Rabu, 31 Ogos 2016

Hutang: Saya Bertuah Sebab Ada Yang Tolong Ingatkan

Image result for merdeka


Hai semua. Selamat menyambut Hari Merdeka!

Ok, hari ini nak cakap pasal hutang. Haaa, saya memang banyak hutang. Hutang keliling pinggang!

Umur kecik lagi, saya dah ada hutang. Iaitu PTPTN. Maklumlah keluarga kurang kaya.

Bila dah ada gaji, hutang kereta pulak!

Tahun ____ hutang _____

Tahun ____ hutang _____

Saya ini jenis penakut. Abah selalu ingatkan saya, kalau tak mampu (nak beli sesuatu) jangan beli. Jangan tambah hutang. Beli benda penting sahaja.

Sebab itu saya hanya mampu tengok orang pakai iPhone haha!

Alhamdulillah, ada hutang yang telah dijelaskan. Jadi, komitmen dah kurang.

Banyak pulak rintangannya.

Salah satu daripadanya ialah kehendak nak tukar kereta baharu. Yang ini memang dugaan paling kuat!

Dua tahun sebelum habis bayar kereta, macam-macam jenama kereta bermain dalam kepala saya. Terutama sekali Toyota Camry!

Tapi ntah macam mana, ianya lenyap setelah saya halakan pada sesuatu yang lain.

Baru-baru ini, ada kawan saya cerita pasal nak jana pendapatan dengan cara berhutang. Timbul keinginan nak mencuba! (sebab komitmen hutang yang ada sekarang dah kurang)

Secara ringkasnya, kawan saya terangkan begini:
1. Buat pinjaman peribadi RM50K di bank
2. Masukkan RM21K dalam Mymi1 (pakej VIP)
3. Beli motor berkuasa tinggi RM20K
4. Ada tunai dalam tangan RM9K 

Mymi1 International

Saya agak berminat! 21K masuk dalam Mymi1, selebihnya boleh menjadikan saya dealer Public Gold!

Saya pun menelefon sahabat saya, bincangkan hal ini. Sebenarnya boleh sahaja saya ke bank terus, tanpa berbincang dengan sesiapa, tapi macam yang saya cakap, saya ini jenis penakut bab-bab hutang ini.

Kesimpulan daripada perbualan telefon tersebut, saya memutuskan untuk tidak membuat hutang yang baharu di bank.

Image result for publicgold

Alhamdulillah, pihak Public Gold ada buat promosi di Bulan September untuk sesiapa yang berhajat nak jadi dealer iaitu:

1. Bagi pelajar: beli emas bernilai RM2500 dengan akaun GAP
2. Bagi penjawat awam: beli emas bernilai RM5000 dengan akaun GAP (kalau sebelum ini perlukan hampir RM30K jugak nak jadi dealer)

Kalau saya nak masuk pakej VIP di Mymi1, kumpullah duit sampai 21K. 

Tak payah nak buat hutang lagi di bank. Ini adalah lebih baik.

Alhamdulillah, saya bertuah sebab ada yang tolong ingatkan tentang hutang-piutang ni!

28 ulasan:

  1. Apa benda Mymi1 ni, dah buka website tapi kurang faham bahasa mat salleh haha..

    BalasPadam
  2. wow.. best bila kurang hutang, sy pun xhabis byr MARA lg
    setakat ni ada kwn ois ajak main mcm tu tp xnk layan sbb dh main saham dlm ASB :)

    BalasPadam
  3. elip: mymi ni perniagaan jual topup

    nina: asalkan menyimpan ;)

    BalasPadam
  4. Htang2 ni mmg bhaya..

    Silap langkahbbleh bt kita papa kedana..kalau bleh kak terangkan lagi ttg public gold tu..nak tahu gak apa yang mnarik..hehe

    BalasPadam
  5. saya pun jenis x berani sangat pasal hutang2 nih..

    BalasPadam
  6. kena selesaikan segala hutang sebelum menutup mata kan? best la blog puan, jadi sy follow lah..

    BalasPadam
  7. bisnes yang bagus jangan berhutang biarpun alasan sebagai modal..

    biar pelahan dan sedikit kerana hutang itu ibu kepada riba..

    kalau diriba suamai atau istri..tak pelah..seronok lagi ada..he..he..

    BalasPadam
  8. kalau nak buat bisnes, saya suka yang modal rendah tapi pulangan yang mengasyikkan

    BalasPadam
  9. Reen dah diajar oleh ayah untuk tidak berhutang kecuali yang penting. Seperti beli rumah..

    BalasPadam
  10. kalau boleh memang tak nak berhutang.

    BalasPadam
  11. Ya.

    Siapa ada hutang, sila bayaq cepat-cepat.

    BalasPadam
  12. jie:
    public gold ni jual beli emas dan perak...boleh beli emas dan perak melalui

    kaedah Gold Accumulation Program (GAP), beli emas serendah 1gram je. boleh

    tengok di laman web public gold. untuk penerangan lanjut, boleh emel saya

    hazreen2008@yahoo.com

    pha is: sama lah kita hehe

    diarios: terima kasih

    abam: terima kasih follow

    mr.hanafi: haha!

    sis raihanah: saya pun suka, tapi susah nak jumpa huhu

    reen: bagusnya!

    amy: tulah, kalau boleh memang tak nak hutang

    titan: betul, lagi cepat habis hutang, lagi legaaa

    BalasPadam
  13. ada cikgu. boleh kontek saya. hihi. cikgu pun boleh.

    BalasPadam
  14. Hutang ni menyiksakan betul. Tapi itulah, adakalanya godaan untuk berhutang lagi buat kita tersiksa.

    Macam sayalah, bila selesai aje bayar kereta, dah mula meninjau kereta baru walaupun tahu kereta bukannya jadi harta berganda.

    BalasPadam
  15. ramai suka dengan perkhidmatan MYMIl ni, cumanya saya belum berkesempatan melihatnya lagi

    BalasPadam
  16. selamat hari merdeka juga cikgu :D

    BalasPadam
  17. alhamdulillah hutang saya sudah selesai terutama MARA..rasa nak mati pun aman heee...sykur bila berniaga dari rumah sikit-sikit akhir habis juga.kalau boleh tak mahu pinjam takut tak larat nak bayar..tak mahu bebankan sapa-sapa...

    BalasPadam
  18. tak pernah dengar pasal ni, terima kasih atas info sis...

    BalasPadam
  19. semoga apa inginkan akan jadi nyata ya..hutang akan bayar sebaiknya jangan tangguh susah hidup nanti

    BalasPadam
  20. hutang memang senantiasa tak pernah putus kan

    BalasPadam
  21. huhu..tq bagi penerangan kat jie..

    siap bg email lg..

    BalasPadam
  22. raihanah: tq sis ;)

    mummy: kita sama sis, teringin kereta baru je hehe

    seri nian: mymi1 ni boleh byr bil, itu kelebihannya

    uncle: tq uncle!

    suri: tahniah habis bayar!

    nila: sama2 sis

    cik lily: betul tu!

    jie: kalau ada apa2 nak tanya, sila kan ;)

    sharinginfoz: tq singgah sini ;)

    BalasPadam
  23. bisnes kalau tiada modal yang mencukupi agak berat nak jalan..

    BalasPadam
  24. hero borneo: mulakan apa yang kita ada ;)

    BalasPadam
  25. better elakkan dari berhutang yang banyak kalau nak melabur dlm biz..alhamdulillah ada org ingatkan cikgu..lagi seronok ada offer jadi dealer..ciktom xberkesempatan nak join...harap2 ada lagi promosi yg sama tahun depan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak hutang banyak pulak bebannya cik tom
      in syaa allah kalau ade rezeki cik tom untuk jadi dealer publicgold, tak kemana

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...