Selasa, 8 November 2016

Skrin Telefon Samsung Retak - Duit Melayang!

Image result for samsung galaxy grand

Yep, satu-satunya telefon yang ada pada saya, skrinnya telah retak. Menurut Kak Nor, retaknya lawa sangat....haaa adoii!!

Al-kisahnya semasa saya sedang bercuti di Penang pada cuti sempena Deepavali, lebih kurang jam 10.00 pagi, hari Ahad, saya ke event bernama Occupy Beach Street 

Ketika sedang syok mengambil gambar, tiba-tiba saya dilanggar oleh seorang amoi. Telefon saya jatuh tersembam ke bumi. 

Pada waktu itu, saya sangkakan telefon saya ok je. Sebab telefon ni memang dah banyak kali jatuh tapi belum pernah skrinnya retak.

Sekali bila saya kutip telefon, mak aiii retak weh! Macam Kak Nor cakap, retak lawa huhu. Waktu tu saya tergamam. Sambil menyapu skrin telefon di seluar saya, dan memang nampak jelas terkeluar serpihan kaca nya.

Saya beredar. Saya pun malas nak cakap dengan amoi tu. Tak nak jejaskan mood saya yang seronok bercuti. Saya pasti dia pun tak sengaja. 

Mujur ada Pamoga eh, bukan. Mujur kamera masih boleh pakai. Kalau tak, saya terpaksa beli telefon baru di Penang huhu.

Jadi, percutian saya bersama-sama dengan telefon yang retak skrinnya. Masuk dalam poket seluar pun kena hati-hati. Nak taip mesej pun hurmmmm. Nak minta tolong orang amikkan gambar pun kena fikir dua atau tiga kali. Sebab takut jari diorang cedera.

Boleh bayangkan tak, saya tengok Google Maps (hampir setiap masa) dengan telefon yang skrinnya retak teruk? Adoii, berpinar mata.

Dalam hati, ok tak boleh jadi ni, balik rumah kena beli telefon baru. 

Tapi, saya ada satu tabiat, di mana saya suka menangguhkan sesuatu kehendak, selain daripada makanan haha!! Selagi saya boleh tangguh untuk membeli telefon, saya akan tangguhkan. 

Sehinggalah pada hari Khamis minggu lepas, selepas saya main gitar, terasa jari telunjuk tangan kiri saya sakit. Mula-mula saya ingatkan mungkin sebab dah lama tak main gitar. Tapi kan, saya boleh terjaga waktu tidur malam sebab jari sakit!

Alaaa, peliknya. Esok pagi saya tunjuk jari kat akak-akak yang baik hati. Diorang cakap jari saya ada nanah! OMG!! Sebab kaca masuk dalam jari ke? Takkanlah!!


Kak Nor yang baik hati tolong cungkil jari saya dengan jarum. Dia kata takde apa-apa dalam jari saya.

"Kak, kalau saya jumpa doktor, cakap jari saya sakit, ok tak?
"Haha, doktor gelakkan je"
"Akak nihhhh!!"
(Bukan apa, saya takut jari saya kena potong sebab lambat jumpa doktor) sila jangan gelak!

Hari Sabtu baru-baru ni, konon-konon nak beli telefon baru. Tengok-tengok kedai telefon. Tiba-tiba terfikir. Apa kata tanya kedai untuk dibaiki. 

Masuk kedai warna biru:
"Bos, ini telefon boleh baiki?"
"Boleh"
"Berapa"
"RM110 saja"
"Oh, apa yang rosak?"
"touch screen saja, kalau LCD mahal"
"kalau LCD berapa?"
"RM230"

Lepas keluar kedai biru, masuk pulak kedai sebelah warna merah, kebetulan kedai tu baru bukak
"Bos, ini telefon boleh baiki?"
"Boleh, tukar touch screen saja"
"Berapa"
"RM90, sekali dengan tempered glass"
"Oh, kalau tukar LCD?"
"kalau tukar LCD RM130"
"Ok, buat kat kedai you lah"

*Kedai hospital telefon depan SMJKC Chi Wen (pastikan nama kedai tu warna merah)

Lepas skrin telefon dibaiki, jari dah tak sakit. Psiko betul jari nih haha!!

Tapi lepas tukar touch screen, saya perasan ianya agak kurang sensitif pada sentuhan jari. Nak taip Wassap tu memanjang typo je. Kadang-kadang kena tekan banyak kali baru keluar huruf. Hurmmm, adakah perlu tukar telefon baru atau tukar LCD je? hehe

54 ulasan:

  1. Cikhulah dikatakan. Hp pun boleh buat essay.
    Sambung lagi cerita hp tu cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha essay ek? lenguh tak baca?

      Padam
  2. kedai satu mahalnya.. kalau harga gtu baik beli hp baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kalau mahal nak betulkan, baik beli satu yang baru hehe

      Padam
  3. aduhhh sy fhm perasaan tuuu

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. op kos terseksa, tapi tak ganggu percutian hehe

      Padam
  5. nampaknya memang kena tukar phone baru tu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. masih bertangguh haha

      duit nak buat beli lain hehe

      Padam
  6. Kgn tukar hp or tukar LCD tp tukar jari je ambik Jari Manis ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha? serius? sy hantar doktor kang...jangan larikkk

      Padam
  7. Boleh plak kari sakit tiba2 eh tp pelok tu terus x sensor sentuhan ke sbb guna LCD harga murah. Klau tukar tg harga rm230 tu mmg sentuh terus dia sensor

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, saya tak berapa paham apa yang JM tulis, tapi lebih kurang mcm ni jwpn saya

      saya tak rasa saya sanggup keluarkan duit RM230 hanya nak baiki LCD...baik saya tukar hp baru je ;)

      Padam
    2. Kah kah kah ginilah jadinya kalau komen guna phone, keypad kecik asyik salah taip jari plk beso mmg x manis dah jari ni eheheh kena guna pc baru puas

      Padam
    3. haha, ok kalau tak manis nak tukar jari "masam" ke haha

      guna phablet lah sis, 6.0" ke atas

      Padam
  8. Samsung? Hurm dh byk kali dgr skreen samsung retak semua gara2 jatuh dan melurut jatuh tp jgn ckp samsung je semua hp pun mcm tu kan sensitif sgt yg jenis smartphone ni kena jaga bagai tatang susu sebelanga ahaha leh gitew

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, macam kena tatang minyak yang penuh, eh boleh gitu??

      Padam
    2. Minyak penuh? Kena jimat minyak skrg ni mkn masakan rebus or stim je

      Padam
    3. haha, telur rebus boleh tahan lagi, benda2 stim nih memang tak makan lerr, tak leh masuk

      Padam
  9. Dulu sis Jm guna hp 3310 tau itu pun pas dah keje pastu hp tu kena curi senang citer tgh taip msg org ragut pastu tukar 3315 kira dh mewah time tu rm400 ko beli. Jatuh hempuk camne pun x pecah! Pastu dh lama sgt bsru tukar samsung young keypad kecik asyik salah je taip beli samsung tab tu pun guna almost 5 yrs dh teruk sgt sampai os dh x support then. Sru tukar yg baru.adeh! Ni komen ke buat entri ahaha 😬😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh 3310, samalah hp kita
      3315 sy tak penah pakai
      sampai hati org ragut 3310? gilo lah
      betul, pakai barang sampai dah xboleh pakai baru puas hati ;)

      p/s: tak pe JM buat entri ke komen ke saya layan kan je ahaks ;)

      Padam
    2. Heeee seronok plak komain kat sini

      Padam
  10. Tp kan ada ke skrin smartphone yg tahan lasak kalau katuh skrin z pecah..kalau pasang tempered skrin blleh avoid dari pecah x

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya rasa tempered glass memang mengelakkan drp pecah...tapi kan, tempered glass ni tebal kot...mcm nak kena hantar kedai je suh bukak tempered glass ni, boleh tak ek?

      Padam
    2. Kalau dh pasang tempered glass jgn pasang casing lg tau

      Padam
    3. xpasang casing pun... tapi bila die tak sensitip, tu yang rasa nak baling ke dinding haaaaa!!

      Padam
  11. Kalau camni lah cara nya cikgu siti kena beli hp baru laaaa trade in yg lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nak trade in, sayang wooo ;)

      Padam
    2. Kalau camtu g kedai tu balik ckap ada prob nk touch

      Padam
    3. tulah, nanti nak gi kedai balik, nk buat analisis masalah haha

      Padam
  12. Dah berapa tahun guna samsung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 tahun kot ntah, tak ingat haha

      Padam
  13. Tak ada cerita baru ke

    BalasPadam
  14. saya pernah skrin crack camni. time2 dekat raya, rasa 2 tahun lepas. tapi saya hantar ke samsung. sebab saya takmo kes tak sensitif tu. but ye la it cost me aroun rm500 kot masa tu. (baik beli hp baru). huhu nasib badan

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow! RM500 tu...kalau saya, beli baru je hehe

      Padam
    2. pergh mahalnya tukar screen kat samsung..kalau ciktom pun baik beli hp baru..kecuali la hp tu hadiah or ada kenangan dari yg tersayang..hehe

      Padam
    3. kalau kenangan memang simpan jelah hehe

      Padam
    4. sebab saya takmo beli hp selain samsung. hahah now dah move on dgn iphone

      Padam
  15. amboi jari..lepas baiki skrin hp tuan je terus baik tak sakit dah..hihi..
    kalau rasa makin teruk/ stress touch screen lmbt..better beli baru..kalau boleh tahan guna jela mana yg ade..hihi

    BalasPadam
  16. memang kena tukar phone baru tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. nope, masih bertahan lagi uncle hehe

      Padam
  17. hpone saya pun dah pecah screen.. tapi belum ada budjet nak repairr.. so biarkan sahaja. .hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 pun bergantung pada duit kan? ada duit semua jadi haha!

      Padam
  18. Anak saya dah baling 2 X phone dan dengan tabah kesabaran nya, kene ganti ganti skrin baru..huhuhu..redha jer lah nak.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tabah nya...syabas! hehe

      Padam
    2. penyabarnya..2x pulak tu kena baling..bagus ayah mithali ni..

      Padam
  19. Saya tak tahulah kenapa entri ni macam kelakar sikit. Tak sangka cikgu pandai buat kelakar masa menulis entri. Eh, macam sama aje statement nih...

    Kalau sayalah tuan empunya yang handphonenya skrin retak lawa, memang saya dah gigih cari handphone baru. Saya pernah kena sekali. Kepit handphone celah ketiak lepas tu buka pintu kereta nak suruh anak keluar. Serentak tu jugalah handphone saya jatuh atas jalan tar dan retak seribu (nyanyi lagu Shiela Hamzah kalau nak emo lebih...) Saya baru pakai 2 hari yerk handphone tu.

    Sebab saya saja nak act ngengada kat suami dan buat muncung itik duplohdepa, teruslah pergi beli lain. Saya kata kat suami, 'hidup I tak complete kalau takda camera handphone'.

    Saya boleh jerk hidup tanpa handphone tapi kamera handphone takda, saya terseksa. Maklumlah... blogger katanya! Hahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul mummy, kamera tu penting! hehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...