Sabtu, 3 Ogos 2013

Mengimbau Kenangan bersama W.A.R.I.S Rembau Most Wanted


Aku masih ingat lagi, Negeri Sembilan adalah negeri pilihan pertama masa mengisi borang "negeri pilihan" dalam borang penempatan di DPLI-UIA. Dalam borang tu ada 2 pilihan sahaja. Negeri kedua?? Aku tak ingat haha. 

Kenapa Negeri Sembilan?
  1. Negeri yang hampir dengan Johor - tempat kelahiranku. (Masa tu ada ura-ura yang mengatakan bahawa, sekiranya mohon di negeri sendiri, tak kan dapat, jadi, pilihlah Negeri Sembilan).
  2. Aku dan sahabat-sahabat (yang juga belajar di UIA) sepakat memilih negeri yang sama, supaya kami masih berdekatan antara satu sama lain, walaupun sudah bekerja.
  3. Hampir dengan Selangor (ramai sahabat-sahabat) di sini.
  4. Negeri yang begitu asing dengan aku. Tiada langsung saudara mara atau sepupu sepapat di sini. Aku sukakan cabaran.
Akhirnya, dapatlah di Negeri Sembilan, begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Suka betul! Yep, tak tipu. Akhirnya jejak kaki di negeri ini.

Teringat bila nak menghadiri temuduga, segala macam benda di baca. Masa tu abah ada di rumah, dan abah cakap:

"Kau tahu tak latar belakang sejarah Negeri Sembilan kak?"
"Tak tahu sangat"
"Baik kau baca, mana tau kena tanya.."

Ye tak ye jugak. Soalan temuduga ni tak terjangka dek akal. Jadi bukalah pakcik Google, dan membaca sejarah Negeri Sembilan. Bukan tak pernah belajar, tapi ingatan terhadap sejarah Negeri Sembilan ni begitu sedikit. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang aku ingat iaitu Minangkabau, Adat Perpatih...itu sahaja.

Lagu negeri yang aku ingat ialah Apo Nak Di Kato dari Blues Gang.


Satu lagi lagu yang best ialah Bersama Setia. Selalu dengar di radio.


Aku lebih tahu jalan-jalan di Negeri Sembilan berbanding di Johor (walaupun selalu sesat ahaks!). Negeri yang unik dengan loghat bahasanya. Ingat lagi bila Penjara Kluang mengadakan ceramah sempena Isra' Mi'raj kalau tak silap aku, penceramah jemputan ialah Syeikh Dato Hj. Mohd Murtadza b. Syeikh Ahmad (Mufti Negeri Sembilan ketika itu). Ceramah di sampaikan dengan baik, namun bila tiba keluar loghat Negeri Sembilan tu, aku dan kawan-kawan hanya senyum simpul dan apabila melihatkan ada hadirin yang tergelak, aku dan kawan-kawan hanya diam (sebab kami tak tahu sepatah apa pun loghat Negeri Sembilan) Haha.

Hurmmm, mungkin selepas ini akan ke negeri lain, mungkin negeri pilihan ialah ............ pula!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...