Ahad, 4 Ogos 2013

Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kemasukan Januari 2014


1. Permohonan
    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal bagi pengambilan Januari 2014.

2. Jenis Kursus dan Kelayakan Permohonan
    a. Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
      - Bricklaying Tahap 1&2, Plastering Tahap 1, Tiling Tahap 1 & 
        Formwork Tahap 1
       - Tempoh: 2 Tahun (Latihan Industri 6 Bulan)
       - Kelayakan akademik: Minimum Tamat Darjah 6
       - Syarat umum: Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 
         18-35 tahun.

    b. Seni Lukis Dan Seni Reka (SSR)
        - Animasi Komputer, Grafik Multimedia, Lukisan Seni Halus,              Seni Arca, Rekabentuk Industri, Seni Airbrush, Batik dan                  Cetakan.
         - Tempoh: 2 Tahun (Latihan Industri 3 Bulan)
         - Kelayakan akademik: Minimum tamat darjah 6
         - Syarat umum: terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18-             35 tahun.

     c. Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)              SKM Tahap 1, 2 dan 3
         - Rekaan Fesyen, Teknologi Pembuatan Pakaian, Pembuatan            Pakaian & Seni Sulaman
         - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 3 Bulan)
         - Kelayakan akademik: minimum tamat darjah 6
       - Syarat umum: Terbuka kepada Lelaki dan Wanita 18-35                   tahun dan pemohon yang telah memiliki sijil SKM tidak layak           memohon 

      d. Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM) SKM Tahap 1            dan 2)
          - Masakan Barat, Timur, Malaysia
          -Pastri, Bakery dan kek
          - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 4 bulan)
          - kelayakan akademik: minimum tamat darjah 6
        - syarat umum: terbuka kepada lelaki dan wanita 18-35 tahun.            Pemohon yang memiliki Sijil SKM tidak layak memohon.

      e. Kejuruteraan Elektrik (KJE)
          - Domestik dan Industri (SKM tahap 2 dan 3)
          - Sijil Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan                         Pengujian (PW4) dari Suruhanjaya Tenaga
          - Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB tahap 1
          - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 6 bulan) 
          - Kelayakan akademik: SPM & Lulus Matematik
      - Syarat umum: Terbuka kepada Lelaki dan wanita 18-35tahun. Pemohon yang telah memiliki Sijil SKM tidak layak memohon.

3. Kelayakan Umum Serta Kemudahan
  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal
  • Mereka yang terpilih akan diberikan:
    • Elaun bulanan sebanyak RM350
    • Peralatan kursus disediakan. Yuran dan bayaran peperiksaan adalah percuma
    • Dua pasang pakaian korporat disediakan
    • Pelajar diwajibkan tinggal di asrama.
4. Cara Memohon
  • Borang permohonan untuk mengikuti latihan boleh didapati secara percuma sama ada mengambil sendiri atau jika melalui pos hendaklah menyertakan 1 sampul surat berukuran 10 inci x 7 inci yang bersetem RM1.00 dan beralamat sendiri atau layari laman web http://www.maiwp.gov.my Sila alamatkan kepada: 

Pengetua
Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-92830385/03-92830386/03-92830198

  • Borang permohonan yamg telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada alamat di atas beserta dengan gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ibu kandung, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan/penyertaan persekolahan yang telah disahkan oleh ketua Jabatan/Imam/Ketua Amil/Pengawal Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi tapisan sahaja akan diproses untuk kelayakan temuduga
Tarikh tutup
Pada/sebelum 30 Ogos 2013 (Jumaat)

Catatan
Pemohon dikehendaki menyertakan alamat lengkap dan nombor telefon yang boleh dihubungi sama ada pemohon sendiri, saudara mara, kenalan, majikan atau pihak lain yang berkaitan. Pemohon yang terdiri dari penduduk WILAYAH PERSEKUTUAN akan diberikan keutamaan

Makluman
Bekas pelajar IKB diminta agar menghubungi pihak institut untuk mengemaskini data

    Sumber: Berita Harian

4 ulasan:

  1. Salam,
    Ingin tumapang tanya, ada tak pengambilan July 2014?

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum..
    saya nak bertanya sikit la..ada tak pengambilan yang baru..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,saya nak tanya.Permohonan untk seterusnya bila akan dibuka ya?

    BalasPadam
  4. amirah: saya tak pasti, awak boleh cuba hubungi terus pihak berkaitan ye ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...