Rabu, 18 Januari 2017

Orang Tak Pandang Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA

Image result for politeknik

Image result for kolej komuniti

Image result for giatmara

Al-kisahnya, petang tadi saya di datangi oleh 2 orang bekas anak murid saya. Kedua-duanya lepasan SPM tahun lepas, yang mana keputusan SPM akan dikeluarkan pada tahun ini.

Saya terkejut, takde hujan takde ribut. aleh-aleh (betul ke saya tulis nih?) terpacul mereka berdua di depan pintu bilik saya. 

Saya pun tanyalah apa hajat di hati? Rupa-rupanya mereka inginkan pendapat saya tentang institusi untuk mereka menyambung pelajaran nanti.

Saya agak, ini mungkin adalah rentetan daripada apa yang berlaku semalam di dalam Whatapps Group diorang. Canggihkan budak-budak sekarang? Ada Whatapps Group lorrr. Saya dulu-dulu takde macam nih weh...Ada murid yang telah menyambung pelajaran tanpa pengetahuan (tidak merujuk) kepada saya terlebih dahulu.

Bukannya apa, saya galakkan mereka merujuk kepada saya terlebih dahulu, takut-takut duit terbang masuk ke institusi yang ntah apa-apa. Institusi yang menanam tebu di tepi bibir banyak je sekarang ni. Budak-budak yang baca ni faham tak? Kalau tak faham, bukak kamus ye.

Jadi, berbalik kepada 2 orang bekas anak murid yang datang berjumpa saya tadi. Diorang tanya pasal institusi yang sesuai untuk diorang sambung belajar. Saya mencadangkan 3 institusi iaitu Politeknik, Kolej Komuniti dan GIATMARA.

Murid: Ok ke cikgu?
Saya: Mestilah ok
Murid: Ermmm, ayah saya kata kalau nak masuk GIATMARA, itu pilihan terakhir
Saya: Eh, kenapa pulak?
Murid: (Sengih)
Saya: Sebab tak glamor (terkenal) ke?
Murid: (Sengih)
Saya: Eh, awak tahu tak, diorang memang lah tak glamour, tapi diorang lah orang yang paling senang buat duit! Diorang belajar dan apply, kreatif, ada perniagaan sendiri. Daripada awak belajar benda yang awak tak minat, dan awak tak dapat kerja bertahun-tahun, baik awak ambil bidang kemahiran. 

(Kedua-dua bekas anak murid saya memang minat dalam bidang kemahiran)

Saya: Awak beli sesuatu barang, contohnya Kek Lapis yang sangat sedap, ada tak awak tanya, dia ada diploma atau ijazah ke? Mestilah tak kan?
Murid: A ah...betul!
Saya: So, apa awak nak risau kalau awak ambil sijil, diploma atau ijazah di 3 institusi itu?

Kot iye pun ada penjual Kek Lapis lulusan ijazah atau Phd pun ada dia tulis kat kek? Atau ada ke Kek Lapis lulusan ijazah lebih sedap daripada diploma?

Memandangkan diorang kata 3 institusi tersebut tak glamour, saya pun tanya:

Saya: Awak nak belajar di institusi swasta ke?
Murid: Ntah lah cikgu
Saya: Buat apa awak nak belajar kat situ kalau ada 3 institusi yang menawarkan yuran yang lebih baik dan pastinya diiktiraf oleh kerajaan? Yang penting, awak dapat ilmu dan boleh menjana duit di masa akan datang. Daripada masuk institusi yang ntah apa-apa, yuran beribu-ribu dan ilmunya lebih kurang sama sahaja.

~perbincangan seterusnya tidak boleh didedahkan~

Diorang pun balik dengan muka berseri-seri. Haha!!

p/s: bagi lepasan SPM, awak semua akan dapat surat, SMS, Whatapps yang kononya menawarkan peluang sambung belajar, atau taklimat sambung belajar. Sila rujuk pada guru/kaunselor sekolah ye. Jangan main redah sendiri je.

p/s: saya suka tengok pelbagai aktiviti Kolej Komuniti di Instagram. Syabas!! 

52 ulasan:

  1. Itulahkan mentaliti sesetengah masyarakat suka yang dipandang glamor tapi hasilnya belum tentu gah.

    Bila baca tulisan cikgu ni, teringat kata-kata Saiful Nang "orang bekerja pasti belajar, orang belajar, belum tentu bekerja". eh! tetiba

    Saudara terdekat Mrs. A ada degree dari institusi yang kononnya bukan pilihan terakhir tu tapi masih tiada kerja yang tetap, bukan tak cari tapi susah nak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, saya rasa yang laku keras sekarang nih ialah orang yang ada kemahiran ;)

      Padam
    2. Tanpa Nama11 Mei, 2018

      sy dri university malaya dan ambik cost doctor of philosophy sy dah jadi doctor. pada pendapat sy politeknik ,giatmara, vokisional,ikbn semua tu institusi sampah dan tidak bertauliah dan tidak diiktiraf (sebab tu lah nak cari kerja tu susah MR.A,)company nak ambik kerja pun kene ade experiance..

      Padam
    3. Maaf ye...tulisan anda menggambarkan anda bukanlah seorang profesional dan intelektual...berat tuduhan saudara tu tanpa sebarang bukti...tidak menggambarkan identiti seorang pemegang Ph.D.

      p/s. Ada Ph.D pun bukan bermakna senang nak cari kerja ye...dan paling penting...nak jadi hebat tak perlu ada Ph.D pun..mcm cerit kek td...tq

      Padam
    4. Amboi dia ni..sedap jari je menaip ayat...hu hu...doktor nak dok dlm aircon...aircon rosak cari org mahir baiki...org pandai baiki dtg dari mana doktor bijak?...dr org giat mara...poli...ikbn...ikm...dll tu lah...doktor yg bijak...jgn hine org!

      Padam
    5. Tanpa Nama07 Mei, 2019

      saya pun belajar di um, tapi still memandang tinggi akan bidang kemahiran. setakat kita ni belajar pun nk harapkan lecture suap, better diaorg belajar sambil asah kemahiran. lol-_-

      Padam
    6. Tanpa Nama11 Mei, 2019

      martin garrix betulkah awk seorang doc ?hhahhahah i baca this coment in 2019 pun rasa nak gelak sbb zaman skrng bukan kira kat mna awk belajar skrng ni zaman buat duit , if kau pandai buat duit utk survive hidup kau maka hidup kau akan easy kelak.pada kau nak jd doc semata2 untuk ligan title tu batter stop kot sbb gaji kau pun lebih kurang je semak otak pun semk sbbtulah jd ceni

      Padam
    7. Martin garrix betul ka u ada phd? Tak menggambarkan mentaliti seorang profesional pun. Komen pun ejaan pun banyak salah. Musykil ni

      Padam
    8. ciss.. Sembang kari punya doktor.. Acah je lebih.. Ntah2 doktor sendiri ckp mcm org xde pendidikan

      Padam
    9. Tanpa Nama22 Jun, 2022

      doctor of philosophy erkkkkk...adeychitttt poorahhhh...semakin pandai lagi semakin bodoh...jangan buat malu UM....

      Padam
    10. Tanpa Nama04 Ogos, 2022

      Ejaan 'course' pun salah. Asas tu. Pastinya dia bukan pemegang PhD ataupun doktor, hanya sekadar mahu mengeruhkan keadaan di bahagian komen atau melaga-lagakan umat. Usah terpengaruh dengan golongan macam ni, banyak di media sosial.

      Padam
  2. Yalah, betul juga! Tak glamor. Kalau zaman saya dulu habis belajar (puluh tahun sudah) memang tak pilih punya pusat pengajian macam ni, lagi-lagilah kalau pandai. Macam-macam peluang dapat. Hahaha!

    Tapi betul juga ya, kalau jadi usahawan, bukan dia tengok pada diploma, ijazah mahu pun sarjana. Daripada belajar benda tak minat lepas tu menganggur melopong kat rumah, lebih baiklah belajar skil khas macam ni.

    BalasPadam
  3. Kalu mampu diundur masa... Nak je masuk salah satu di atas... blajo masak... ha ha ha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dulu SS belajar masak, sekarang nih ntah2 dah jadi jutawan restoren hehe

      Padam
    2. skrg pn boleh nk belajar masak..amik kursus pendek..selalunya dibuat pd hujung minggu di mana2 kolej komuniti seluruh malaysia

      Padam
  4. Politeknik pun not bad tau sbb ramai student kluar dari sana dpt keje compare yg masuk u

    BalasPadam
  5. Sama gak dgn kolek komumiti n giat mara..belajar dpt kemahiran boleh buat bisness masyuk!!!

    BalasPadam
  6. ikut keadaan skang..lulusan politeknik, kolej komuniti dan giatmara la plg senang dpt keje lepas abis belajar..malahan ada gaji lagi tinggi dari lulusan ijazah ipta/ipts..

    BalasPadam
  7. cikgu..ciktom nak suggest cikgu masukkan jgk list IKM (institut kemahiran mara)..yuran murah..dpt elaun bulanan..kursus yg ditawarkan pun high demand bagi sektor pekerjaan lps habis belajar..

    BalasPadam
  8. agaknya dah memang jadi mentaliti org kita... benda2 mcm ni dia rs x glamer... kalau study tu gempak x pe gak nak memilih ni so-so je... ishhh rs nk seligi je org yg mcm ni x reti bersyukur langsung

    BalasPadam
  9. Ramai yang tak bekerja disebabkan kekurangan syarikat engineering merata Malaysia. Kita perlukan kurang2 10,000 lagi syarikat engineering dan kilang. Jadi sebagai rakyat jelata, tirulah produk keluaran Jepon, Jerman dan Amerika. Belajarlah walaupun ke bulan sekalipon, jadi kita dapat keluarkan produk Malaysia yang dapat bersaing dengan Jepon, Jerman dan Amerika. Semoga Allah s.w.t berikan kita semangat.

    BalasPadam
  10. Nak masuk University kena bayar kn?

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama17 Mac, 2019

    Saya lepasan giatmara tahun 2010 . Ambik bidang chargeman . Alhamdulillah , berbekalkan minat , usaha dan doa sekarang gaji saya hampir 10k . Bukan tu point saya . Cuba tanamkan dalam diri yg anda boleh berjaya tak kira belajar dalam institusi apa pun . Cuma jangan pandang rendah dengan institusi seperti diatas . Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalm bang, kalau lepasan diploma Elektrik&elektronik dari poli pastu sambung belajar ke ijazah agak2 boleh ke apply chargeman a4?

      Padam
    2. PROF. DR. Eqram15 April, 2019

      InshaAllah boleh bang, paper apply dulu

      Padam
    3. Mcm kwn saya dia ambil bidang jahitan giatmara modal buat baju kurungg . Sekarang byee ~ ambil upahan bju pun ad limit . sbb tlmpu bnyk tmphn , lg2 time raya,bekerja . Klo dia bljr jual guna platfom online lg perr mmg laku beb ...

      Padam
    4. Tanpa Nama15 Julai, 2019

      Nak minta pendapat bole, tahun ni saya menduduki spm lepas habis saya terfikir nak sambung belajar di kktm . Akan tetapi segelintir kawan saya memandang rendah pada institusi tersebut. Saya berbelah bahagi terhadap hala tuju saya d masa dpn. Adakah saya patut teruskan atau tidak

      Padam
    5. Tanpa Nama15 Julai, 2019

      Nak minta pendapat bole, tahun ni saya menduduki spm lepas habis saya terfikir nak sambung belajar di kktm . Akan tetapi segelintir kawan saya memandang rendah pada institusi tersebut. Saya berbelah bahagi terhadap hala tuju saya d masa dpn. Adakah saya patut teruskan atau tidak

      Padam
    6. nak minta pendapat boleh...saya dapat tawaran giatmara utk ambik kursus elektrik....ok ke giat mara

      Padam
    7. Sy nak tumpang tnya dn mnta pendapat, Anak Sy lepasan giat mara elektrik pw2.. Sebaiknya dia Sambung ke ikm utk diploma pw4 atau ke giat mara pw4

      Padam
  12. skrg ni i have 2 choice . 1 course yang saya minat tapi ipts under mara . second politeknik . engineering enviromantal . buntu nak pegi yang mana . sbb kalau pegi poli yuran more murah than ipts tu . tapi ipts tu under mara which is course yang saya memang minat . so pendapat awak where should i go ? T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa nama ipts itu? satu-satunya universiti di bawah mara ialah UNIKL ya. kalau awak dapat kursus yang awak minat, dan dibawah UNIKL, apa kata awak beri pertimbangan yang sewajarnya?

      Padam
  13. Saya nak tanya , saya skrng dapat sambung bljr ke politeknik metro kl .. poli metro tu under kerajaan ke and perlu ke saya teruskn niat bljr sbb ramai kawan2 yang kata poli metro kurang bagus ☹ saya btul2 perlukn bantuan. Sbb poli tu pilihan yg saya ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kenapa kawan-kawan kata poli tak bagus? mereka lepasan poli ke?

      Padam
    2. politeknik metro hanya sekadar nama yang diberikan berdasarkan tempat ia di bina. Biasanya politeknik metro dibina di dalam kawasan bandar yang besar dan ia hanya menawarkan kursus2 tertentu sahaja yg sesuai utk bidang pekerjaan di dalam bandar seperti kursus2 yg berasaskan perdangangan dan perkhidmatan....lebih kurang camtu la...standardnya sama mcm politeknik lain....

      Padam
  14. Kolej ni popular di USA

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum saya danial hakim bekas pelajar kolej komuniti, apa yang saya cuba kongsikan pengalaman sye semasa belajar di kolej komuniti , Alhamdulillah saya dapat banyak sangat ilmu dan bukan sahaja ilmu, tetapi dapat mengubah hidup saya from Zero ke Hero , walaupun orang pandang remeh temeh pada pelajar sijil seperti saya, saya bukan nak bangga kan diri saya, saya di sana saya ambil bidang REKABENTUKDALAMAN . Semasa saya interview dengan satu sysrikat interior design yang terkenal di malaysia, mereka sangat suke dengan hasil portfolio saya yang setanding pelajar UITM , malah lebih dari itu.. so jangan pandang rendah pada kami walaupun kami level sijil tapi hasil kerja kami boleh buat lebih dari pelajar Diploma, sekarang Alhamdulillah saya dapat menyambung di kolej komuniti sabak bernam dapam jurusan Diploma of architecture technologies

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wau saya terhibur apabila membaca komen anda dan ini la yg sa minat sebelum ini dan itu adalah menjadi seorang arkitek.. boleh tanya ka? Lps sdh dpt sijil senibina bole ka sambung diploma dan seterusnya dan sesudah habisan smua itu bole ka bekerja di luar negara sebagai arkitek?

      Padam
  16. Power la martin garrix...������

    BalasPadam
  17. umur berapa yg btul2 layak masuk giatmara..? sbb sy risau akn masa depan anak sy... dia x minat berlajar.. tp dia sgat minat kemahiran... umur 15 thun atau lepasan spm..? apa beza klu masuk umur 15thun dgn lepasan spm..? mohon pencerahn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak , pada pendapat saya , kalau anak tu tak minat belajar,tapi nak masuk kemahiran , better bagi dia masuk kemahiran kak.

      Sebab kelak nanti dia x semangat , pointer lebih kurang last2 keluar .

      Yang saya cadang dia masuk politeknik,kolej komuniti , spa8 atau apa2 kemahiran under kerajaan . Sebab lepas habis memang laku .

      Saya pelajar IPTA. , Dan saya menyesal .

      Padam
  18. Saya sangat tertarik komen-komen dia atas.Tidak semua murid memperoleh keputusan spm yang.Ini bukan bermakna mereka gagal Dan tertutup pintu kejayaan.Apa yang penting tekadkan usaha.Sahabat saya gagal spm Tahun 1986.Setelah beberapa Tahun ambil sijil Senibina.Sekarang bergelar pensyarah di Uitm Sri Iskandar bidang arkitek.Itulah Dr Othman Mohd Nor.Anak-anak boleh dapatkan terus motivasi daripada beliau.Terima kasih.

    BalasPadam
  19. Nak tnya mna yang lgi ok ye? Ikbn ke politeknik?

    BalasPadam
  20. Soalan saya.. Mana lebih baik bljr di ikm atau kolej komuniti.
    Bidang auto atau it yang menjamin masa depan

    BalasPadam
    Balasan
    1. IT sebab negara kekurangan saintis komputer

      Padam
  21. Assalam, cikgu, saya nk jdi pereka bentuk dalaman, hadi kolej komuniti tu sesuai tak untuk saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tidak salah mencuba sekiranya ada kursus yang berkaitan ditawarkan di sana

      Padam
  22. Saya ambik dua dua sekali,fast track PhD dalam sains kemanusiaan dan diploma teknologi komputer ikm..tapi bersyarat..dua dua sebuah skop ilmu yang bernilai dan sekolah adalah sekolah walaupun seburuk-buruk tempat...dari tempat itu pun Lahir insan berilmu ...

    BalasPadam
  23. Assalammu'alaikum cikgu, saya dpt tawaran sijil teknologi senibina kolej komuniti.. dan saya dah terima tawaran tersebut.. soalnya skrg ni, kalau kte dpt pointer tinggi, kte boleh ke guna untuk apply masuk diploma/degree kat mana²? sbb org kata sijil susah nak terima kerja n gaji pun sikit.. saya risau la cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas kolej komuniti, awak boleh mohon ke politeknik untuk sambung pelajaran. Sijil susah nak dapat kerja? itu salah ye...jika ada kemahiran, memang senang dapat kerja.

      Padam
  24. Sampah? Hina sampai gitu, org kaya saja ckp gitu, ilmu dimana2 pun boleh diperolehi. Dgn tempoh n yuran murah, seorg pelatih bole belajar pelbagai sijil. Takle perlu kita nak panggil foreman repair kereta kita, elektrictions baiki rosak rumah. Dah tgk masterchef ke.... pangkat engineer, doktor, cikgu2 pun akhirnya ke arah mahir memasak. Belajar diinstitusi begitu bermanfaat dlm hidupan harian, bukan nak belajar utk bekerja saja. Betul lah, doktor duduk aircond bole repair ke

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...