Isnin, 3 Ogos 2015

Dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam dengan Komuter


Subang parade, subang, shah alam, shopping complex, bahau, komuter


Semalam jalan-jalan dari Bahau ke Subang Parade, Shah Alam. Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya ke sini. Naik apa? Naik komuter sahaja. Jom tengok peta laluannya.

LRT, lrt komuter, ktm, lrt route, komuter route

Dari Bahau, memandu kereta ke Stesen Komuter Senawang. Parkir kereta di situ. Oleh kerana saya pemandu yang berhemah, ia mengambil masa 1 jam. Haha!!

Beli tiket pergi-balik ke Subang Jaya. Saya jenis malas nak beratur lagi untuk beli tiket balik. Beli sekali harung, senang.

Naik komuter dari Senawang memang best, sebab tak perlu berebut tempat duduk! Bilangan pengguna yang naik dari Senawang, alahai, tak sampai 15 orang! Pilihlah mana-mana tempat duduk yang disukai.

Dari Stesen Komuter Senawang, kena turun di Stesen Komuter KL Sentral, untuk tukar laluan ke Shah Alam. Bila dah sampai KL Sentral, masuk ke laluan nombor 5 untuk ke Shah Alam. Dari Senawang ke KL Sentral mengambil masa 1 jam 30 minit, manakala dari KL Sentral ke Subang Jaya pula mengambil masa 30 minit.  Kematu punggung haha! @#$%%$%^&**

Dari Stesen Komuter Subang Jaya, jalan kaki ke sebelah kanan. Subang Parade berada di sebalah kanan anda! Yeahhhh!! (saya pun tanya kakak penjual tiket komuter, kalau tak tanya sesat jalan). Serius tak jauh pun dari komuter.

aeon, BIG, bahau, subang parade, subang, shah alam, komuter, shopping complex

Subang Parade bersebelahan dengan Aeon Big 

subang parade, shah alam, shopping complex

Subang parade, shah alam, shopping complex
Di luar Subang Parade

Jom kita tengok bahagian dalam pula:


kedai tudung, subang parade, shah alam, shopping complex
Ada kedai jual tudung


kerusi rehat, subang parade, shah alam
Depan kedai tudung ni ada kerusi rehat...sangat empuk!


permaidani, carpet, subang parade, shah alam
Dekat dengan tempat kerusi rehat ni, ada kedai jual permaidani dan lain-lain. Cantik, kan?


seminar pelaburan, seminar, pelaburan, subang parade, shah alam
Ada seminar pasal pelaburan


subang parade, shopping complex, shah alam
Binaan dalam ni memang cun

carpet, permaidani, subang parade, shah alam, shopping complex
Jualan perabot di tingkat bawah 

subang parade, shah alam, shopping complex
Kat bawah ni pun jual permaidani

Macam-macam kedai ada dalam ni. Tak larat nak pergi semua tingkat. Pilihan tempat makan pun banyak. Lain kali kita cerita pasal makanan pula. Bye!


25 ulasan:

  1. ktm komuter memudahkan perjalanan kan..pasni, leh ke lain-lain tempat lak.

    BalasPadam
  2. Yup, JMR memang naik komuter je senang

    BalasPadam
  3. Sudah lama tak lepak di Subang Parade..banyak juga yang dah berubah...

    BalasPadam
  4. Dah lama tak naik komuter since dah beranak pinak ni,sukar nak kawal dan sukar juga nak dapat tempat duduk...

    BalasPadam
  5. SaniYunus: orang kata Subang Parade ni shopping complex lama, tapi dah banyak upgrade lah
    Noriza Abdul Rahman: saya tak pandai nak drive jauh-jauh ni, so naik komuter je lah

    BalasPadam
  6. Seronok juga bila sesekali jalan naik komuter. Boleh relax dan enjoy dengan pemandangan. Yang tak tahan tu, bila komuter sesak dan penuh dengan penumpang.

    BalasPadam
  7. Mek Ila: yep betul tu...bila ramai org yang tak selesa

    BalasPadam
  8. naik komuter umpama naik bas ke bangladesh haha...penuh warga terlarang...subang parade kat shah alam ke ? haha

    BalasPadam
  9. dulu-dulu pernah naik komuter..memang bast juga tu.

    BalasPadam
  10. dah lama tak naik komuter..last naik tahun 2003 rasanya.

    BalasPadam
  11. penggunaan kenderaan awam memang menjimatkan bagi bijak dan tahu strateginya

    BalasPadam
  12. baru tahu senawang ada komuter

    BalasPadam
  13. ingat nak try naik minggu dpn....

    BalasPadam
  14. Belang tarung: yep...masa akan datang lagi ramailah orang Bangladesh huhu
    mr.hanafi: memang osem
    abg jay: try lah naik sekarang
    hanafi: tapi kenderaan awam di sini perlu dinaiktaraf
    seri: ok nanti bolehlah cuba
    abg jay: chaiyuk2

    BalasPadam
  15. ya memang menjimatkan kalau guna kenderaan awam ni...

    BalasPadam
  16. kira saya pun baru tahu dari bahau dah boleh straight ke subang. satu peningkatan yang baik

    BalasPadam
  17. Kencing manis: yep, memang jimat
    raihanah: bolehlah cuba nanti ye

    BalasPadam
  18. Sekalin sekala naik keretapi memang best kan :) bawa keta asyik jem je hehehe.

    BalasPadam
  19. daud mohamad: yep, betul tu...ada orang tolong bawakkan hehe

    BalasPadam
  20. naik komputer memang layan kerana boleh layan sekali media sosial..

    BalasPadam
  21. lama tak ke subang parade huhu

    BalasPadam
  22. Mr.hanafi: saya tak boleh nak layan media sosial, kang muntah pening dalam tu
    uncle zuan: pergilah uncle, macam-macam ada

    BalasPadam
  23. kakau stress memang aku naik KTM saje je jalan2x

    BalasPadam
  24. Naik komuter memang senang... tak yah nak lekat dalam jem... Part seram dulu2 time naik komuter, tetiba berenti kat tengah2.. sbb ada kerosakan... mak aii..!

    BalasPadam
  25. Bahrain: jom sama-sama naik tren...penghilang stress!
    Niza yusof: eh, saya pun pernah naik tren rosak, ke kita dalam tren yang sama? hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...