Jumaat, 8 Mac 2013

Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE



USM mempelawa calon berkelayakan untuk memohon Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE bagi sesi akademik 2013/2014. Calon yang layak bakal mengikuti program pengajian sepenuh masa selama 5 tahun di kampus cawangan USM di
Belgaum, India. Permohonan secara talian boleh dibuat melalui https://pohon.usm.my/india

Terbuka kepada calon lepasan STPM/ A-level/ Matrikulasi/ Setaraf, SAM, CPU, Diploma dan Ijazah dalam bidang yang berkaitan.

Pengambilan:
September 2013

Tempoh Permohonan:
25 Febuari 2013 hingga 02 Jun 2013

Keterangan Lanjut:
Seksyen Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Pendaftar
Aras 2, Canselori
USM 11800 Pulau Pinang

Talian Bebas Tol: 1300 888 876
Tel: +604-653 3196/3141
Fax: +604-653 3328
Email: admissions@usm.my

Cara Memohon:


  • Permohonan hanya boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application). Sila layari https://pohon.usm.my/india
  • Permohonan boleh dibuat dengan membeli nombor PIN USM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengakses borang permohonan ke USM
  • Nombor PIN USM juga boleh dibeli melalui kaunter atau mesin Auto-Teller (ATMs)/SMS Banking
  • Mesin Deposit Tunai/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
  • Bayaran sebanyak RM60 (warganegara Malaysia) dikenakan semasa pembelian nombor PIN USM sebagai bayaran pemprosesan
  • Bagi warganegara bukan Malaysia, bayaran pemprosesan sebanyak USD30 atau MYR100 dikenakan untuk setiap permohonan. Bayaran boleh dilakukan melalui:
  1. Cek atau Kiriman Wang (dibayar atas nama 'Bendahari Universiti Sains Malaysia')
  2. Secara tunai di kaunter Pejabat Bendahari USM
  • Borang permohonan yang lengkap mesti dicetak dan diserahkan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan.
Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...