Khamis, 5 Mac 2015

Permohonan Kemasukan Pengajian Tinggi Diploma Tahfiz (ITQAN + JAKIM) Tahun 2015



Image result for itqan, diploma tahfizImage result for jakim, diploma tahfiz
Image result for jabatan hal ehwal negeri sembilan


Pengambilan pelajar baru bagi program pengajian tinggi Diploma Tahfiz Al-Quran (ITQAN) + (JAKIM) sesi 2015 - 2018 (6 Semester). Program ini mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

1. Calon hendaklah Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan BELUM BERKAHWIN
3. Lulus SPM dengan minimum Gred B:
  • Bahasa Melayu
  • Pendidikan al-Quran dan As Sunnah/ Pendidikan Syariah Islam
  • Bahasa Arab dan
  • Lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah
atau Kelulusan yang diiktiraf dan setaraf dengan SPM
4. Bersedia menamatkan pengajian
5. Calon, ibu dan bapa yang lahir di Negeri Sembilan diberi keutamaan.
6. Calon terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
7. Calon hendaklah lulus dalam temuduga hafalan al-Quran yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (JHEAINS).
8. Temuduga akan diadakan pada 20 April 2015 (ISNIN) di Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan.



Cara Memohon:

1. Borang permohonan boleh didapati di bahagian pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atau di muat turun di laman web http://jheains.ns.gov.my/
2. Tarikh tutup permohonan pada 18 Mac 2015 (Rabu).
3. Tarikh temuduga pada 20 April 2015 (Isnin)
4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke:

Bahagian Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Karung Berkunci No.30
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel: 06-767 2824   Faks: 06-767 1850

    

2 ulasan:

  1. terima kasih share kat sini..mana yang berkelayakan sebaiknya memohon.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum =)

    Just nak share kepada lepasan SPM yang nak sambung belajar peringkat Diploma ke Kolej Profesional MARA seluruh Malaysia, boleh buat permohonan online di website UPIM Online dari 3 Mac hingga 16 April 2015 bagi kemasukan Julai 2015 nanti.

    Saya student sem akhir dekat KPMBP =)

    Kalau ada sebarang pertanyaan, simply terjah blog saya dan cari page Segalanya KPM =)

    http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/03/result-spm-teruk-ada-masa-depan-ke.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...