Rabu, 8 Oktober 2014

Permohonan Biasiswa Baitulmal Insentif Khas Pelajar Cemerlang Dalam Negara MAIWP Sesi 2014 / 2015

biasiswa, baitulmal, insentif, pelajar cemerlang, maiwp

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2014/2015 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di laman web www.maiwp.gov.my ATAU boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:


Bahagian Baitulmal
(Unit Pembangunan Akademik)
Bangunan Daruzzakah, Tingkat 5,
Lorong Hj. Hussien 2, Off Jalan Raja Muda,
50300 Kuala Lumpur
Tel: 03-2617 5222 samb. 215/233/221

Borang boleh mula didapati pada 01 Oktober 2014

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2014

Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari laman web di atas.

sumber: Berita Harian

1 ulasan:

  1. Bagus maklumat ini, memudahkan orang yang nak sambung belajar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...