Isnin, 19 September 2011

Rumah Terbuka Hemmmm...



Jika hendak dibandingkan tahun lepas dengan tahun ini, jemputan rumah terbuka tahun ni kurang sedikit. Mungkin juga setelah ditegur oleh pengetua sewaktu perhimpunan, bahawa senario rumah terbuka ini semakin menjadi-jadi. Iyelah, kalau kita cakap 'majlis rumah terbuka' barulah orang datang berkunjung, kalau tak, tak nampaklah batang hidung.

Ada juga yang ubah 'rumah terbuka' kepada 'makan-makan'...

Ada juga yang bila nampak orang lain buat rumah terbuka, dia juga nak buat...

Ada banyak pertimbangannya, betul tak? Macam...
  • bilangan orang yang nak menolong basuh pinggan, masak dan sebagainya
  • duit
  • keikhlasan bukan untuk nak menunjuk-nunjuk
Kalau tak buat rumah terbuka pun, kita boleh kunjung-mengunjung. Kalau bagi kuih raya pun tak apa kan? Paling tidak air pun dah cukup. Kita kena fahami konsep ziarah ni betul-betul...

Bila diajukan soalan, aku tak buat ke rumah terbuka? Aku jawab tak, dan mereka yang bertanya terdiam mendengar jawapan aku...

3 ulasan:

  1. reen lama betul aku tak jenguk blog kau. Emmm kau sihat? makin bz ya skrg, pe2 jemput dtg blog aky ya.

    BalasPadam
  2. mmg betul psl isu open house waktu raya ni..org dah mcm berlumba2 nak bertanding mana yg lagi hebat..bila ada yg bujang xbt open house..ada je yg ckp2 belakang..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cik tom, saya memang tak gemar macam tu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...