Sabtu, 23 November 2013

Macammana Nak Update Papago M9 ke M11?


Senangnya bila ada GPS kan? Memang rasa best sangat! Bila jalan-jalan tak payah risau. Tapi bila upgrade Adroid hari tu (tak ingat dah bila) terus Papago M9 ni tak boleh pakai. Huuu (dalam hati, ini ke yang orang cakap-cakap pasal Samsung (yang selalunya komen-komen yang negatif) huhhhh! Bosan!

Dalam hati nak tukar je handphone baru. Oiittt baru pakai beberapa bulan, k. Belum pun setahun. Sabar. Rupaya bila tanya pakcik Google, Papago M9 dah upgrade ke Papago M11 lahhhhhhhhhhh. Adoiiii! Ketinggalan zaman daaa. Patutlah tak boleh pakai.


Rasanya boleh je, pergi kedai, minta diorang upgrade kan, dan mungkin akan kena bayaran. Tapi, bila tanya pakcik Google, rupanya kita pun boleh buat sendiri benda tu. Kita tak perlu lah menjadi orang pakar IT untuk tujuan itu ye.


Setelah beberapa jam menggodek itu dan ini, dan setelah mencuba dari pelbagai laman web, dan beberapa kali tidak berjaya, dan hampir putus asa, (sampai rasa malam ni juga nak hantar ke kedai) akhirnya berjumpa dengan yang ini:

OMG! Hackers?



Ditunjukkan satu persatu cara-caranya. Memang mudah faham.

Bila dah download, masih tak boleh. Masa ni rasa nak ke kedai dah. (Eh, cuba lagi) sebab ada 1 fail yang tak boleh dibuka. Rupanya Fail apk (jangan tanya ni fail apa). Jadi, kena lah cari jalan macammana nak buka fail apk ni.

Jadi, sekali lagi tanya pakcik Google. Rupanya, kena install dulu APK installer dalam handphone.


Pergi ke Play Store, application, search, apk installer

Nanti akan keluar banyak pilihan. Aku pilih yang ini, namanya Installer:
Cover art

Lepas tu, barulah boleh buka fail apk tadi. 

Alhamdulillah, dah dapat Papago M11. Suka, suka, suka.


1 ulasan:

  1. heee tak guna tapi macam menarik untuk benar suka jalan jauh ya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...