Isnin, 27 Mac 2017

Bidan Terjun di Majlis Penutupan Program Bina Sahsiah Fardhu Ain (BISAFA)


Ingat tak entri pasal program ini? Kalau tak ingat, boleh baca kat sini.

Semalam, ketika sedang duduk berehat, sambil menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), saya menerima satu panggilan telefon:

Assalamualaikum cikgu
Waalaikumussalam

Cikgu tengah buat apa?
Tengah tengok tv, ye nak apa?

Cikgu, boleh tak datang majlis penutup Program BISAFA hari ini?
Hah!?? Panggilah orang lain...

Orang lain ada hal cikgu...
Alamak...

Tinggal cikgu je nih
Alaaa, panggil lah orang besar lain, saya nih orang kecik (merujuk kepada jawatan)

Semua tak boleh cikgu
Aiseh, majlis penutup pukul berapa?

Pukul 12.30 tengahari
Sekarang pukul berapa? 

12.15 cikgu
Hah!?? Ko nih Faqih (15 minit je lagi)

Boleh ek cikgu?
Ok, tapi saya tak nak berucap (bidan terjun kan, lagipun ada wakil PPD, kang ada pulak tergagap-gagap)

Terima kasih cikgu.
............................................................
Saya sampai di sekolah dah pukul 12.31 tengahari.

Waktu itu, perasmi Ustaz Ismail (wakil PPD) dah sampai dah. Adoiii.

Jom kita layan gambar sekitar Program BISAFA:






Bersama barisan fasilitator

 Bersama orang kuat Program BISAFA

Fasilitator dan peserta; berpisah tiada ^_^

Peserta 38 orang.
Ok lah kan? Not bad.

Perasmi majlis penutup oleh wakil PPD
Wow!

2 tahun keluar dari SMAHMU, dah boleh buat program macam nih.
Ini yang orang Jerman cakap "role model"

Semoga ex-smahmu berjaya, cemerlang, gemilang, terbilang dan terbang tinggi!

ketahuilah bahawasanya saya amat berbangga dengan kalian!

Good luck guys, wish you all the best!!

7 ulasan:

  1. wahh., jadi bidan terjun biasa upahnye mahal kann cikgu., heheh2

    BalasPadam
  2. Bidan terjun take it as a challenge ;-)

    BalasPadam
  3. Bidan terjun? Terjun dari tingkat berapa ahaahah

    BalasPadam
  4. Abis tu kena ber ucap tak?

    BalasPadam
  5. Bidan terjun pun x pe sbb anytime pun boleh sbb sentiasa bersedia tul x..kalau sis JM x boleh sbb kalau bersiap kurang/ setengah jam

    BalasPadam
  6. tahniah cikgu, bidan terjun pun oklah

    BalasPadam
  7. datang menyinggah ke blog cikgu ni.. sy follow cikgu ye.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...