Ahad, 12 Februari 2012

Telekung Yang Wow!!!

                                       

Entri ini bukan bertujuan untuk menjual telekung kepada anda semua ya, harap maaf. Hari ini aku ingin berkongsi tentang telekung. Ya, telekung yang kita pakai masa sembahyang tu.


Semalam aku ke Melaka. Singgah di sebuah pasaraya yang besar giler. Masuk ke surau, selepas berwuduk, aku mencapai telekung yang memang sedia ada pada sejadah. Sebaik selak saja, aku ternampak telekung yang 'masyaallah' penuh dengan bintik-bintik hitam di sekitar bahagian bawah dagu. Adoi, aku hendak tukar dengan yang lain. Bila aku angkat telekung yang lain, pun sama juga. Ya Allah.


Oleh kerana tiada pilihan lain, aku pun pakai sajalah. Rasa geli itu memang muncul di hatiku ini. Memang tak selesa. 


Waktu perjalanan balik, aku singgah pula di satu stesen minyak. Stesen minyak jenama *tut* memang menjadi pilihan ramai sebab tandasnya yang bersih dan juga surau yang selesa. 


Keadaan telekungnya? Sama juga dengan yang dipasaraya tadi. Tiada bezanya. Huhu.


Kenapa agaknya? Bukankah sepatutnya bersih? Mungkin pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil langkah seperti mencuci telekung-telekung yang ada (aku rasa telekung dikedua-dua tempat ini sudah tidak boleh di putihkan, jadi, kena tukar baru ^_^) Para pengguna juga perlu bertanggung jawab bila sudah digunakan - jangan main tinggal saja ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...