Khamis, 17 November 2016

Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar Seremban


Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar merupakan salah sebuah sekolah menengah teknik yang banyak melahirkan Teknokrat dalam pelbagai bidang. Murid-murid berpeluang untuk menceburi Bidang Kejuruteraan dan Perakaunan.

Bentuk tawaran:
1. Permohonan secara dalam talian (bermula 11 Oktober 2016)
2. Permohonan secara walk-in selepas tawaran pertama
3. Permohonan melalui Kebitaraan Kokurikulum (Reka Cipta & Matematik)

Bidang yang ditawarkan:
1. Kejuruteraan Mekanikal
  • Matapelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam/Moral
  • Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Matapelajaran Elektif
  • Fizik 
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Mekanikal


2. Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Semua matapelajaran teras
  • Matapelajaran Elektif:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3. Kejuruteraan Awam
  • Semua matapelajaran teras
  • Matapelajaran Elektif:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Pengajian Kejuruteraan Awam
  • Lukisan Kejuruteraan
4. Perdagangan
→ Pakej A:
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan 
  • Pengajian Keusahawanan
ATAU
→ Pakej B:
  • Sains
  • Matematik Tambahan
  • Perdagangan
  • Prinsip Perakaunan 
  • Pengajian Keusahawanan
DAN
Matapelajaran Teras:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
Syarat Umum:

  • Calon adalah warganegara Malaysia
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
  • Calon telah menduduki PT3
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada masalah mental
  • Calon berminat dengan kursus yang dipohon
  • Calon mestilah tidak rabun warna
Syarat Khusus:
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya C bagi matapelajaran berikut:
  • →Bahasa Melayu
  • →Bahasa Inggeris
  • →Matematik
  • →Kemahiran Hidup
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya D dan Band 4 bagi matapelajaran Sains
Tarikh tutup permohonan: 20 Disember 2016
Tarikh pendaftaran: 25 Januari 2017
Walk-in/rayuan: 26 Januari - 28 Febuari 2017

Permohonan online klik sini
Maklumat mengenai sekolah klik sini
Twitter klik sini
No.Telefon: 06-7638307

55 ulasan:

  1. Wahh.. Nasib adik muda lagi.. Hihi

    BalasPadam
  2. oklah tu, sekarang kemahiran perlu ada. kalau ada yang teknik + agama pun best juga. banyak mintak pulak saya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. teknik + agama rasanya belum ada lagi sis.

      kalau sains + agama ada

      Padam
    2. sains saya tengok tak terjamin pula bila kerja. tak tahulah minat anak2 cemana nanti

      Padam
    3. sebenarnya semua bidang ok. tengok sejauh mana student tu memanfaatkan peluang yang ada ;)

      Padam
  3. Hazreen cikgu kaunselor kat sekolah ni ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, nope...sekolah lain

      Padam
    2. Cikgu kaunselor ropernya... 😬😬😬...

      Padam
    3. Cikgu dah kawen? Ha ha ha... hadoiii... soklannn... kalu cikgu dpt student cam SS ni... kompom
      Cikgu pening... bila pening... cikgu mesti tido... cikgu sudah tido mari kita main... ha ha ha..

      Padam
    4. haha, soalan SS tak boleh blah!!

      main apa tu SS? main chak chak ke??

      Padam
    5. Main cuit tiang jek cikgu... 😂😂😂

      Padam
    6. kalau main cuit tiang tak pe, jangan main cium tiang haha!!

      Padam
  4. Thn depan adik sis JM ambik PT3 so thn 2018 leh try hantar ke sekolah ni itu pun kalau result memuaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahun depan ek...nak wish dulu awal2 "good luck adik sis JM"

      Padam
  5. Kalau nk pegi jumpa cikgu hazreen je boleh? 😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, pasti tak jumpa nyer...saya sekolah lain ;)

      Padam
  6. Sekarang ni tak boleh memilih sangat. Mana ada peluang, masuk aje. Tapi kenalah tengok juga pada minat. Kalau buat sesuatu tanpa minat, memang parahlah masa depan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang kan, minat tu boleh hadir...apa orang kata, kalau tak kenal, maka tak cinta, ceh wah!!

      Padam
    2. Hah! Betul juga tu. Manalah tahu mula-mula tak nampak minat tapi bila dah belajar terus jatuh minat gilakan. Samalah macam cinta pandang pertama. Sekali pandang terus tak toleh tempat lain ^_^

      Padam
  7. boleh bagitau sepupu ciktom yang amik pt3..thanks cikgu byk update info bagus untuk murid2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah share tapi bila tengok bidang tue..katanya tak minat pulak masuk sek teknik..

      Padam
    2. takpe, ada banyak sekolah lain ;)

      Padam
  8. ciktom dah lama tertanya-tanya...student cikgu tahu tak yang cikgu diorang ni ada blog...sebab dulu masa mula2 mengajar ciktom rahsia kat student..segan..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. diorang tahu cik tom. memang saya suruh diorang tengok info kat sini ;)

      setiap kali entri baru, saya update kat facebook ;)

      Padam
    2. bagus blog ni jadi platform sharing info dgn student..kalau diorg byk sgt tanya or asyik lupa..share je link entri..hihi

      Padam
    3. betul tu cik tom, saya malas nak ulang banyak kali. saya akan ckp "baca blog saya ye"

      lagipun budak-budak sekarang suka internet, dan saya gunakan sepenuhnya hehe

      Padam
  9. Agak rugi yang bersekolah di bandar. Keputusan cemerlang pun susah nak dapat macam anak saya. Tak ada rezeki anak saya lagi. Tahun depan nak SPM dah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe, mungkin ada rezeki lain yang lebih baik. amin

      Padam
  10. anak masih kecil lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waktu dia besar nanti, sekolah apa pulak yang akan wujud kan..

      Padam
  11. Salam nk tnye yg perdagangan untuk pakej A dan b itu mengambil subjek teras tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, ye perlu mengambil subjek teras

      Padam
  12. wahhh dapat C pun still layak lagi ye... rs nyer zaman sy dulu dpt B pun rs cm payahhhh je nk apply sek teknik ni... kecuali kalu maths dia betul2 strong br lps

    BalasPadam
  13. salam cikgu.... kalau nk wat rayuan kena tunggu ambilan pertama dulu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry, saya tak pasti, cuba try berhubung dengan sekolah tersebut

      Padam
  14. Assalamualaikum Cikgu.
    Utk kemasukan ke thn 2017 , boleh buat rayuan lg ker?
    Anak saya ada apply tp tak dapat.
    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rayuan dibuka dari 26 januari hingga 28 febuari tuan.

      Padam
  15. Assalamualaikum
    Alhamdulillah, anak saya telah mendaftar masuk sebagai warga STTJ pada 23hb yang lalu. Cuba ada sedikit kemusykilan, setelah SPM nanti, adakah pelajar2 ini layak ke Kolej Matrikulasi sekiranya tidak berjaya dlm program asasi UPU?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, tahniah kerana anak puan berjaya ke STTJ.

      setakat ini, saya belum pernah lagi dengar ada pelajar yang gagal di program asasi bawah universiti. kita doakan yang baik-baik sahaja ya ;)

      Padam
  16. salam,nak tanya?..sekolah ni ada spm ke?
    ke terus diploma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. YE SEKOLAH INI ADA SPM. DIPLOMA IALAH KOLEJ VOKASIONAL . KAMI MASIH SEPERTI SEKOLAH MENENGAH YANG LAIN CUMA ADA SUBJEK TEKNIKAL.

      Padam
    2. Tanpa Nama05 Julai, 2017

      Salam cikgu
      Murid-murid india boleh mohon ke? Anak saya berminat bidang teknikal. Mesti tinggal di asramake?

      Padam
    3. Tanpa Nama05 Julai, 2017

      Agaknya PT3 perlu dapat berapa A jika nak berjaya masuk sekolah ini.

      Padam
    4. boleh ajukan pertanyaan terus kepada sekolah berkenaan ya.

      Padam
  17. Tanpa Nama10 Ogos, 2017

    Adakah pelajar boleh menambah subjek atau drop subjek yg ada dalam pakej tu? Contohnya menambah subjek agama islam.

    BalasPadam
  18. assalamualaikum, rayuan untuk kemasukan 2018 masih dibuka lagi ke?

    BalasPadam
  19. Maafkn sy, sek teknik ada utk tgktn 1 ke?

    BalasPadam
  20. assalammualaikum...kemasukn tuk thun dpn bila ye...

    BalasPadam
  21. di sekolah sana,ada tak ATM ,stesen bas yang terdekat dan pelajar bolih bawa telefon tak?

    BalasPadam
  22. salam cikgu .....murid india blh mohon krrr....anak saya minat dlm perdagangan

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum cikgu , untuk perdagangan pakej A tiada subjek agama islam ?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...