Isnin, 19 Disember 2011

Selamat Hari Lahir Ke-62 ABAH ^_^

                                  

Tarikh hari lahir abah ialah pada hari semalam. Tapi  kami sekeluarga meraikannya pada hari ini. Sebab? Semalam, hujan terus menerus seharian...

Hari ini pun hujan juga, tapi nak buat macam mana, dah musim hujan. Kami redah juga ke Batu Pahat, ke kedai Nasi Beriani Mohd Shah. Kedai ini terletak di bertentangan dengan Hospital Putra

Kami sampai di kedai pukul 2.00 petang. Kelihatan begitu ramai orang walaupun hari bekerja. Mungkin juga waktu cuti sekolah, jadi bawa sekali anak-anak makan bersama. Meja penuh. Orang ramai beratur.

Lauk kambing dah habis. HUA! Sedih! Yang tinggal nasi beriani ayam. Makan sajalah. Sedap! Tak tipu :)

Singgah di Batu Pahat Mall dan minum petang di kedai donut 
                                     

Akhir sekali, beli kek untuk abah.

Perjalanan pulang juga dalam keadaan hujan.

                                              
p/s: semoga abah panjang umur, sihat walafiat :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...