Sabtu, 8 Disember 2012

Memilih Buku Di Big Bad Wolf 2012

Ok, kita sambung cerita. Jadi dengan gembiranya, kami melihat pintu gerbang yang osem + hensem. Di perkarangan luar, kelihatan sebuah kereta sport. Mula-mula aku fikir, 'oh! ada cabutan bertuah ke?' Eh! salah ok, bukan bukan bukan (sambil geleng kepala). Untuk bergambar. Dikenakan bayaran sebanyak RM10 (kalau tak silap).


Bila dah masuk dalam, mak aiii, besar betul tempatnya. Orang didalamnya? Jangan tanyalah, tak terkira ok.

"Ok Mell, kat mana nak jumpa nanti?"
"Tu lah kak, kat mana?"
"Kita jumpa kat pintu keluar ek"
"Ok"

Lepas tu, tak sampai berapa saat, Mell pun lesap dari pandangan mata. Aku pun pergi tengok-tengok (pusing 1 dewan) dulu buku jenis apa yang dijual. Ada buku:


  • Motivasi
  • Perniagaan
  • Novel Inggeris
  • Novel Melayu (tak banyak, berbanding novel Inggeris) dan bukan tajuk yang popular.
  • Buku bergambar
  • Kamus
  • Tempat-tempat menarik (travel)
  • Buku Masakan (Nigella, Jamie Oliver)
  • Buku tentang fotografi
  • Diari
  • Buku cerita Enid Blyton
  • 2 novel Ahadiat Akashah (tak ingat tajuk)
  • Buku sains
Buku yang tiada:
  • Novel popular Bahasa Melayu
  • Buku keagamaan (Islam)
  • Biografi Datuk Lee Chong Wei
  • Buku bukan cereka Bahasa Melayu
  • Buku Bahasa Arab
  • Doktor Umum - Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • The Secret - Rhonda Byrne
  • Buku masakan Chef Wan
  • Diary Of Wimpy Kid
Tak habis pusing pun. Sebab besar sangat. Lepas tu orang punya lah ramai. Jalan je terlanggar. Barulah aku mula memilih.

Perhatian:
1. Kalau anda nak membeli dengan banyak, ambillah kotak-kotak kecil yang disediakan di pintu masuk.
2. Ataupun bawalah beg kain ke, beg yang ada troli ke, troli ke atau beg besar yang ada roda. Jangan terperanjat, semalam ada 2 orang lelaki bawa beg yang macam nak pergi haji tu ok. Mak aiii besar betul beg diorang.
3. Lebih mudah kalau anda ada senarai buku yang nak dibeli. Bukan apa, takut terlebih bajet, atau terbeli buku yang kurang kualiti isi dalamnya.
4. Sila pakai kasut/sandal/selipar yang selesa. Aku pakai selipar je. Kalau rasa pakai kasut tumit tinggi 3 inci tu selesa, pakailah, tak salah. Hehe


Tapi, kalau tak bawa pun tak pe, kat luar dewan siap ada jual tau (beg luggage tu). Siapkan duit saja. 

Kebanyakan buku yang aku jumpa, adalah terdiri daripada RM3, RM6, RM8, RM10, RM20, dan RM30. Belum ada lagi, buku yang harganya lebih daripada RM30. Haaaa, murah kan?



1 ulasan:

  1. wah murah2 klu aku ada ni mau aku juga bawak beg g haji tu heheheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...