Selasa, 7 Februari 2012

Pemilihan Awal Perajurit Muda TUDM (Lelaki)

                                    

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Sehubungan dengan itu TUDM mempelawa kepada anda yang berminat dan berkelayakan untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TUDM.

Kelayakan Akademik
Syarat kelayakan diberi kepada calon-calon yang lulus di peringkat SPM/SPMV seperti berikut:
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ke atas.
Lain-Lain Kelayakan
  • Warganegara Malaysia. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada 28 Jun 2012. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik dan tidak kabur warna (Diuji di Pusat Pemilihan)
Ketukangan Anggota Lain-Lain Pangkat TUDM
1. Anak Kapal
  • Kuartermaster Udara
  • Pramugari
2. Kejuruteraan
  • Juruteknik Rangka Kapal Terbang
  • Juruteknik Enjin
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Instrumen
  • Juruteknik Elektronik
  • Juruteknik Senjata
  • Juruteknik Alat Bantuan Udara
  • Juruteknik Woksyop
  • Juruteknik Alat
  • Pembantu Statistik
  • Juruteknik Alat Pemukaan dan Keselamatan
  • Juruteknik Avionik
3. Pengurusan Ruang Angkasa
  • Pembantu Kawalan Trafik Udara
  • Juruteknik Pertahanan Udara
  • Bomba
4. Logistik
  • Sistem Logistik
  • Juruteknik Bekalan
  • Juruteknik Stor
  • Kerani Inventori
  • Pemandu
5. Pentadbiran
  • Pembantu Tadbir
  • Pembantu Sajian
  • Pancaragam
  • Jurulatih Jasmani
  • Pembantu Tahan
Pusat-pusat pemilihan seluruh Malaysia
Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek, berkasut sukan dan berstokin di pusat-pusat pemilihan. Masa pendaftaran ialah 0830 pagi hingga 0900 pagi.

14 feb - Sungai Siput, Perak - SMK Shing Chung
15 feb - Pendang, Kedah - SMK Tunku Temenggung
16 feb - Arau, Perlis - SMK Dato' Sheikh Ahmad
18 feb - Sungai Petani, Kedah - SMK Khir Johari
19 feb - Pulau Pinang - SMK Seri Balik Pulau
21 feb - Lumut, Perak - SMK Dindings

20 Mac - Melaka - SMK Tinggi Melaka
21 Mac - Johor Baharu - Maktab Sultan Abu Bakar
22 Mac - Kluang, Johor - SMK Sultan Abdul Jalil
24 Mac - Masjid Tanah, Melaka - SMK Ghafar Baba
25 Mac - Jempol, Negeri Sembilan - SMK Seri Jempol
26 Mac - Seremban, Negeri Sembilan - SJKC Chan Hwa

10 Apr - Kuantan, Pahang - SM (Sains) Sultan Hj. Ahmad Shah
11 Apr - Kemaman, Terengganu - SMK Sultan Ismail 2
12 Apr - Marang, Terengganu - SMK Tengku Lela Segara
14 Apr - Kota Bharu, Kelantan - SMK Dato' Ahmad Maher
15 Apr - Gua Musang, Kelantan - SMK Tengku Indra Petra 1
16 Apr - Jengka, Pahang - SMK Desa Jaya

25 Apr - Cheras, Kuala Lumpur - SMK Cheras
26 Apr - Shah Alam, Selangor - Sek. Vokasional Shah Alam

Alamat surat menyurat:
Markas Tentera Udara, Bahagian Sumber Manusia, Tingkat 7, Menara TH Selborn, 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. (Untuk Perhatian: Sel Kerjaya dan Pengambilan)

Telefon: 03-2681 2412

Sumber: Dipetik dari Berita Harian

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...