Rabu, 10 Mei 2017

Tips Kejayaan Pasukan Catur

Image result for chess

Hai, sorry sebab sudah lama tak menulis di sini.

Sibuk.

Okeh, itu hanyalah alasan saya.

Sebenarnya, bila dah lama tak menulis, saya telah terbawa-bawa perasaan itu. Inilah jadinya, baru hari ini menulis setelah sekian lama blog ini ditinggalkan. Huhu.

Sekarang ini tengah hujan lebat di Bahau. 

Masa sesuai untuk menulis cerita yang best bagi sayalah. Harap best jugak pada korang yang membaca. Hehe

Ok, saya nak cerita pasal catur.

Sebenarnya, sejak kecil saya sukakan permainan yang menguji minda. Saya suka catur, dam haji, teka silang kata, domino, sahibba dan seumpama dengannya.

Saya tak suka main anak patung, macam budak-budak perempuan yang lain.

Tapi, saya tak lah begitu mahir dengan catur. Masa itu, takde siapa nak main catur dengan saya. Saya hanya tahu pergerakan asas sahaja.

Bila dah jadi cikgu ini, saya diberikan tugas sebagai pengurus pasukan catur sekolah.

Saya rasa ada lah dalam 6 tahun saya pegang catur ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini kejayaan sangat membanggakan saya.

  • Tahun 2016, johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun. 
  • Johan lelaki bawah 15 tahun - Khairul Aizzat
  • Ke-3 lelaki bawah 15 tahun - Syakirien
  • Khairul Aizzat dan Syakirien terpilih ke peringkat negeri

Untuk tahun ini, semua murid yang pernah mewakili sekolah tahun lepas, telah berpindah sekolah.

Saya kecut perut 

Panik

Hendak mempertahankan kejuaraan tahun lepas.

Betullah orang kata, hendak mencipta kejayaan itu senang, nak mempertahankannya lebih susah. Huhu

Tapi, alhamdulillah. Kejayaan catur tahun ini lebih manis:
  • Johan berpasukan lelaki bawah 15 tahun
  • Naib Johan berpasukan lelaki bawah 18 tahun
  • Naib Johan individu lelaki bawah 18 tahun - Aiman Zaidi
  • Ke-6 individu lelaki bawah 15 tahun - Uzairi Afendi
  • Aiman Zaidi dan Uzairi Afendi terpilih ke peringkat negeri
  • Pasukan perempuan pun semua ada mata lebih 2.0 daripada 7.0 mata. (sebenarnya nak dapat 0.5 mata pun susah wooo)


Ini adalah beberapa tips kejayaan pasukan catur sekolah:

1. Latihan lebih kurang sebulan wooo. Boleh dikatakan hampir setiap malam ada latihan. "Practice makes perfect"

2. Latihan dibuat seperti pertandingan. Jadi ada mata setiap kali menang. Ini sahaja cara untuk tapis pemain dalam saringan 1 sebab terlalu ramai pemain pelapis yang ada. 

3. Semangat berpasukan. Saya minta murid lelaki bermain dan mengajar murid perempuan. Ini sangat membantu. Tengoklah, mata pasukan perempuan meningkat!

4. Semua pemain terutama pasukan lelaki akan dipilih berdasarkan
  • kebolehan permainan catur
  • komitmen
  • attitude
Jom layan gambar:

Pasukan Perempuan


Pasukan Lelaki




Dewan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol









Johan Lelaki Bawah 15 Tahun

Naib Johan Lelaki Bawah 18 Tahun


Saya lah orang paling gembira!!

Budak-budak memang riang kalau dibawa makan di KFC!


Well, kita tunggu next year, untuk kejohanan seterusnya. Wish me luck ok!

16 ulasan:

  1. good luck sis, semoga pasukan binbingan ini berjaya mencipta kejayaan again and again

    BalasPadam
  2. Tahniah Cikgu! Terima kasih atas perkongsian tips ini. Anak saya juga minat catur dan pernah masuk pertandingan catur peringkat negeri baru-baru ini. Tips yang amat berguna untuk diajar kepada anak-anak.

    BalasPadam
  3. saya tahu main dam haji je..kalau main catur...oh tak tahu la buat macam mana..

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu, bagus tips yang diberikan

    BalasPadam
  5. terbaiklah cikgu yg pegang catur ni. tahniah sangat!

    BalasPadam
  6. tahniah..semoga lbh ramai lg yg berminat main catur..

    BalasPadam
  7. dulu pernah masuk peringkat daerah jerla.. memang pandai2 semua.. student cina memang hebat.. dapat kalahkan dalam dua tiga orang jer.. dia ada tiga baris meja, kalau hebat makin naik ke meja ke meja pertama.. paling terbaik sikit lagi nak baris meja yang pertama.. susah .. dominasi orang cina, tapi orang melayu pun hebat juga, yang menang orang melayu.. masa zaman sayalah, sekarang tak tahu..

    BalasPadam
  8. Terbaik rin...teruskan usaha mendidik dan mengasah bakat anak muda...:) tahniah

    BalasPadam
  9. Tip ke 5 ..ambil cikgu CT jadi pengurus catur 😬

    BalasPadam
  10. Keyaan peserta juga d sbbkan pengurus carur yg komited so tahniah juga buat cikgu CT

    BalasPadam
  11. Susah tau nk main catur ni..sis JM main dam aji tu pun x sempat2 naik haji tau

    BalasPadam
  12. Org bijak je leh main catur n menang..yg pasti practice make perfect

    BalasPadam
  13. WOW! tahniah cikgu dan anak-anak muridnya.

    Mrs. A pun minat catur jugak tapi itulah dalam family takde yang minat so takde siapa nak lawankan catur huhuhu...

    BalasPadam
  14. wahhhh hebatttttt!!!! tahniah.... berkat kerjasama dan usaha tanpa henti!!!

    BalasPadam
  15. Bagusnya.m biasa org y pndai main catur ni cerdik... Mcm lya mmg x pndai lgsung main catur..haha

    BalasPadam
  16. tahniahnyer., semoga terus besar menjadi johan., aminn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...