Rabu, 1 Oktober 2014

Selamat Tinggal Kad Smiles Mobil, Selamat Datang Kad Smiles Petron!

kad smiles, smiles esso dan mobi, esso, mobil, smiles petron, petron
sila abaikan warna hitam comot di kad itu


Semalam hari terakhir guna kad Smiles Esso dan Mobil. Dah lama guna kad ni, sampai warnanya agak kusam sikit, mungkin sebab banyak kali dileretkan di kaunter. Kad tahan lasak, kena panas dalam kereta pun terjejas. Banyak mata yang dah dikumpulkan sampai ribu-ribu lah jugak (tak ingat berapa ribu). Hanya baru-baru ni sahaja mata ditebus, itu pun sebab nak gunakan kad Smiles Petron yang baru.

Sebenarnya boleh saja mata kad Smiles Esso dan Mobil ni dipindahkan ke kad Smiles Petron, tapi tak digalakkan oleh pekerja di stesen minyak ini sebab ada kes di mana mata kad Smiles Esso dan Mobil ini tidak boleh dipindahkan ke kad Smiles Petron Jadi dicadangkan, mata kad Smiles Esso dan Mobil ini ditebus. 


Oleh itu, saya pun menebus secara beransur-ansur. Dapatlah isi minyak RM45 (3000 mata) dua kali isi. Malam tadi, saya menghabiskan baki mata yang ada.

Baki mata ialah 881.10

100 mata = RM1. Jadi saya boleh tebus RM8. Telek punya telek dalam kedai Petron tadi, saya pilih susu HL dan gula-gula. 

Hari ini bakal menggunakan kad Smiles Petron pulak.

 sila abaikan warna hitam comot di kad itu

Kad baru ni lebih cantik. Siap tercatat nama di kad itu. Terasa macam pegang kad kredit pulak. Haha. Kad ni dipos ke alamat kita tau. Kalau kad yang ambil di kaunter, tak tertera nama. Jika nak aktifkan kad baru ni, kena call nombor yang tertera di belakang kad. Kalau kad dah aktif baru boleh tebus mata.

Selain isi minyak, boleh tebus mata. Yeah!!

9 ulasan:

  1. dulu pernah ada, tapi sejak hilang terus tak buat yang baru....

    BalasPadam
  2. ada kad bonus link je.. tu pun jarang pakai

    BalasPadam
  3. Hohoho

    Bahaya nieh.. Maseh menggunakan kad lama esso mobil

    BalasPadam
  4. dulu pakai.. tapi tak pernah nak tebus point lepas tu hilang tah ke mana... hihi

    BalasPadam
  5. saya pulak pengguna kad Mesra Petronas saja

    Petrol pump ni yang paling dekat :-)

    BalasPadam
  6. abah den pun pakai kad ni juga :D

    BalasPadam
  7. Yang best Patron dengan dahulu dikenali Esso Mobil mempunyai mata ganjaran yang tidak pernah luput. Kumpul sebanyak mungkin. Masa buat promosi tukar kereta porsche replika saya tukar dengan mata ganjaran.

    BalasPadam
  8. sy ada kad petron ni tak jarang guna biasa guna bonuslink jer...sebab shell dekat dgn umah.

    BalasPadam
  9. saya dah dua kali transfer point..isi borang je dan fax (kalau nk cepat) -kisah ada diceritakan dalam entri http://jnjikita.blogspot.com/2014/07/kumpul-dan-tebus-mata-ganjaran-dengan.html
    diorang yang malas kot

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...