Rabu, 22 Januari 2020

Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung Haji

cara simpan duit, tabung haji, buku akaun, buku akaun tabung haji, cara menyimpan duit

Assalamualaikum dan Hai!

Semalam sempat masukkan duit dalam Akaun Tabung Haji.

Saya masukkan duit RM1 dan RM5 yang saya simpan lebih kurang sebulan.

Macam mana dapat idea simpan duit RM1 dan RM5 ni?

Haaa, ceritanya macam ni, suatu hari, saya berborak dengan rakan sekolah lama, tentang bagaimana dia boleh berjalan-jalan (travel) ke luar negara dengan kerap.

Sebab saya memang cemburu giler okeh!

Jadi, dia pun bagi tips simpan duit RM1 dan RM5 ni. Caranya ialah dengan simpan duit RM1 dan RM5 ni setiap kali ia ada dengan kita di suatu tempat, dan kemudiannya, masukkan ke dalam akaun bank. Saya memilih Akaun Tabung Haji. 

Saya dah amalkan beberapa tahun dah...

Memang masa mula-mula buat simpanan ni, korang akan terlupa nak asingkan duit RM1 dan RM5 ni, tapi lama-lama ia akan menjadi kebiasaan.

Saya akan asingkan duit RM1 dan RM5 ni ke dalam balang plastik lutsinar. Jadi kalau nampak macam banyak je, terus kira dan masukkan dalam Akaun Tabung Haji. Sebab apa tak nak kumpul sampai setahun? Sebab nanti ia jadi terlalu banyak, balang tak muat dan, saya akan ada niat nak gunakan duit tu! Haha!!

Bila masuk dalam Akaun Tabung Haji, memanglah nampak angka tu macam besar, tapi, saya akan rasa sayang nak gunakan kecuali memang nak gunakan sikit untuk menampung perbelanjaan untuk jalan-jalan.

Nampak kan, ada pengeluaran di situ. Hehe

Ok, jadi pagi semalam, saya sempat masukkan sejumlah duit ke dalam Akaun Tabung Haji. 

Sekarang ini, nak simpan duit dalam Akaun Tabung Haji dah tak perlu pakai buku akaun ya.

Hanya bawa kad pengenalan sahaja.

cara simpan duit, slip penyata bank, tabung haji

Lepas ambil nombor, isi borang ni ya Hanya isi nombor kad pengenalan dan jumlah sahaja.

tabung haji, slip penyata tabung haji, slip bank

Bila nombor di panggil, korang akan dapat slip penyata Akaun Tabung Haji macam ni.

slip penyata tabung haji, slip penyata bank, tabung haji

Bila selesai transaksi, akan keluar slip penyata Akaun Tabung Haji macam ni.

Haaa, dah siap! 

Slip penyata Akaun Tabung Haji ni, boleh lah di simpan di dalam fail kewangan.

Duit syiling pun diterima tau di Tabung Haji. Tapi malangnya, mesin duit syilingnya rosak. Jadi saya tak dapat masukkan duit syiling ke dalam Akaun Tabung Haji. Huhu.

Oklah, kalau korang nak ke Tabung Haji, dah tak perlu bawa bersama buku Akaun Tabung Haji ya, terus sahaja ke kaunter dengan membawa bersama kad pengenalan. Memang mudah!


10 ulasan:

  1. SS biasa simpan guna duit 20 henget sebab susah dapat... 😁

    BalasPadam
  2. Saya memang suka pecan duit singgit banyak-banyak untuk mudah beri pada Tabung surau.
    Memang niat nak menabung kerap di TH sebab nak tunai haji cepat-cepat. Doakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga dapat tunaikan haji dengan segera. amin

      Padam
  3. bagus tip ini..

    nak try juga la

    BalasPadam
  4. Duit RM1 tak jadi nak simpan. Duit RM5 je yang istiqamah. Hihi. Mudah-mudahan terus disiplin menyimpan lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus-bagus, mula-mula tu memang susah sikit, lama-lama nanti oklah tu...keep it up!

      Padam
  5. sy ikut jadual yg diorg viralkan tu... ikut minggu... dah ckp br msk akaun... kn simpan lbh sikit sbb nk g bulan heheehe

    BalasPadam
  6. kalo register haji skrg tungu queue lagi 55 tahun .. huhuhu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...