Sabtu, 10 Ogos 2013

Biasiswa IPTA Yayasan Tenaga Nasional (Pengambilan September 2013)


Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk kemasukan pada sesi September 2013

Bidang Pengajian
Ijazah Sarjana Muda - Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
                                  - Kejuruteraan Mekanikal
                                  - Kejuruteraan Awam
                                  - Perakaunan

Syarat dan Kelayakan
  • Lulus STPM 2012 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50 atau
  • Lulus Diploma/ Matrikulasi/ Asasi 2013 dengan mencapai sekurang-kurangnya CGPA/PNGK 3.50
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun 2013
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik-beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama tahun 2013 yang telah mendapat tempat di IPTA
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara "on-line" mulai 26 Julai 2013 melalui alamat laman web seperti berikut:

Tarikh Tutup
  • 05 September 2013
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
  • Senarai calon yang berjaya untuk temuduga akan dipaparkan melalui laman web seperti alamat tertera di atas yang dijangkakan pada 10 September 2013
  • Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya
Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut mengenai perkara-perkara yang berkaitan:

a) Hal-hal berkenaan penajaan:
     Pn. Zalina Abdul Ghani 03-8924 7514
     Cik Fatimah Mustafa     03-8924 7539

b) Hal-hal berkenaan masalah teknikal/ sistem on-line
     En. Mohd Amrizal Ibrahim  03-8924 7549
     En. Mohd Jafri Ismail           03-8924 7523

Sumber: Berita Harian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...