Khamis, 25 April 2019

Duit Hilang Dalam Akaun Bank CIMB Islamik


Image result for cimb
Assalamualaikum dan hai!

Pada 22 April iaitu hari Isnin yang lalu, saya telah menerima 3 mesej berturutan yang menyatakan terdapat pengeluaran wang dari akaun Bank CIMB saya.

Saya ada dua akaun Bank CIMB. Yang pertama jenis konvensional, dan yang kedua jenis Islamik. Duit yang hilang ialah daripada akaun Bank CIMB Islamik.



Ini adalah screenshot gambar mesej yang saya terima.

Bila masa pulak saya membeli belah di Amazon Singapura? 

Pelik!!

Waktu itu, saya tidak terfikir duit ini keluar dari akaun CIMB Islamik. Sebab, hanya akaun CIMB Konvensional sahaja yang boleh membuat transaksi secara online. Akaun CIMB Islamik hanya boleh menerima duit masuk sahaja.

Saya terus telefon Bank CIMB di talian 03-6204 7788 untuk pengesahan.

Pegawai Bank CIMB mengesahkan bahawa, duit saya keluar daripada akaun CIMB Islamik. Lagi lah pelik! Sebab, akaun Bank CIMB Islamik hanya boleh menerima duit masuk, tak boleh dikeluarkan secara online!

Sah! Duit saya hilang dalam akaun Bank CIMB Islamik!


Pegawai Bank CIMB mencadangkan agar kad ATM saya di block, untuk menghalang sebarang transaksi keluar duit lagi. Kalau tak block, mungkin tinggal kosong dalam akaun saya! (Ceh, macam ada juta-juta dalam akaun hehe)

Saya perlu ke bank berdekatan untuk maklumkan hal ini dan boleh buat kad ATM yang baharu.

Saya sempat bertanya, macam mana duit saya boleh hilang dalam akaun Bank CIMB. Jawapannya ialah, mungkin orang dah tahu nombor kad ATM Bank CIMB saya (dibahagian hadapan kad), dan juga dah tahu nombor pin 3 angka dibelakang kad.

Image result for cimb

Tapi...saya masih musykil, sebab kad Bank CIMB Islamik ini, saya jarang guna. 

Esok, insyaa allah saya akan ke Bank CIMB berdekatan untuk urusan kad ATM yang baharu.

p/s: hati-hati korang, selalulah semak baki akaun dalam bank, walaupun hanya ada beberapa Ringgit Malaysia sahaja.

35 ulasan:

  1. Nampak kes serupa .. kena sedut duit dari Amazon. Ada yang pm saya benda ni terjadi kat derang

    BalasPadam
  2. Kejadian sama berlaku dengan sorang kawan Mrs. A ni tapi dah tukar kad pun kejadian sama masih berulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, dah tukar kad pun boleh berulang ya? hurmmm, saya masih belum tukar kad lagi...macam nak tutup terus saja nombor akaun yang itu.

      Padam
  3. Baru kena ptng tadi rm3800 hilang dr cimb, semalam ada pembrlian dr lazada kata bank. Esok dan lusa cuti, selasa baru boleh ke bank. Harap harap boleh dapat balik. Duit nak buat raya tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah! kesiannya. cadangan saya, pindahkan duit yang ada dalam akaun itu ke akaun lain. akaun itu dah tak selamat. semoga tuan dapat kembali duit tuan itu.insyaallah.

      Padam
    2. Tanpa Nama21 Mei, 2019

      Macau Scam

      Padam
  4. Pergi bank buat report tngh hari tadi, duit dah release ke lazada 19 may, sebelum ni float.17may ada transaksi ke lazada, tak ada sms, 18 may nak keluarkan duit dah tak ada, Tunggu 2 minggu siasatan, harapan untuk dapat balik rm3800 tipis. Duit tu nak buat balik raya n bayar zakat kat kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah...insyaa allah kalau ada rezeki tuan, wang itu akan dapat kembali.

      Padam
    2. Macam mana feedback? Dpt semula duit awak?

      Padam
  5. Langsung tak menghairankan. Dalam ATM machine pun boleh letak duit palsu.

    BalasPadam
  6. Sejak sistem bank semakin canggih, semakin mudah penyangak menyamun duit pelanggan. Orang dalam je tu.

    BalasPadam
  7. Simply wish to say the frankness in your article is surprising.Thanks for sharing.

    BalasPadam
  8. Assalam cikgu..lama tak update blog..same to me..almost 3 month x update..malas tul

    BalasPadam
  9. Adeh..menakutkan plak..mmg boleh kuarkan duit bila tahu no kad bghn depan dan no pin belakang tanpa perlu guna kad..tapi..mcm mana org tu leh tahu no kad..sedangkan kad ada pada tgn owner..so mmg kena carefull ye kwn2

    BalasPadam
  10. macam mana diaorang boleh ambil duit tuh ya.. pelik tul..

    BalasPadam

  11. I really like and appreciate your post.Thanks Again. Keep writing.

    BalasPadam
  12. Sis JM dtg ziarah..lama tul x update..x mcm dulu..makin sibuk ke skrg cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq JM sudi singgah...saya akan kongsikan benda baru nanti, tunggu ya!

      Padam
  13. Saya baru sahaja terkena,so sy block akaun sy,bt report n sy pegi bank dan isi 1 form iaitu dispute form.Harap2 dapt lah balik duit tu.Walau pun skit tp tu duit hasil dr titik peluh sy😔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak dpt balik duit tu? Apa feedback bank?

      Padam
  14. saya pon baru trkena.. ttiba hilang 200 lbih, try call cimb dy cakap aeon kredit yg tarik. tapi msalahnya saya tidak pernah bt transaksi ke aeon pon. apa yg perlu saya bt ye. mohon nasihat

    BalasPadam
  15. terima kasih atas perkongsian. semoga jd peringatan buat semua...

    BalasPadam
  16. Saya baru perasan ... Dah hampir setengah tahun.. hampir rm9000 hilang di Maybank.. camne ye... Risau... boleh dapat balik x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah, cuba call maybank, bertanya pasal duit hilang tu...nanti bank semak semula transaksi yang pernah kita buat...moga semuanya dipermudahkan ya.

      Padam
  17. Saya pom br terkene tba2 dapat msj mcm niRM0.00 MBB:TQ for using your Maybankard ending 3859 for MYR206.18 AT PAYPAL *DAUDIMEAH SG;27/02/20;02:54.For enq call num at back of your card sdgkan sy xbuat transaksi pom bila check duit lam bank dh hlg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama05 April, 2020

      Sya pn kena mcm ni ..duit sya hilang dalam 900..Sya x ada buat transaksi utk PAYPAL...😢😢😢

      Padam
  18. Saya lagi pelik...duit kwsp masuk 13 mei...15 mei nak ambik dpt 200 je..300 ghaib...bila ambil penyata mini tak ada plak pengeluaran bagai tapi pelik duit 300 lesap...

    BalasPadam
  19. CIMB BANK:RM 46.29 was charged to your Debit Card on 05-06-20 at Amazon Prime . Pls call the no. at the back of your card for any enquiry

    Cikgu hazreen dh dpt blk ke belum duit tu... Saya br kena ni... Berdebar rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, saya dah dapat semula...call cimb ya, kena inform dengan bank...semoga awak juga dapat duit itu semula

      Padam
    2. Tanpa Nama12 Jun, 2020

      saya pun dpt masalah yg sama..amazon prime juga..klau infrm bank,card kena block x?

      Padam
    3. saya inform bank, lepas tu, bank cadangkan kad tu di block...

      Padam
  20. Tanpa Nama18 Julai, 2020

    Nanti kalau kad kena block, dia bagi nombor kad yang baru kan? Sebab kena scam jugak

    BalasPadam
  21. Mcam mna nak buat law duit hilang scdre pos debit..yg lg musykil xpnah naik grab tp kne tolk dr grabpay..plik sangat..ade spew2 bole tolong...

    BalasPadam
  22. Sya baru kena scam dan dah call pihak bank dan dah buat laporan polis harap duit yg hilang dapat semula sebb duit simpan untuk bersalin nnti

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...