Sabtu, 18 Mac 2017

Tahniah Kepada Pelajar SPM 2016

Image result for result

Yep, seperti orang lain, saya pun nervous dan teruja nak mengetahui keputusan SPM 2016.

Keseluruhannya, Negeri Sembilan mencatat keputusan SPM 2016 kedua terbaik di belakang Putrajaya. 

Sekolah saya, SMA Haji Muhamad, mencatat tempat ke-23 terbaik di dalam Negeri Sembilan. 

Baca >> Mohamad Ucap Tahniah kepada Pelajar SPM 2016 Negeri Sembilan

Semua sekolah agama dalam Negeri Sembilan mencatat keputusan yang memberansangkan. (Siapa cakap sekolah agama kelas rendah?)

Abang Sado

Ratu Cantik

Melihatkan kepada keputusan pelajar-pelajar SPM 2016 ini, semua cikgu pastinya memuji. Walaupun ada pelajar yang gagal 4 atau 5 subjek. Kenapa?


Yep, sebab man jadda wa jadda (siapa yang bersungguh-sungguh, pastinya berhasil)

Pastinya saya akan sebut tahniah kepada pelajar SPM 2016 yang cemerlang, dan tahniah jugak kepada pelajar yang kurang cemerlang. 

Waktu begini pun, cikgu-cikgu masih memikirkan perasaan pelajar (tidak mahu menyinggung) sekiranya gagal memenuhi target guru. 

Sekarang, cuba tengok keputusan SPM 2016 masing-masing. Keputusan SPM 2016 adalah refleksi kepada apa yang awak belajar di sekolah.

Sekiranya tidur sahaja, malas mengulangkaji, berserah, bercinta oppss!! Itulah dia.

Kalau rajin buat kerja rumah, dengar kata guru, berbudi pekerti, nah itulah keputusannya.

Well, jadikan SPM 2016 ini sebagai suatu titik permulaan yang baharu. Pelajar cemerlang SPM 2016 takkan semestinya cemerlang sentiasa. Pelajar SPM 2016 yang kurang cemerlang, bangkitlah!

Percayalah, sepertimana orang kurang cemerlang poning memikirkan hala tuju selepas SPM 2016, pelajar cemerlang jugak poning weh, sebab terlalu banyak pilihan!

Isilah borang UPU sebaiknya. Ingatlah, borang awak, tanggungjawab awak, Jangan salahkan orang lain.

~Gagal setelah mencuba itu bagus. Tapi kalau gagal sebelum mencuba itu bodoh namanya~

p/s: khidmat nasihat saya adalah percuma, sekiranya ingin berjumpa saya, sila maklumkan terlebih dahulu, takut saya ada mesyuarat atau hal-hal lain.

8 ulasan:

  1. bab isi UPU yg leceh.. huhu last2 pilih xnk masuk poli atau U

    BalasPadam
  2. tahniah kepada yg berjaya!!!

    BalasPadam
  3. Wah! tahniah buat SMA Hj Mohamad. Syabas buat cikgu cikgi juga

    BalasPadam
  4. Adik bongsu saya pun ade ambik result spm tahun 2016 nih. Alhamdulillah result tak menghampakan. Tahniah untuk guru-guru yang bersusah payah mendidik anak2 sampai berjaya 😊😊

    BalasPadam
  5. Kecil molek je cikgu siti

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...