Selasa, 17 Januari 2017

Keputusan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA & GIATMARA 2017


Semalam dah keluar keputusan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA dan GIATMARA bagi tahun 2017. Tahniah kepada yang berjaya.

Macam mana nak semak? Boleh terus klik banner kat atas tu. Boleh juga klik si sini

Kalau tak dapat macam mana? Jangan risau. Boleh buat rayuan ya. Macam mana nak buat rayuan? Boleh terus berhubung dengan institusi yang di pohon dahulu. Contohnya, ada murid saya yang tidak mendapat tawaran ke Kolej Vokasional Muar, Sungai Nibong. Jadi, saya cadangkan padanya, jangan terus ke Kolej Vokasional Muar. Tetapi, telefon dahulu ke Kolej Vokasional tersebut. Tanyakan terlebih dahulu bagaimana prosedur membuat rayuan. 

Macam mana nak dapatkan nombor telefon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, ILKS, ILKA dan GIATMARA? Senang sahaja, Google maaa. Haha!!

Bukannya apa, kalau terus ke sana, tanpa membawa barang-barang yang diperlukan seperti dokumen-dokumen penting, hanyalah membazir. Kos perjalanan dari Bahau ke Muar, bukannya sedikit. 

Mengikut pengalaman saya, sekiranya tidak mendapat panggilan yang pertama ini, in syaa Allah akan menyusul panggilan yang kedua. Yang penting, buat rayuan dan jangan berputus asa. 

All the best guys!!

p/s: Tahniah kepada murid-murid saya yang mendapat tempat di Kolej Vokasional. Selamat berjaya di tempat yang baharu.

9 ulasan:

  1. Anak buah pun merayu jugak..harap dia boleh dapat lah..

    BalasPadam
  2. tahniah kepada yang berlaja / layak

    BalasPadam
  3. alhamdulillah yg berjaya tu

    BalasPadam
  4. Tahniah! buat yang berjaya.
    Bagi yang kurang bernasib baik jangan mudah berputus asa.

    BalasPadam
  5. adik ipar ade mohon..mudahan dapat okay juga

    BalasPadam
  6. SPM penetu masa depan..tahniah kepada yg berjaya yg kurang bernasin baik jgn sedih masih ada peluang yg lain

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...