Sabtu, 5 Disember 2015

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Ambilan 2016

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) akan melaksanakan pengambilan murid bagi Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Ambilan 2016.

Permohonan secara manual melalui sekolah yang menawarkan Program Vokasional Menengah Atas dibuka mulai 02 November 2015 hingga 29 Febuari 2016.

Pendaftaran di SMK ialah pada 04 Januari 2016

Rayuan terus di SMK 05 Januari - 29 Febuari 2016

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)
1. Syarat umum dan syarat khusus Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) - bagi murid tingkatan 3 tahun 2015 yang mengikuti Aliran Perdana.
  • Calon adalah Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada penagihan dadah serta sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan penyakit-penyakit lain) atau kecacatan yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali)
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Calon tidak rabun warna
  • Calon berminat dengan kursus dipohon



SMK yang melaksanakan Program Vokasional Menengah (PVMA) di Negeri Sembilan:

1. SMK Zaba - Pembuatan Perabot
2. SMK Juasseh - Membuat Pakaian
3. SMK Datuk Haji Abdul Samad - Penyediaan Makanan
4. SMK Dato' Undang Haji Adnan - Membuat Pakaian
5. SMK Mambau - Penyediaan Makanan
6. SMK Dato' Haji Mohd Redza - Animasi
7. SMK Desa Cempaka - Penyediaan Makanan
8. SMK Taman Semarak - Dekorasi Dalaman
9. SMK Taman Tuanku Jaafar - Seni Kecantikan
10. SMK Panchor - Penyediaan Makanan
11. SMK Seremban Jaya - Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
12. SMK Bukit Rokan - Tanaman
13. SMK Jelai (F) - Pembuatan Perabot
14. SMK Taman Indah - Tanaman
15. SMK (Felda) Pasoh 2 - Pendawaian Elektrik
16. SMK Seri Perpatih - Animasi, Akuakultur
17. SMK (Felda) Palong 7 - Penyediaan Makanan
18. SMK Bandar Baru Serting - Penyediaan Makanan
19. SMK Serting Hilir Kompleks - Penyediaan Makanan
20. SMK Palong 11 - Motorsikal
21. SMK Tunku Kurshiah - Seni Kecantikan
22. SMK Puteri - Seni Kecantikan
23. SMK Dato Sheikh Ahmad - Pendawaian Elektrik
24. SMK Mantin - Motorsikal
25. SMK (Felda) Seri Sendayan - Penyediaan Makanan
26. SMK Tunku Besar - Dekorasi Dalaman
27. SMK Bukit Jalor - Animasi
28. SMK Dato' Mohd Taha - Automatif
29. SMK Batu Kikir - Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara 


4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...