelam dek kerana warna biru gelap. 


Ok, ini yang kedua. Saya dah dapat warna latar yang sesuai. Tapi saya kurang puas hati tentang tulisan. Haha!


Ini pula poster yang ke-3. Dapatkah kalian kenalpasti apakah perbezaan antara poster ke-2 dan ke-3? Ya, gambar saya di poster ke-3 berada dalam bulatan, yang mana pada saya lebih cantik. Haha!


Ok ini pula yang ke-4 ya, pening juga nak buat yang paling menepati kehendak. Poster yang ini pula perkataan Percuma itu di bold kan, manakala gambar tangan pula dipudarkan untuk menonjolkan tulisan perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan.


Taaraa! Setelah melalui proses pengubahsuaian beberapa kali. Saya rasa inilah yang terbaik. Gambar tangan di jelaskan dan tulisan perkhidmatan yang ditawarkan dalam lingkungan gambar tangan. Haaa, amacam?

Untuk pengetahuan kalian, ini adalah kali pertama saya menggunakan canva untuk menghasilkan sebuah poster. 

Poster ini dihasilkan sebagai hebahan dan pemberitahuan bahawasanya saya sedang menjalani praktikum di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jempol, dan saya menawarkan perkhidmatan sesi kaunseling percuma.

Ini sebagai salah satu tuntutan yang perlu dilunaskan dalam praktikum saya.

Poster ini telah pun di masukkan ke dalam media sosial saya seperti Facebook Page dan juga Instagram. Jika kalian terjumpa, mohon klik like ya. Hehe.

Saya juga akan mencoretkan beberapa perihal mengenai praktikum saya disini sebagai kenang-kenangan. Ia juga sebagai bahan bukti (kerana mungkin akan dibaca oleh penyelia praktikum saya, Dr. Wan Marzuki) hehe.

Poster ini telah melalui pelbagai proses, begitu juga dengan saya. 

Saya mohon doa daripada kalian, agar dipermudahkan segala urusan saya.

Amin.

3 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan praktikumnya

    BalasPadam
  2. semoga segala urusan dipermudahkan allah..

    BalasPadam
  3. Wah! dah macam gaya poster orang biasa buat jer...

    Menarik juga guna canva ya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...