Ahad, 9 Januari 2011

RM6

           
           Hari ini aku keluar makan (tak tahu nak cakap samada sarapan atau makan tengah hari) di luar (di salah sebuah kedai nasi ayam terkenal di sini. Sampai di kedai, aku pun membuat pesanan makanan. Ehmm, nasi ayam 1 dan teh O panas 1. Jam menunjukkan angka 10.50 pagi. Hahahahahaha

            Setelah selesai makan, aku pun pergi ke kaunter.
            "Berapa bang?"
            "RM6"
            "ha?" aku tak tahu samada ini respon terkejut atau respon minta ulangan suara...
            "RM6, tahu kan nasi ayam dah naik"
            "Tak tahu pula, berapa harga nasi ayam?"
            "RM5, air teh O panas, masih kekal RM1"
            "Owh, ok"

            Aku pun berlalu dan terus masuk ke kereta, sambil memegang stereng kereta dan berkata "RM6?"
             

           

3 ulasan:

  1. haha...tu yang susah nak jawab tu hehe

    BalasPadam
  2. Murahnye..
    Ada lagi yang harga rm6 boleh dapat nasi dan air..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...