Rabu, 20 Disember 2017

Pengalaman Menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA


bandar tenggara, ipg bandar tenggara, pusat latihan guru bandar tenggara
Lokasi berlangsungnya program

Pernah dengar perkataan PEKA?

Maksudnya 'alert' kan? Lebih kurang macam tulah.

PEKA ini adalah singkatan kepada Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya, saya pun baru tahu apa itu PEKA haha!!

Haaa, korang boleh skodeng facebook diorang kat sini dan web diorang kat sini.

Pada 02 hingga 05 Disember 2017 hari itu, saya berkesempatan ke Bengkel TOT Jurulatih PEKA yang telah diadakan di Pusat Latihan Guru di Bandar Tenggara, Johor.

Saya menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA dan bercuti sekali hehe. Iyelah, rumah saya di Kluang, hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk sampai ke Pusat Latihan Guru Bandar Tenggara itu.


Keputusan untuk menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini dibuat saat akhir haha...(sebenarnya, boleh dikatakan kebanyakan keputusan dalam hidup saya diambil saat akhir). Haha!!

Saya memang selalu mahukan bengkel kaunseling. Tapi boleh dikira dengan jari jemari, berapa bilangan kursus kaunseling yang dihadiri yang disediakan oleh pihak berwajib.

Jadi, bila Program Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini muncul, ia umpama 'bagai pucuk di cita, ulam mendatang'.

Dalam bengkel TOT jurulatih PEKA ini merangkumi:
  1. Bengkel NLP (2 hari penuh)
  2. Bengkel TOT serentak; 
  • bengkel intervensi psikometrik sekolah rendah, 
  • bengkel intervensi psikometrik sekolah menengah
  • bengkel pengurusan krisis dan trauma
  • bengkel penyelidikan dan penulisan kajian tindakan
  • bengkel penyelidikan dan inovasi
  • bengkel intervensi kaunseling kreatif
Bila saya baca iklan Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini, mata saya terus tertancap pada perkataan "bengkel intervensi kaunseling kreatif"

You know what, benda ni tak diajar di universiti ok, serius!

Bagaimana dengan NLP? Saya selalu terfikir apalah yang menarik sangat dengan NLP sampaikan orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit?

Korang tahu, jujur saya cakap, saya pernah menghadiri slot NLP percuma yang telah diadakan pada seminar atau majlis anjuran pihak berwajib. 

Dan saya pening.

Lalu saya tidur.

Bangun tidur dan saya makan, hehe

NLP? Bosan.

So, Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini ada NLP, hari pertama dan kedua pulak tu. Mula-mulanya saya macam nak skip kelas tu, tapi sebabkan kelas ini berbayar, tak berbaloi kalau skip. Lagipun, takut nanti saya tak dapat sijil pulak.

Telahan saya meleset sama sekali

NLP wow!!
muhammad saffuan abdullah,nlp,neo nlp
Sifu saya, Tuan Muhammad Saffuan Abdullah

Saya belajar Neo NLP dari sifu saya Tuan Muhammad Saffuan Abdullah

Sekarang saya faham kenapa orang sanggup bayar beribu-ribu ringgit untuk menghadiri kursus NLP. 

Korang nak tahu tak

Haaa, kalau nak tahu, kenalah berguru hehe. Perasaan itu susah nak diterjemahkan dengan kata-kata ceh wah!! 

neo nlp, nlp

Swish Pattern

neo nlp, nlp

Masuk hari ke-3 dan ke-4 barulah bengkel yang ditunggu-tunggu. Bila hari kejadian, hanya dibuka 2 bengkel TOT sahaja iaitu Bengkel Psikometrik Sekolah Rendah dan Menengah (digabungkan) dan juga Bengkel Pengurusan Krisis dan Trauma. 

Ini adalah mungkin kerana bilangan peserta yang tidak ramai. Tetapi, jurulatih PEKA boleh ke bengkel-bengkel lain di masa akan datang TANPA BAYARAN. Haaaa, best kan?

Saya memilih untuk menghadiri Bengkel TOT Jurulatih PEKA untuk intervensi psikometrik sekolah rendah dan menengah.

Best weh! Serius tak tipu! Jom layan gambar.

intervensi psikometrik, psikometrik
En. Shuhaimi sedang menerangkan permainan intervensi psikometrik



Intervensi IMK

Peserta Bengkel Krisis dan Trauma

Peserta Bengkel Intervensi Psikometrik 

Peserta Bengkel TOT Jurulatih PEKA diberi nota Neo NLP, slide pembentangan dan juga modul intervensi psikometrik.

Keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan Bengkel TOT Jurulatih PEKA ini.

Harga berpatutan dan berbaloi-baloi sehhh.

Saya juga sempat mendaftar sebagai ahli PEKA dengan bayaran RM100. Tahun depan, harga akan naik kalau tak silap saya.

p/s: banyak benda yang saya dapat daripada otai-otai kaunselor semua. Terima kasih.
p/s: untuk info bengkel akan datang, boleh berhubung dengan Tuan Muhammad Saffuan Abdullah

3 ulasan:

  1. bestnya ada kursus2 mcm ni.. boleh rehat sambil menimba ilmu

    BalasPadam
  2. Bila ada persatuan mcm ni boleh la tambah ilmu dan pengalamn yg ada..so x de la di tahap yg sama je kan

    BalasPadam
  3. Seronok jadi kaunselor ni kan..bukan senang wooo bila berdepan dgn kerenah manusia zaman skrg ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...