Ahad, 6 November 2016

Engkau Terunggul Wajar Standing In Eyes of The World



Hai anak-anak eh, dah tua pulak rasa.

Saya tengok budak-budak ni, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Yep, 5 tahun dah kita bersama. 

Tukar-tukar. 

Hai calon-calon SPM, esok tibalah hari yang dinantikan iaitu Peperiksaan SPM 2016.

Berdebar tak? Jangan kata budak, cikgu pun berdebar sama tahu tak?


Esok bermulanya kerahan otak untuk menjawab soalan-soalan.

Relaks, tenang ok. Jangan stress (dah ramai orang gila sekarang nih, so please jangan tambahkan lagi) ahaks! Nasib korang lah dapat kaunselor macam saya haha!!

Buat semua murid yang bakal bertempur esok, SPM bukanlah pengakhiran cerita hidup ye. Ada banyak lagi yang perlu ditempuhi. Perjalanan hidup masih panjang dan penuh dengan warna-warni!

Untuk calon SPM SMA Haji Muhamad, mungkin apa yang saya sampaikan pada awak, hanyalah beberapa peratus sahaja yang boleh digunakan untuk menjawab peperiksaan, tapi percayalah, awak akan gunakan ia sepanjang hidup awak nanti ^_^

Sila berhubung dengan saya selepas SPM, untuk kita main catur (percaturan mengisi borang kemasukan ke Universiti) atau mendapatkan khidmat nasihat. Free ok! 

Saya minta maaf kadang-kadang apa yang saya sampaikan macam merapu, tapi percayalah ia sangat berguna.

Terima kasih kerana kamu semua telah memberikan impak besar dalam hidup saya, dan saya harap, saya juga memberikan impak yang sama dalam hidup awak.

Terima kasih kerana menjadikan saya orang yang lebih baik a.k.a kaunselor yang lebih baik dari tahun ke tahun ^_^

Sekiranya awak semua berjaya pada masa akan datang, saya takkan minta pun rumah banglo sebijik, tapi cukuplah kalau dapat makan Nasi Beriyani Ayam kedai Kapitan di Pulau Pinang dan jugak kereta Mini Cooper hehe. Takdelah, lawak je


So, good luck guys! May ALLAH bless you all. Amin

~ Engkau terunggul wajar standing in the eyes of the world ~

41 ulasan:

  1. selamt menjawab exam esok... pastikan toyol sudah siap sedia.. hehe

    BalasPadam
  2. semoga berjaya semua calon SPM

    BalasPadam
  3. bila dengar lagu nih, hilang rasa penat.. semangat membara bara.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus jadi bertenaga gitu kan?? Hehe

      Padam
    2. lagu ni ada aura tersendiri..memang awesome..

      Padam
  4. Semoga semua calon-calon SPM dah bersedia dari segala segi. Dan terakhir tawakal kepada Allah itu yang penting, sebab Allah kata dalam Quran:

    "kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran: 159)

    Yakin dan bersangka baik dengan Allah. Siapa berusaha pasti Allah berikan ganjaran atas usahanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Segala usaha mestilah diringi sekali dengan tawakal...baru betul

      Padam
  5. memori sukan komenwel ;-)

    good luck to all spm candidates!!!

    termsk laa kazen sy...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Memori sukan komanwel hehe

      good luck kazen ☺

      Padam
    2. termasuklah adik ciktom..hehe

      Padam
  6. semoga mereka semua berjaya dunia akhirat

    BalasPadam
  7. Kalau caon SPM, student cikgu Siti baca catatan ni mesti terharu menitis air mata 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau rasa terharu takpe, kalau rasa nak gelak, haru biru haha!!

      Padam
  8. Cikgu! Leh bagi kaunseling kat saya tak? Sejak akhir2 ni malas betul nak update blog 😬😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa lah tu JM, tulis blog pun ada pasang surutnya.

      relax, tarik nafas ;)

      Padam
  9. Makan kedai kopitiam? Adeh tggi dgt request tu cam x dpt je nk bg kang tuan kedai mengamuk kena tutup kedai sbb kedai dah kena mkn ahaahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kopitiam JM, kedai kapitan yg femes kat Penang...syok ooo dia punya nasi beriyani ayam ;)

      Padam
    2. ahaha..mcm mana leh salah baca ni..makin rabun agaknya..asyik tgk pc je hari2 je JM ni

      Padam
    3. mata letih...pakai ai mo ;)

      Padam
  10. Mesti seronok kan jadi kaunselor ada jgk minat nk tukar profession jadi kaunselor sekali kena ambik kursus selama 2 thn tp tgk lah nanti..berminat jgk sebenarnya...tapi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. best jadi kaunselor!! selain dpt bantu orang, dapat bantu diri sendiri. serius ckp, perlahan2 saya jd orng berbeza dari dulu "aku yg dulu bukanlah yg sekarang" haha!

      2 tahun kursus? ok apa...serius...kaunseling adalah kursus yang berbaloi2 untuk dipelajari ;)

      Padam
    2. adehh...dh malas nk belajar sebenarnya

      Padam
    3. haha sama lah kita, saya pun ntah bila nak sambung master

      Padam
  11. Best ke tidak sebenarnya jadi kaunselor ni ke hari kita kena tabsh sbb bermsin dgn emosi eh betul ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. best. semua kaunselor dah dilatih untuk tidak campurkan emosi/cerita klien dlm kehidupan harian kami.

      memang kadang2 kaunselor kena impaknya, tapi kaunselor pasti akan dapat atasinya sebab kami dh dilatih sedemikian ;)

      Padam
  12. adik ciktom calon spm tahun ni..kesian plk dgr kena ulang balik jwb paper sejarah..semoga semua anak didik cikgu berjaya dunia dan akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak cik tom, pengulangan paper sejarah hanyalah dusta semata2

      Padam
    2. itulah..ciktom pun tertipu..tgok ramai sgt duk viral..bahaya betul org ni suka viral menda tak sahih..

      Padam
  13. ciktom paling suka lagu ella ni..byk bagi inspiration kalau tgh demotivated...

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita cik tom, berkobar-kobar bila dengar lagu ni

      Padam
    2. kan..waktu study dulu ni memang salah satu lagu guna untuk motivasi..relevan sepanjang zaman..

      Padam
  14. Saya tau lagu ni, Ellah yang nyanyikan!

    Erkkk... salah topik nak komen ~_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan tu kena buang H, jadi ella ;)

      Padam
    2. lama pulak tak dengar lagu baru dari ella..rindu pulak.

      Padam
    3. ella dah kurang muncul sekarang ni huhu

      Padam
  15. Saya baca entri ni saya rasa macam saya student F5 yang akan meninggalkan cikgu pulak... Nampak sangat saya ni muda lagi sebenarnya ^_^

    Yalah, cikgu! Lepas ni kita jumpa untuk buat percaturan hidup pulak ek ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. SPM bukan penamat hidup kan?

      main catur hidup lagi best, penuh cabaran hehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...