Khamis, 22 September 2016

Insurans Perjalanan Atau Travel Insurance Ketika Bercuti Ke Luar Negara

malaysia passport, passport

Kalau nak ke luar negara, saya diwajibkan mengisi borang kebenaran ke luar negara. Peraturan ini bagi kakitangan kerajaan ye. Bukan sehelai ye, berhelai-helai lepas tu 3 atau 4 salinan pulak tu. Lenguh tangan nak tulis huhu.

Saya terfikir, buat apalah kita kena tulis benda alah ni? Saya nak bercuti senyap-senyap je, tak nak bagitau orang lain. Yelah, takut orang kata kita menunjuk-nunjuk pulak

Borang kebenaran ini seolah-olah wajib diisi tau. Macam sebulan sebelum pergi, kena hantar dah borang ke JPN. Saya guna terma seolah-olah sebab, masa saya pergi bercuti ke luar negara, tak jauh pun, ke Singapura sahaja bersama sahabat saya, pihak sekolah kawan saya itu kata, macam menjadi satu kesalahan sekiranya ke luar negara tanpa kebenaran JPN. Masa tu sangat suntuk. Sahabat saya tak sempat mengisi borang tersebut.

Kita bukannya tahu tarikh sebenarnya ada kelapangan nak bercuti. Bila masa free, kita bercutilah. Contoh, kalau minggu depan ada kelapangan, kita bercutilah kan. Borang pulak kena hantar sebulan awal. Nasib baik, percutian ke Singapura tu saya sempat isi.

Dalam borang kebenaran tu juga, kena isi alamat. Ini pun satu hal. Kadang-kadang bukannya kita tahu mana nak menginap. Kadang-kadang kita beli tiket penerbangan dulu, lepas tu baru cari hotel. Manalah tahu, nak tidur kat masjid ke hehe.

Jadi, pada satu hari yang berbahagia (saya tak ingat pada tahun lepas atau tahun sebelumnya), saya bertanyakan hal ini kepada kerani sekolah saya.

Rupa-rupanya, baru saya tahu, selain daripada pihak JPN tahu di mana saya berada (berdasarkan kepada alamat yang tertulis dalam borang) saya juga dilindungi oleh kerajaan sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Contoh: pengurusan membawa pulang mayat saya dari luar negara ke Malaysia. Kiranya ini insurans perjalanan kerajaan lah.


Insurans perjalanan kerajaan ini, hanya boleh digunakan satu kali sahaja dalam setahun. Bagi perjalanan kedua, ketiga dan seterusnya pada tahun itu, tidak lagi ditanggung oleh kerajaan.

Sekiranya, tak jadi bercuti setelah borang dihantar, kena maklum kepada pihak sekolah ye. Jangan tak maklum pulak. Sebabnya, JPN akan batalkan insurans perjalanan kita tu. Bolehlah insurans perjalanan tu digunakan untuk perjalanan yang kedua dalam tahun itu nanti.

Macam saya, tahun ini pecah rekod pulak. Ada 2 kali percutian ke luar negara. Jadi, percutian pertama, insurans kerajaan. Percutian kedua menggunakan AXA Travel Insurance

Perjalanan ke luar negara buat kali kedua tahun ini, masih memerlukan saya mengisi borang kebenaran ke luar negara, walaupun dah takde insurans kerajaan. Masih kena maklum kita bercuti di mana. 

Kalau tak isi borang, boleh ke luar negara tak
Jawapannya boleh, cuma kalau ada apa-apa berlaku, kerajaan tak tanggung. Takde pulak imigresen tahan kita kalau tak isi borang tu ^_^ Cuma macam agak kurang beradab, kita keluar tak bagitahu ayahanda (JPN)

Pada mulanya, saya tak nak ambil mana-mana insurans perjalanan. Tapi atas nasihat kawan saya, dia kata, kita tak tahu di negara orang, kemungkinan kita boleh jatuh sakit, dirompak, di culik, dirogol atau juga dibunuh. Ngeri pulak saya dengar. 

Perkara-perkara yang disebut itu langsung tidak terlintas dalam kepala saya kecuali kemungkinan jatuh sakit. Sebab badan saya pun bukannya kuat sangat. Tapi, yang lain-lain itu memang logik akal.

Jadi, saya pun mengambil insurans perjalanan dari AXA. Dia kata yang ini senang nak tuntut. Pembelian secara online. Dapat polisi pun melalui emel, senang lah. Saya tak pasti mengenai insurans perjalanan yang lain.

Alhamdulillah saya selamat sampai ke tanah air. Malaysiaku yang tercinta. Bila saya fikir-fikir balik, bertuah sungguh saya jadi rakyat Malaysia, makanannya sedap-sedap belaka...makanan di luar negara tak sesedap makanan kita weh. Serius!
ehem-ehem duit ringgit makin jatuh!

p/s: ada sesiapa tahu pasal insurans perjalanan atau travel insurance yang lain?

20 ulasan:

  1. barulah tahu betapa pentingnya insurans perjalanan ni. Selama ni main redah aje, heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amy: betul tu...saya pun main redah je dulu

      Padam
  2. mmg banyak benefit pekerja kerajaan ni. husband saya cikgu juga, alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis raihanah: hehe alhamdulillah jugak sis

      Padam
  3. Okeylah, adalah sebab logiknya ya tak? Memanglah kalau macam saya ni cikgu, memang suka plan last minute. Kalau kena isi borang itu, ini, memang saya rasa amat menyusahkanlah. Tapi saya bukan kakitangan kerajaan. Hehehe...

    Dulu masa saya nak kahwin, saya diminta memohon kebenaran berkahwin dan hantar ke pejabat imigresen. Dalam hati nak mengutuk juga, mak dah beri kebenaran berkahwin, kenapa pulak pihak imigresen menyibuk macam makpak kita juga?

    Sampai sekarang saya tak tahu logiknya di mana? Hahaha!

    BalasPadam
  4. bertuahnya klu mcm itu..heheheheh

    BalasPadam
  5. Baru tau ttg JPN ni - adik2 saya cikgu & hampir setiap thn gi melancong overseas.

    BalasPadam
  6. Mummy: eh, kenapa ek kena mintak kebenaran imigresen? Pelik

    nor azman: hehe bertuah badan

    zurainny: wow! Bestnyer tiap2 tahun ☺

    BalasPadam
  7. bestnya zurainny adik tu tetiap tahun gi overseas

    BalasPadam
  8. leceh jugak kan nak isi smua ni. tapi kalau untuk kebaikan, better isi ja. mane kita tahu kejadian lepas2 tu kan

    BalasPadam
  9. jangan la ambil mudah bab insuran ni

    BalasPadam
  10. travel insurance ni bagus sebab kalau hilang beg ke, beg sangkut dekat mana-mana airport pun dia ada bayar elaun. oklah untuk sementara dapat beg kita.. selalu pakai etiqa je

    BalasPadam
  11. Ada peraturan yang perlu dipatuhi jika bergelar pejawat awam ni kan, namun kita yakin semuanya bersebab untuk mengelakkan kejadian malang berlaku

    BalasPadam
  12. ohhh baguslah untuk org kerja gov. mcm sy ni swasta org ofis tak tahu cuti ke mana tgk2 dh balik. hehehe

    BalasPadam
  13. aswaleyla: yep, kita tak tahu akan datang

    uncle: betul tu uncle

    izwan: ok, nanti boleh try etiqa pulak

    noriza: betul tu

    nina: saya suka mcm tu sis, hehe

    BalasPadam
  14. ooo baru sy tau... pastu terfikir...pegawai mara yg aritu jatuh skt kt UK tu kiranya dia peg kerajaan jg ke? kalu ye means dia x isi form tu ke? sekadar nk tau...

    BalasPadam
  15. anies: yang itu saya tak pasti plak

    BalasPadam
  16. Terima kasih cikgu dengan artikel ini. Ramai yang kurang peka dengan kepentingan takaful/insuran perjalanan.

    Mudah-mudahan maklumat dan kemudahan perlindungan perjalanan akan bertambah baik kelak.

    BalasPadam
  17. Selama ini main redah je pergi luar negara walau setakat indonesia dan thailand, tapi rupanya insurans perjalanan penting..😅😅
    Terima kasih tau sharing pasal ini.. lepas ini da boleh beringat sebelum nak ke luar negara.

    BalasPadam
  18. Insuran perjalanan ni memang bagus, sebab kita pun tak tahu apa yang akan jadi kan..so orang kata sediakan payung sebelum hujan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...