Khamis, 14 Disember 2017

Cara Memberhentikan Sumbangan YaPEIM Melalui Potongan Gaji Bulanan

YaPEIM

Assalamualaikum,

Korang mesti pernah dengar pasal YaPEIM kan?

Dulu diorang ada buat kempen beri sumbangan melalui potongan gaji.

Saya pun buat potongan gaji untuk sumbangan kepada YaPEIM. Tak lah banyak. Malu nak tulis. Hehe.

Korang pernah dengar 'berita panas' pasal YaPEIM suatu ketika dulu?

Sejak itu, ramai kawan-kawan saya buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji. Waktu itu, saya pun nak buat. Tapi asyik bertangguh saja. Sampailah dah hujung tahun 2017.

Hari ini, tiba-tiba pulak saya semangat nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan. Haha!


Saya pun salin dan tampal (copy and paste) contoh surat itu ke dalam emel saya hehe. Ini kes malas nak karang ayat sendiri.

Cuma, emel YaPEIM di dalam artikel tersebut tidak lagi valid (digunapakai). Iyelah, artikel itu pun diterbitkan pada tahun 2015.

Bila saya dapat maklumbalas dari Yahoo! yang mengatakan emel tersebut tidak valid, saya terus menghubungi YaPEIM 03-27172717.

Pegawai perhubungan YaPEIM memaklumkan bahawa emel yang baharu ialah spg@yapeim.my

Tak lama lepas itu, dalam anggaran 10 minit, saya mendapat emel maklumbalas dari YaPEIM yang mengatakan bahawa:

1. Proses pelaksanaan pemberhentian potongan ini mengambil masa selama 3 bulan, kerana proses tersebut bergantung pada majikan tuan/puan. Pihak YaPEIM akan mengeluarkan notis pemberhentian kepada majikan dan majikan tuan/puan yang akan proses untuk pemberhentian potongan.
2. Selain itu juga pihak YaPEIM akan mengeluarkan notis pemberhentian tersebut mengikut prosedur (surat pemberhentian yang diterima dahulu akan di proses dahulu).
3. Sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Unit Skim Potongan Gaji YaPEIM ditalian :03-27172667 & faks : 03-27172663

Dah dapat maklumbalas macam ini dah kira oklah kan. Maksudnya pihak YaPEIM dah terima permohonan saya.

Alasan saya nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan? hehe, lawak sangat jawapan nya haha!! Kalau saya tulis kat sini, mesti korang guling-guling punya.

Ok, kalau korang nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji, bolehlah ikut macam yang saya tulis itu.

Kalau tak nak buat pemberhentian sumbangan YaPEIM melalui potongan gaji bulanan pun takpe, tiada paksaan.

22 ulasan:

  1. bolehbuat sebagai rujukan. tq cikgu

    BalasPadam
  2. mak aiiii smpi 3 bulan... kalau nk duit org 24 jam je dah lulus

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? masa nak duit tak sabar-sabar huhu

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini.

    Situasi yang lebih kurang sama dengan Mrs. A lepas baca skandal YaPEIM tu memang nak buat pemberhentian sumbangan tu tapi asyik bertangguh.

    Nak buat jugalah mudah aje rupanya kalau tahu caranya. Duk je depan pc ni ha pastu ikut step-step tu kan.... hehehehe..

    BalasPadam
  4. Dah ‘mem’... ‘ber’ pulak ye... pastu hentikan... he he he...

    BalasPadam
  5. aku dah berhentikan dan rin masa sibuk-sibuk kes dia up dulu Alhamdulillah dah selesai dan dah xde potongan dah.

    BalasPadam
  6. Terima kasih. Saya baru submit.

    BalasPadam
  7. pernah dengar tp tak tergerak nk ptong gaji etc.. nasib cikgu dh potong

    BalasPadam
  8. Apa alasan pemotongan tu..leh la share

    BalasPadam
  9. Kalau ada kes mcm tu baik buat pemberhentian je walaupun bulanan sikit

    BalasPadam
  10. As salam..
    Tq atas perkongsian.. saya pun asyik bertangguh je, dah bertahun rasanya nak batalkan.. Hehe TQ ya boleh ikut step ni jugak

    BalasPadam
  11. Hari ni juga sy akan buat surat tu thanks!!

    BalasPadam
  12. Assaalammualaikum,
    sy pon dah send surat terus dapat emel feedback sama la mcm cikgu ckp tu..3 bulan..takpela, yang penting die terima..hehe

    BalasPadam
  13. duit sumbangan tu dapatbalik tak?

    BalasPadam
  14. Hantar ke email y spg@yapeim.my tu ke?

    BalasPadam
  15. Nak kepastian juga. Apa yg Yapiem buat dgn duit yg dpt tu. Saya juga potong tpi atas wakaf utk keluarga. jgn ada penipuan sudah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...