Ahad, 5 Ogos 2012

Entri Istimewa Buat Geng15 ^________^


Aku tak tahu apa itu friendship day sehinggalah masuk ke KUSTEM yang kini dikenali sebagai UMT. Daripada sahabat-sahabat aku, atau lebih tepat menggelarkan diri kami sebagai Geng15 barulah aku tahu wujudnya friendship day tu. 

Hurmmm, Geng15 - wujud sejak 2003 sehinggalah sekarang, dah 9 tahun. Lama - suatu jangka masa yang lama.

Macam mana boleh wujud? Aku cerita secara ringkas sajalah ye,

sebab kalau nak betul-betul detail, 15 hari 15 malam pun tak habis cerita hehe. Kami bermula sebagai roommate 4 orang sebilik. Ini adalah persahabatan 4 buah bilik. Pada suatu hari, (ceh ceh ceh) setiap orang junior, di wajibkan melibatkan diri dalam aktiviti Kokurikulum, jadi kami semua (kalau tak silap aku) memilih dikir barat. 


Selepas kumpulan kami memenangi pertandingan dikir barat, mungkin kerana tidak mahu kumpulan ini terkubur begitu sahaja, lalu tertubuhlah kumpulan dikir barat perempuan. Yang pertama seumpamanya di UMT pada ketika itu ^_____^ Boleh dikatakan, kami kerap mengadakan latihan di waktu malam hari. Aku tak boleh lupa, punyalah semangat kami berlatih, diwaktu malam, dibelakang asrama bertemankan lampu jalan. Korang pun tahu kan, lampu jalan tu, mana lah terang sangat, suram suram gitu. Salin lirik lagu dalam kesuraman malam. Pernah juga menggunakan baldi ketuk-ketuk dengan tangan, pasang radio yang tak berapa nak kuat volume nya hehe.

Kalau ada jemputan persembahan, lagi kerap berlatih. Jalan kaki dari asrama, ke UMT, bukanlah satu jarak yang dekat. Jauh wooo. Kadang-kadang, sahabat aku naik basikal, aku? Aku akan membonceng motor bersama kawan aku dengan penuh debar. Kenapa? Lain kali aku cerita ek.

Itulah dia, aktiviti dikir barat telah banyak menguji persahabatan kami. Menjadikan kami lebih matang menghadapi hari-hari mendatang. 

Kalau ada kerja kumpulan, selalunya nak berada dalam kumpulan Geng15. Eh, macammana pulak boleh ada dalam satu kumpulan ni? Ha....kami adalah budak-budak "Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian" semuanya 1 kelas - memang kelas gitu ;)

Mungkin telah terbiasa dengan baju sedondon semasa persembahan dikir barat, kami selalu merancang pakai baju yang sama.

Friendship Day dengan kek yum yum
[Pakaian sedondon berwarna merah]

Malam Ambang Merdeka
[Pakaian sedondon warna putih, tudung pink]

Beronggeng di Lata Tembakah

Lata Tembakah adalah tempat terakhir yang dapat mengumpulkan kami 15 orang. Setelah itu, masing-masing mencari pekerjaan, ada yang sambung belajar. Aku sendiri membuat akaun di friendster kerana tidak mahu putus hubungan dengan Geng15.

Tapi, mungkin sudah suratan, kami semua adalah guru kaunseling sekolah! Amazing! Kami tak pernah terbayang, yang semuanya akan menjadi cikgu. Yang paling best - dapat bertukar-tukar idea dan saling memahami kerana kami di bidang yang sama. Ehem - cuti pun sama :)

Kini setelah menjadi guru, kami tetap dengan hubungan ini. Walaupun masing-masing jauh, tapi teknologi telah merapatkan hubungan kami. Kami ada kumpulan tertutup di Facebook dan yang paling best ialah aplikasi kumpulan tertutup di Whatsapp!. Setiap masa berkongsi cerita dan pendapat masing-masing terutamanya tentang tugas di sekolah masing-masing. Memang terasa dekat. Aku juga terdorong untuk memiliki blog, sebab ada sahabat yang memiliki blog.


Baru-baru ini, Geng15 telah merancang pelan yang kecil, yang mana diharapkan penglibatan semua. Harap sangat ia menjadi. Ayuh, sahabat, jadikan ia suatu realiti ^_______^

"Memori lama akan terus kekal dalam ingatan,
Tidak bermakna kita tidak boleh membina memori yang baru"
(Siti Hazreen Shahrom)

P/S: Ni kira aku dah promosi kat Geng15 ye Ina ;)

3 ulasan:

  1. thats is so lovely.. i miss this 15 gang..

    BalasPadam
  2. ~beb, aku pun rindu sangat dengan korang. Rindu nak gelak sama-sama, makan sama-sama~

    BalasPadam
  3. reen bila ingat2 balik mmg rindu ya. pastu mcm tak sangka masa berlalu terlalu pantas. tp kenangan UMT & mengenali sahabat2 seperti kamu semua pengalam yg paling berharga. rasa sayu pulak huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...