Isnin, 3 September 2012

~Ini Kisah Si Saga & Si Kancil~



AMARAN: Ini adalah kisah semasa di Bulan Ramadhan baru-baru ini. (Apalah aku ni kan hahaha). Aku akan bertolak balik ke Kluang agak lewat seperti kebiasaannya. Pada waktu itu aku bergerak pukul 3.30 petang (agak lewat bagiku). Hujan telah turun renyai-renyai. Macam mana pun aku kena balik juga, sebab dah hari Jumaat, takkan nak balik hari Sabtu pula kan, Ahad dah raya. Redah juga lah.

Tak jauh daripada simpang rumahku, selepas mengisi penuh tangki minyak kereta di Mobil, aku pun bergerak. Hari Jumaat, kereta balik kampung masih banyak atas jalan raya. Aku memasang radio yang kuat (ini biasa). Tak jauh daripada Petronas, kereta semakin bergerak perlahan dan berhenti. Ketika inilah aku dengar bunyi 



"boom". Oh, aku rasa tak sedap hati, lalu meninjau di luar kereta.

Aku mencari-cari di mana yang kena langgarnya tu?? Aku sempat melihat kereta di belakang. Sebuah kereta perodua Kancil. Tapi, masa aku tengok tu, kereta dia tak "cium" pun kereta aku. Mungkin dia telah mengundurkan sedikit keretanya (masa ni, pemandunya adalah seorang budak perempuan mungkin dalam lingkungan awal 20-an) tak keluar langsung dari keretanya, (dia berseorangan dalam kereta) melihat aku dengan muka yang pucat dan takut. Lepas tu, baru aku perasan ada tanda di bumper kereta


Oh My God! "Awak langgar kereta saya ke?" Pemandu Kancil tu tak jawab...(dah lama tu baru aku terfikir, memanglah dia yang langgar, takde orang lain dah...)Aku pun memegang bumper kereta, manalah tahu kot-kot bumper tu goyang ke, apa ke kan. Aku pegang dan mengoyang-goyangkan sedikit. Tak...kuat lagi. 

Melihatkan aku yang tertunduk-tunduk tu, pemandu Kancil tadi menurunkan sedikit cermin keretanya lalu bertanya "teruk ke kak?"

Dalam hati aku berkata 'kenapa lah kau tak turun tengok sekali? Bukan kau yang langgar ke?'

Lepas tu, aku jawab "tak pe lah sikit jer". Aku mengucapkan Selamat Hari Raya padanya dan menghulurkan salam. Mungkin agak sedikit terkejut dengan tangan yang kuhulurkan. Masa salam tu dapat aku rasakan tangannya yang lemah. Aku faham perasaan orang yang langgar kereta orang ni, sebab aku pun pernah langgar juga.

Hujan renyai semakin lebat. Lalu aku masuk ke dalam kereta dan berdoa semoga ALLAH memudahkan perjalankanku balik Kluang seperti mana aku memudahkan pemandu yang langgar kereta aku tadi. Yelah, kalau tak panjang ceritanya, kan?

~Lalala lagu raya berkumandang semula dalam keretaku~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...