Rabu, 14 Jun 2017

Penipuan Tunggakan Pinjaman Peribadi (Personal Loan) di Hong Leong Bank

Hong Leong Bank Logo


Hai, sorry dah lama tak mencoret.

Laptop rosak. Huhu

Hari ini ada benda penting nak maklumkan pada korang.

Saya bukan nak mempromosikan pinjaman peribadi atau personal loan ye.

Pada hari Isnin 12/06/2017 dalam pukul 6:20 petang, saya telah dihubungi oleh Hong Leong Bank. Nombornya: 03-76268899.

Kebetulan, pada waktu itu, saya sedang menantikan panggilan telefon (urusan penting).

Jadi, tanpa fikir panjang, saya terus mengambil panggilan telefon tersebut. Perbualan telefonnya lebih kurang begini:

Telefon: (Ada rakaman suara) yang mengatakan ianya adalah dari Hong Leong Bank.

Saya fikir ini mesti nak jual insurans nih. Tapi saya layankan jugak.

Telefon: (rakaman suara) Adalah dimaklumkan bahawa puan telah ada tunggakan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank selama 3 bulan.

Saya: Hah??

Telefon: (rakaman suara) Sekiranya anda ingin bercakap dengan pegawai kami, sila tekan butang _______ (saya tak ingat nombor berapa)

Waktu itu saya memang sangat marah. Sebab saya memang tak pernah ada pinjaman peribadi atau personal loan di Hong Leong Bank.

Oleh kerana, saya nakkan kepastian, lalu saya pun tekan butang yang seperti diberitahu oleh mesin suara itu.

Setelah saya disambungkan kepada pegawai yang bertugas:

Lelaki: Puan, puan ada tunggakan 3 bulan pinjaman peribadi (personal loan) di Hong Leong Bank ye. Bila nak bayar ni puan? 

(Eh, macam gengster plak!)

Saya: Eh!! Bila masa pulak saya pinjam Hong Leong Bank? (Nada suara saya tinggi)

Lelaki: Eh, sabar puan, sabar...

Saya: Eh, saya memang tak pinjam (blur kejap)

Lelaki: Ikut rekod, puan ada tunggakan RM3000 lebih (background suara lelaki ini kedengaran perbualan orang lain. Suasananya bukan dalam keadaan yang senyap). Saya dah tak sedap hati.

Dalam hati saya, memang nak hentak je pegawai tu

Marah giler!!

Bengang!!

First time orang bank telefon saya, cakap kurang ajar.

Bukan tak pernah bank telefon saya, banyak kali. Tapi semua cakap baik-baik.

Lelaki: Ok, ini ______________ (menyebut nama penuh saya)

Saya: Ya

Talian telefon terus terputus lepas saya sebut YA.

Eh!, apsal pulak nih?

Saya tengok telefon saya ada bateri.

Kenapa putus?

Saya terus telefon balik nombor Hong Leong Bank tersebut, tapi tak dapat.

Saya check di internet laman web Hong Leong Bank, eh, betul lah nombor  03-76268899 memang nombor Hong Leong Bank.

Mana dia dapat butiran diri saya?

Saya risau.

Pada hari yang sama, saya telefon semula Hong Leong Bank. Masuk dekat mesin suara. 

Saya tak meneruskan panggilan tersebut sebab, kalau saya bercakap dengan pegawai, mesti kena bagi nombor IC.

So, keesokan harinya, saya ke Hong Leong Bank Bahau.

Saya: Semalam saya dapat telefon dari Hong Leong Bank. Dia cakap saya ada tunggakan pinjaman peribadi atau personal loan kat sini. So, saya nak check, samada saya ada pinjaman peribadi (personal loan) kat sini atau tak.

Kerani bank: Geleng kepala. Haiyaaa, itu tipu lorhhh. Takpe-takpe, bagi IC, saya check.

Saya bagi IC

Kerani bank: Ok, you takde akaun kat sini.

Saya: Ok ek, saya tak pinjam personal loan kan?

Kerani bank: Takde-takde.

Saya: Mana dia dapat butiran diri saya?

Kerani: Haiyaa, diorang banyak lobang boleh korek. Bukan Hong Leong Bank sahaja maaa, semua bank pun kena ini macam.

Saya: Ok-ok.

Fuhhhh, legalah saya. Clear tak de pinjaman peribadi atau personal loan di Hong Leong Bank.

Hati-hati ye semua.


p/s: kalau dapatlah pegawai lelaki itu, memang saya hantuk kepala dia kat dinding...gerammmm!!

p/s: macam mana pulak pegawai lelaki itu boleh guna talian telefon bank? Saya syak, orang dalam bank itu sendiri. Wallahualam.

12 ulasan:

  1. En sesedap dia kalo dia nak guna nombor bank nak guna kepentingan peribadi .. knea hati2 zaman sekarang ni banyak dah yang kena

    BalasPadam
  2. kena hati2 sekarnag ni

    BalasPadam
  3. Skarang mcm² cara org nk menipu. Nk duit mudah. Pnh dpt call lbh krg camni. Tp dr RHB..

    BalasPadam
  4. nasib baik kena dengan akak kaunselor..

    kalau orang pendek akal..

    ada kena tipu dengan cara paling mudah

    BalasPadam
  5. macam-macam sekarang...tambahan kalau yang buat misscall abaikan ja...tak perlu call balik...

    mudah ingat macam ni saja. kalau penting mesti diorang mesej atau whatsapp kalau call kita tak dapat

    BalasPadam
  6. sekarang ni banyak betul kes penipuan.

    kita kena alert dengan semua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama25 Julai, 2017

      Sy br terkena skjp td ni no yg sama pun dr bank yg sama kne buat repot polis ka?

      Padam
  7. HH pernah kena... sebijik kes mcm ni... dialog yg sama.., no tefon pon sama dlm internet... org yg nyamar pon kurang ajar gak... tah2 org yg sama... ha ha ha...

    BalasPadam
  8. Ini mmg scam... next time hang up tuttt tuttt tuttt... bior dia terhelo helo kat situ...

    BalasPadam
  9. Sebenarnya dorang mmg ada details peribadi kita... x susah pon nk duplicate peribadi kita.., sbb no phone bank pon dorang boleh duplicate! Ini mmg sindiket... nasib baik talian cikgu terputus... sbnrnya dorang nk kan info yg dorang x de like password online or pin atm banking yg lain...

    BalasPadam
  10. Tadi dapat call drp no tel yg sama (03 7626 8899), rakaman suara cakap ada tunggakan pinjaman 3 bulan berjumlah RM3,300. Minta tekan button no 9 untuk bercakap dengan pegawai. Malas nak layan terus matikan panggilan..haha

    BalasPadam
  11. Phone scammer sama macam kawan Mrs. A pernah kena, Mrs. A pun share kisah dia kat blog.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...