Khamis, 16 Jun 2016

Ragam Murid-Murid Dalam Bulan Puasa


puasa

Saya masuk ke salah sebuah kelas Tingkatan 3 untuk melaksanakan Psikometrik Inventori Minat Kerjaya 2 (IMK 2).



Masuk-masuk sahaja, murid-murid malas nak bangun dan memberi salam (padahal telah diberitahu yang saya akan masuk waktu itu).



Sehinggalah saya bersuara "Eh, 3__ (nama kelas) kan?



Barulah diorang bangun dan memberi salam.



Semasa menjawab soalan IMK 2, masing-masing sungguh tekun.



Tapi, lepas habis sahaja menjawab 180 item, terus disembamkan muka masing-masing ke atas meja.



Lalu saya pun bertanya:
"Kelas awak ni tak buat jamuan buka puasa ke?"

Murid:
"Tak cikgu"

Saya:
"Oh, kenapa tak buat?"

Murid:
"Tak bincang pun cikgu"

Saya:
"Aik, bincanglah"

Murid:
"Bulan puasa ni tak larat nak bincang cikgu, letih"

Saya:
"Oh, maksud awak, kalau tak puasa boleh bincang pasal buka puasa?, kalau puasa tak boleh bincang pasal buka puasa?"

Murid:
Angguk dan senyum

Saya:
@#$%%^&&**^*????


Dan bila murid-murid telah menghantar kertas soalan dan helaian jawapan, masing jadi macam gambar di bawah:



puasa, letih

7 ulasan:

  1. Alahai..kesiannya.Penat berpuasa sampai tak larat nak berfikir...

    BalasPadam
  2. jida: haha penat sangat gamaknya ;)

    BalasPadam
  3. Alahai, kasihannya! Penatlah tu berpuasa sampai tak larat nak berbincang. Dok telan air liur banyak sangat pun letih tau!

    BalasPadam
  4. amboii betul2 letih smpi nak bincang mjls buka puasa pun xlarat..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...