Ahad, 25 Mac 2018

Doa Mencari Barang Yang Hilang


Assalamualaikum dan hai!

Pernah tak korang mengalami keadaan, di mana korang nak guna sangat sesuatu barang itu, tapi korang baru tersedar, bahawasanya barang tersebut tiada di tempat yang sepatutnya?

Haaaa...pernah tak?

Aiseh, saya pernah.

Ianya terjadi pada 21 Febuari 2018 (Rabu).

Saya ingat lagi, waktu itu, saya balik dari sekolah dan terus nak bersiap-siap ke UTC Melaka untuk memperbaharui pasport saya.

Saya dengan yakinnya, percaya bahawa, pasport saya ada di rak buku. 

Sebelum itu, saya Google dahulu tentang cara-cara nak memperbaharui pasport.

Masa nak keluar dari rumah, barulah saya pergi ke rak buku untuk mengambil pasport dan ketika itu barulah saya sedar, bahawasanya pasport saya tiada di tempat yang sepatutnya!

Aiseh!!

Lalu, saya baru teringat, saya berpindah dari rumah lama ke rumah baharu tahun lepas. Jadi, mungkin pasport saya berada dalam kotak di Bilik Stor.

Adeh, satu hal pulak nak selongkar satu-satu kotak tu.

Bila jam dah melangkaui pukul 5:00 petang, dan saya masih belum bertemu dengan pasport saya, lalu saya membatalkan hasrat nak ke UTC Melaka. 

Iyelah kan, pasport takde, macam mana nak perbaharui.

Tapi, sebenarnya boleh ya. Cakap pasport hilang, tapi lecehlah.

Saya makan dan relaks (sebenarnya, saya kalau stress, memang kena makan haha)

Malam itu, saya Google, segala petua atau tips untuk mendapatkan kembali barang yang hilang.
___________________________________________

22 Febuari 2018 (Khamis)

Saya tidur tak lena. 
Mandi tak basah. 
Makan tak kenyang

Puaslah saya fikir, saya letak di mana pasport tu.

Kalau takde pasport, saya tak boleh isi borang ke luar negara.

Kalau takde pasport, saya tak boleh beli tiket kapal terbang!

Adeh!!

Boleh je buat laporan polis dan bayar denda sebab kehilangan pasport, tapi kan, tiada lah kenangan. Sebab kat pasport kan ada cop negara-negara yang saya pernah pergi dan tarikh. Kenangan!!

Hari itu, saya tidak mencari pasport. Saya perlukan ketenangan. Ceh wah!!

Masa sedang makan di kantin, lalu saya bercerita pada sahabat saya, situasi yang saya alami.

Beliau mencadangkan agar saya membaca ayat:


_____________________________________
23 Febuari 2018 (Jumaat)

Lepas balik sekolah, dari petang sampai ke malam saya mencari pasport.

Semua kotak saya selongkar sambil membaca doa di atas.

Sesungguhnya, saya berserah sepenuhnya kepada Allah.

Kalau tak jumpa jugak, mungkin itu adalah petanda, saya tak boleh meneruskan niat saya nak menjelajah pada cuti sekolah huhu.

Macam-macamlah ayat monolog yang keluar dari fikiran saya waktu itu.

Dan tak dinafikan, saya hampir putus asa.
_________________________________________

Akhirnya, saya menjumpai pasport saya.

Korang nak tahu kat mana?

Haaaa, dalam kotak di bilik tidur saya. Saya pernah punggah kotak itu. Tapi saya tak perasan ada pasport, sebab pasport saya dalam cover hijau!!

Sebab otak saya hanya ingat merah sahaja. Tak ingat pulak ada cover hijau!

pasport malaysia, pasport, international passport, malaysia passport

Dan, serius, saya tak ingat macam mana pasport saya boleh ada cover hijau. Pasport ini terletak dalam kotak hadiah, yang mana di dalamnya terdapat sebatang pen, buku catatan kecil dan cover pasport!

pasport malaysia, pasport, international passport, malaysia passport
Taraaaa!!

Saat saya jumpa pasport ini, saya terduduk dan menangis! 

Stress sangat weh!!

Korang pernah rasa macam tu?

Alhamdulillah dapat pasport. Bolehlah saya perbaharui pasport saya.

Terima kasih Allah!

2 ulasan:

  1. sy cuma amalkn surah an nasr (izaa ja) smbl mencari. dn bla da dpt sy bc surah yg sm 3x

    BalasPadam
  2. Saya Hilang IC 😭😭

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...