Sabtu, 10 Ogos 2013

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. Hari ini dah raya ke-3. Baru lah sempat nak ucap Selamat Hari Raya di blog huhu. Marilah kita rayakan dengan penuh kesederhanaan, jangan berlebih-lebihan ok!


Kepada semua pembaca, harap dimaafkan sekiranya ada tulisan yang mengguris hati dan perasaan. Jangan serik untuk terus membaca, ok!

Ahad, 4 Ogos 2013

Institut Kemahiran Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kemasukan Januari 2014


1. Permohonan
    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang beragama Islam berpendapatan rendah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal bagi pengambilan Januari 2014.

2. Jenis Kursus dan Kelayakan Permohonan
    a. Teknologi Binaan Bangunan (TBB)
      - Bricklaying Tahap 1&2, Plastering Tahap 1, Tiling Tahap 1 & 
        Formwork Tahap 1
       - Tempoh: 2 Tahun (Latihan Industri 6 Bulan)
       - Kelayakan akademik: Minimum Tamat Darjah 6
       - Syarat umum: Terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 
         18-35 tahun.

    b. Seni Lukis Dan Seni Reka (SSR)
        - Animasi Komputer, Grafik Multimedia, Lukisan Seni Halus,              Seni Arca, Rekabentuk Industri, Seni Airbrush, Batik dan                  Cetakan.
         - Tempoh: 2 Tahun (Latihan Industri 3 Bulan)
         - Kelayakan akademik: Minimum tamat darjah 6
         - Syarat umum: terbuka kepada lelaki dan wanita berumur 18-             35 tahun.

     c. Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita/Lelaki (RFP)              SKM Tahap 1, 2 dan 3
         - Rekaan Fesyen, Teknologi Pembuatan Pakaian, Pembuatan            Pakaian & Seni Sulaman
         - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 3 Bulan)
         - Kelayakan akademik: minimum tamat darjah 6
       - Syarat umum: Terbuka kepada Lelaki dan Wanita 18-35                   tahun dan pemohon yang telah memiliki sijil SKM tidak layak           memohon 

      d. Perkhidmatan dan Penyajian Makanan (PPM) SKM Tahap 1            dan 2)
          - Masakan Barat, Timur, Malaysia
          -Pastri, Bakery dan kek
          - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 4 bulan)
          - kelayakan akademik: minimum tamat darjah 6
        - syarat umum: terbuka kepada lelaki dan wanita 18-35 tahun.            Pemohon yang memiliki Sijil SKM tidak layak memohon.

      e. Kejuruteraan Elektrik (KJE)
          - Domestik dan Industri (SKM tahap 2 dan 3)
          - Sijil Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan                         Pengujian (PW4) dari Suruhanjaya Tenaga
          - Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB tahap 1
          - Tempoh: 2 tahun (Latihan Industri 6 bulan) 
          - Kelayakan akademik: SPM & Lulus Matematik
      - Syarat umum: Terbuka kepada Lelaki dan wanita 18-35tahun. Pemohon yang telah memiliki Sijil SKM tidak layak memohon.

3. Kelayakan Umum Serta Kemudahan
  • Pendapatan ketua keluarga pemohon adalah mengikut had kifayah semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Pemohon hendaklah sihat mental dan fizikal
  • Mereka yang terpilih akan diberikan:
    • Elaun bulanan sebanyak RM350
    • Peralatan kursus disediakan. Yuran dan bayaran peperiksaan adalah percuma
    • Dua pasang pakaian korporat disediakan
    • Pelajar diwajibkan tinggal di asrama.
4. Cara Memohon

Sabtu, 3 Ogos 2013

Mengimbau Kenangan bersama W.A.R.I.S Rembau Most Wanted


Aku masih ingat lagi, Negeri Sembilan adalah negeri pilihan pertama masa mengisi borang "negeri pilihan" dalam borang penempatan di DPLI-UIA. Dalam borang tu ada 2 pilihan sahaja. Negeri kedua?? Aku tak ingat haha. 

Kenapa Negeri Sembilan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...