Isnin, 26 Januari 2015

Tawaran Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor Sesi Pertama Tahun 2015

tawaran pinjaman, pinjaman pelajaran kerajaan negeri, sesi 2015, tahun 2015, negeri selangor, selangor, pinjaman negeri selangor, pendidikan, IPTA, IPTS

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir 'Fast Track' bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Pertama Tahun 2015 bermula pada 01 Febuari 2015 (Ahad).

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria  seperti berikut:

  1. Kelahiran
       - Pemohon lahir di negeri Selangor atau
       - Ibu atau bapa lahir di negeri Selangor atau
       - Pemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari 5 tahun di                    negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/                      Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung

    2. Peringkat Pengajian
       - Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan                        pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.

     3. Penajaan
   - Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG                         PENAJAAN dari lain-lain penaja
 - pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sebarang                     pendapatan

   4. Pencapaian Akademik
    - Pemohon yang memperolehi Pencapaian Akademik yang baik          akan diberi keutamaan

    5. Tahun Pengajian
        Pemohon Bukan Pelajar Tahun Akhir Pengajian atau diberi             tempoh pelanjutan pengajian


Prosedur Permohonan
- Permohonan adalah secara online sahaja
- Sila klik sini untuk permohonan
- Borang permohonan secara online yang telah lengkap di isi             hendaklah dicetak dan dihantar ke alamat berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5521 2275

Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web yang sama.

Tarikh tutup: 28 Febuari 2015 (Sabtu)

Sumber: Berita Harian

9 ulasan:

  1. Semoga berjaya semua pemohon. yg berjaya nanti gunakan pinjaman pelajaran ni dengan berkhemah.

    BalasPadam
  2. cikgu pinjaman ke luar negara ada tak?

    BalasPadam
  3. Wah biasanya kalau pinjam dengan kerajaan tak lah bergitu tinggi faedah yang dikenakanya

    BalasPadam
  4. Bagus kalau ada orang nak sponsor pelajar yang miskin untuk lanjutkan pelajaran..sayang budak yang pandai-paindai ini terbantut pembelajarannya..

    BalasPadam
  5. sepenuh masa...melepas.. :)

    BalasPadam
  6. kalau dulu ada tawaran mcm ni kan bagus.....

    Entri terkini Manan : Rumah Selangorku, Dibuka Untuk Jualan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...