Selasa, 22 September 2020

Hadiah Kepada Komentar Paling Banyak

 




Assalamualaikum dan hai!

Banyak perkara baik yang terjadi pada saya pada bulan September. Oleh yang demikian, saya mahu kongsikan kegembiraan saya pada kalian juga.

Maka tercetuslah idea untuk menghargai mereka-mereka yang sudi tinggalkan komen dalam blog saya ini. Walaupun tiada apa-apa yang dijanjikan pada awalnya, maksudnya, tiada iklan pemberitahuan, tapi kalian masih meninggalkan komen. Saya terharu.

Terima kasih.

Komen yang diambil kira ialah komen-komen yang ditinggalkan dalam entri tahun ini sahaja ya, dan sehingga jam 9.00 malam semalam.

Saya akui hanya 10 entri sahaja yang sempat ditulis dalam tahun ini. Pelbagai alasan yang saya berikan. Haha! Namun, percayalah, blog adalah tempat yang paling saya suka, berbanding medium lain.

Saya telah membuat perkiraan secara manual malam semalam. Nasib baik entri tak banyak! Haha!



Tahniah kepada pemilik blog http://aniesandyou.blogspot.com yang telah mendahului komentar-komentar lain.

Inilah hadiahnya! Emas Public Gold 0.5g edisi terhad Hari Raya 2016. Grednya 24karat atau 999. Masa saya beli dulu, harganya lebih kurang RM120 hingga RM130.


Ini pula adalah harga terkini 0.5g edisi terhad Hari Raya 2016 yang dijual di PGMall iaitu RM198 sekeping! Wow! Impak kenaikan harga emas.

PGMall ialah platform e-dagang no.3 di Malaysia dan sedang meningkat naik. PGMall ini ialah dibawah kendalian Public Gold

Terima kasih kepada blogger-blogger lain yang sudi singgah dan meninggalkan komen. Link blog kalian akan saya perlihatkan di blog saya nanti ya! Ianya sebagai penghargaan kepada kalian yang sudi singgah dan meninggalkan komen di blog saya.

Kepada Anies, tahniah diucapkan, komen entri ini ya untuk pengurusan hadiah. 

p/s: Ini bukanlah aktiviti wajib blog ini, jangan pula kalian komen terus menerus dengan harapan untuk mendapatkan hadiah. Komenlah jika kalian rasa mahu komen. 

p/s: Jika nak maklumat lanjut tentang Public Gold dan PGMall, just let me know hehe.

12 ulasan:

  1. Eh eh.. nama kakmim pun ada lah... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...terima kasih berkunjung ke sini kakmim

      Padam
  2. Tahniah pada pemenang. Bestnya dapat emas :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah mcm x pecaya je ni...terima kasih byk2 sis...x tau nk komen apa... just doakn sis moga sentiasa dimurahkan rezeki selalu. aminnn terima kasih ya��������

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe tahniah...alamat mcm mana ye? emel saya hazreen2008@yahoo.com atau beri alamat pada komen

      Padam
    2. Tahniah Anies! U r the best!๐Ÿ‘

      Padam
    3. mucha graciasssss๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

      Padam
  4. tahniah kpd pemenang. wow! bertuah tu sbb dpt emas.

    BalasPadam
  5. terima kasih sudi datang sini cikgu!

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada pemenang - Anies! Dapat hadiah hebat!๐Ÿคฉ

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada pemenang yang bertuah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...