Selasa, 14 Oktober 2014

Kemasukan Ke Program Pengajian Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris 2014 / 2015

program pengajian siswazah, master, lepasan ijazah, upsi, universiti pendidikan sultan idris, sarjana, doktor falsafah, phd

Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai program yang ditawarkan di Universiti ini sekaligus bersama-sama mencapai wawasan negara Malaysia untuk menghasilkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan.

Program yang ditawarkan:
Sila rujuk laman web IPS http://ips.upsi.edu.my untuk butiran program dan mod pengajian.

Link ke permohonan online:

Syarat kelayakan
1. Ijazah Sarjana
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.75 atau PNGK yang boleh dipertimbangkan oleh Fakulti, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atau Ijazah yang setara dari mana-mana institusi pengajian tinggi, atau
  • Kelulusan lain yang diiktiraf oleh Senat, dan
  • Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.
  • Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.
2. Ijazah Doktor Falsafah
  •  Ijazah Sarjana daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris  (UPSI) atau daripada mana-mana institusi pengajian tinggi,   yang diiktiraf oleh Senat, atau
  • Kelayakan lain yang dinilai wajar serta diiktiraf oleh Senat.
  • Memenuhi syarat-syarat khas program yang ditetapkan oleh Fakulti yang berkenaan jika berkaitan.

  •    Calon antarabangsa disyaratkan memperoleh markah tidak kurang daripada 550 bagi Test of English as A Foreign Language (TOEFL) atau band keseluruhan minimum 6.0 bagi International English Language Test (IELTS) kecuali calon yang mengambil bidang pengajian Bahasa Melayu atau bidang pengajian yang menggunakan Bahasa Melayu.

  • Kaedah permohonan:
    • Pemohon perlu membeli Nombor Bitara ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran dengan harga RM26.00
    • Sila pastikan nombor kad pengenalan anda sama seperti yang tercatat di dalam slip pembelian Nombor Bitara ID tersebut.
    • Sila gunakan Nombor Bitara ID berkenaan untuk membuat permohonan secara atas talian di http://mysis.upsi.edu.my/postgrad/
    • Sila patuhi arahan yang telah dinyatakan bagi memastikan permohonan anda lengkap. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
    • Bagi permohonan Program Ijazah Sarjana secara penyelidikan dan Ijazah Doktor Falsafah, sila rujuk Direktori Kepakaran Pensyarah di laman web http://ips.upsi.edu.my
    Tempoh permohonan dibuka
    06 Oktober 2014 (Isnin) - 02 November 2014 (Ahad)

    Maklumat lanjut / pertanyaan:

    Institut Pengajian Siswazah
    Aras 1, Blok C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjung Malim,
    Perak Darul Ridzuan.

    Tel: 05-450 5480/5482/5511
    Fax: 05-459 4649

    sumber: Berita Harian

    3 ulasan:

    1. Wah, bagus info nih, boleh disebarkan kepada rakan-rakan.

      BalasPadam
    2. sy nk tahu kelas master pjj camne ye??

      BalasPadam
    3. PJJ master 2016 bila akan mula ya?

      BalasPadam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...