Isnin, 14 April 2014

Kemasukan Ke Program Sarjana & Kedoktoran Sesi September 2014 UiTM


Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran secara Kerja Kursus, Penyelidikan atau Mod Campuran bagi kemasukan September 2014.

Sila layari www.ipsis.uitm.edu.my untuk mendapat maklumat mengenai senarai program yang ditawarkan oleh fakulti berikut:
  1. Perakaunan
  2. Seni Lukis & Seni Reka
  3. Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi
  4. Senibina, Perancangan & Ukur
  5. Sains Gunaan
  6. Perladangan & Agroteknologi
  7. Pengurusan Perniagaan
  8. Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS)
  9. Sains Komputer & Matematik
  10. Pergigian
  11. Kejuruteraan Awam
  12. Pendidikan
  13. Kejuruteraan Elektrik
  14. Kejuruteraan Kimia
  15. Kejuruteraan Mekanikal
  16. Filem, Teater & Animasi
  17. Pengurusan Hotel & Pelancongan
  18. Sains Kesihatan
  19. Akademi Pengajian Islam Kontemporari
  20. Pengurusan Maklumat
  21. Akademi Pengajian Bahasa
  22. Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS)
  23. Komunikasi & Pengajian Media
  24. Sains Sukan & Rekreasi
  25. Undang-Undang
  26. Perubatan
  27. Farmasi
  28. Muzik
Cara Memohon:

Pemohon perlu membeli Nombor Pin melalui Bank Simpanan Nasional dengan mengemukakan No. Kad Pengenalan pemohon serta bayaran berjumlah RM50.00 sebelum membuat permohonan secara Dalam Talian.

Borang permohonan yang telah dicetak perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Fakulti yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Semua calon perlu merujuk laman sesawang IPSIS sebelum membuat permohonan secara dalam talian di http://ipsis.uitm.edu.my/v1/prospective-students/admission/how-to-apply

Promosi Program Sarjana & Kedoktoran UiTM:
  • 17 Mei 2014
  • 8.30 pagi  - 5.00 petang
  • West Side, Aras Bawah SACC Convention Centre, Shah Alam

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...