Selasa, 4 Julai 2017

Sembang Santai

Image result for group counseling

Hi!, mula-mula sekali nak minta maaf andainya paparan di blog ini tidak seperti kebiasaannya.

Tulisan hari ini adalah menggunakan laptop bersaiz kecil molek. Lebih dikenali sebagai Laptop 1Malaysia.

Laptop saya rosak. Saya sedang berusaha memulihkannya. Haha!!

Ok, hari ini nak cerita tentang pertemuan saya dengan sekelompok kecil murid SPM 2017.

Eh kejap, sebenarnya, antara impian saya ialah, sambil borak -borak dengan budak-budak, sambil minum kopi. Agak-agak, ada tak yang sudi derma mesin kopi? Alah, yang tekan, keluar air Milo, tekan je keluar air Nescafe?? Hehe

Pertemuan tadi menjurus kepada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017.

Masa sembang-sembang itu, saya belek-belek keputusan keseluruhan peperiksaan murid SPM 2017 di tangan saya. Sekarang ini, bukan main senang weh, klik-klik je dah dapat keputusan. Canggih!

So, terkebil-kebil lah budak-budak bila dibacakan keputusan masing-masing.

Tinggal lebih kurang 4 bulan sahaja lagi nak mengambil SPM. Ada yang dah ambil tindakan. Ada yang belum ambil tindakan. Ada yang masih berkhayal.

Jadi, saya mengingatkan semula murid-murid saya tentang intipati penting semasa slot 10 Minit Bersama Kaunselor yang berlaku sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri, iaitu:

  1. Buat apa yang orang suka dahulu, In syaa allah awak akan dapat buat perkara yang awak suka di kemudian hari. Maaf, saya tak ingat daripada mana saya dapat ayat ini. Apa yang orang (keluarga, cikgu)  suka waktu sekarang? SPM lah kan? Betul?
  2. Berguru pada yang betul - Dr. Azizan Osman. Kalau lemah Matematik, bergurulah pada cikgu Matematik.
Nampaknya semua ahli kelompok tadi, tak ingat langsung intipati penting yang saya sampaikan sebelum cuti raya hari tu. (banyak sangat makan lomang kot. Haha)

Pertemuan tadi tu, macam wake up call lah. Please do something.

Tapi, kalau tak nak buat jugak? Haaa, gaji saya takkan terjejas. Hehe.

Awak buat, awak dapat.

Kalau awak berjaya:

Saya tak minta Camry atau BMW.

Tidak juga minta percutian di India.

Jauh sekali minta belanja makan di Menate.

Tapi saya tumpang gembira kalau awak berjaya.

p/s: Sila datang berjumpa saya. Perkhidmatan saya percuma.

p/s: Kepada semua murid SPM sekolah lain, rajin-rajinlah jumpa kaunselor anda. Ehem, ehem, bawaklah sekali sepotong dua kek secret recipe. Hehe.

5 ulasan:

  1. Bila nak periksa besar ni, kadang2, cikgu lagirisau dari budak yang nak periksa ni.. huhuhu..

    Jemput baca bahaya impetigo pada budak-budak : http://nurulatiqah.com/impetigo/

    BalasPadam
  2. Kalu gagal Sijil Pelajaran Malaysia maka Silalahtunggu Peminangan Masuk... ha ha ha doiii...

    BalasPadam
  3. Sesuai sangatlah intipati yang no 1 untuk budak-budak sekolah boleh digunakan untuk anak-anak Mrs. A hehehhe

    BalasPadam
  4. Good luck for all spm candidate..dah x berapa hari lagi kan nk exam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...