Ahad, 1 April 2018

Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Assalamualaikum dan hai!

Korang pernah dengar pasal Play Therapy?

Pernah dengar pasal Art Therapy?

Pernah dengar pasal Sand Therapy?

Haaaa...

Saya rasa amat bertuah dapat menyertai Program Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lawatan Kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright Cyberjaya pada 30 Mac 2018 (Jumaat) yang lalu, anjuran Majlis Guru Kaunseling Jempol dan Jelebu.

Fuhhhh, panjangnya ayat. Tarik nafas jap, haha!!

Tapi, untuk entri kali ini saya fokuskan dulu pada Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, manakala entri lawatan kerjaya di Pusat Kemahiran Kingswright akan menyusul kemudian ya.

Ok, mula-mula singgah minum pagi di RnR Nilai. Saya sempat minum teh o suam je...jadilah kan.

Lepas itu, terus bergerak ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sampai sana, jam 10:00 pagi. 

Kami disambut dengan adik-adik manis UKM ^_^

Dengar talk dari Dr. Ku Suhaila. Sebenarnya, inilah pertama kali saya mendengar namanya, dan pertama kali bertentang mata.

dr. ku suhaila, ukm

So, inilah dia Dr. Ku Suhaila. Cantik kan? Dr. Ku Suhaila adalah pakar dalam Play Therapy.

Lumrah kanak-kanak memang suka bermain, dan alat mainan ialah perkataan bagi kanak-kanak itu. Haaa, ini adalah kata-kata dari Dr. Ku Suhaila. Menarik kan?

Lepas ini, saya takkan pandang mainan hanya sekadar mainan sahaja. Setiap mainan itu ada maknanya.

Banyak ilmu baru yang saya dapat! Dr. Ku Suhaila siap tinggalkan video tentang Play Therapy di sini: https://www.openlearning.com/ sign up, dan log in, taip sahaja nama Ku Suhaila dalam kotak search, ok!

Lepas dengar talk, kami di jamu dengan Bubur Kacang Durian!! Wow!!


Kami sempat di bawa ke Bilik Play Therapy Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jom layan gambar:









Haaa, semua kaunselor seronok dapat ilmu baharu.

Ok, kalau korang semua berminat nak tahu dengan lebih lanjut pasal Play Therapy, bolehlah sertai Bengkel Play Therapy anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 dan 19 April ini.



Bengkel Play Therapy yang saya pergi ini, hanya sekejap sahaja. Dapatlah pendedahan serba sedikit tentang Play Therapy

Tapi, kalau nak mendalam, kenalah sertai Bengkel Play Therapy di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 18 dan 19 April ini.

Insyaa allah saya akan sertai bengkel tersebut. 

Jom korang! Kita jumpa di sana ya!

p/s: korang nak tahu mainan apa yang nak diletakkan dalam Bilik Kaunseling saya? Haaa, saya nak letak mainan dart. Geram-geram je, baling dart hehe!! (ok, ini hanya sesuai di dalam bilik pentadbiran saya, tidak sesuai diletakkan dalam ruangan pelajar, kang ada yang masuk hospital kena baling dengan dart, naya jer!)

2 ulasan:

  1. Pernah dengar je tapi tak pasti in details huhuhu...

    BalasPadam
  2. Play Theraphy = Menyalurkan perasaan / kebolehan melalui permainan?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...