Selasa, 29 November 2016

Permohonan Kemasukan Program Tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017

banner jheains 04

Syarat Kemasukan Program Tamidhi Pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017
1. Warganegara Malaysia
2. Umur tak lebih 20 tahun pada 01 Januari 2017
3. Calon atau ibu bapa berasal dari Negeri Sembilan
4.  Telah menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2016 dan memperoleh sekurang-kurangnya:
  • Bahasa Melayu C+
  • Bahasa Arab C dan
  • Bahasa Inggeris C
Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 boleh di muat turun di sini

Borang permohonan program tamidhi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2017 yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebelum atau pada 05 Disember 2016 (Isnin).

Maklumat lanjut:
Telefon: 06-767 2824
Fax: 06-767 1850
E-mel: ptpmi.jheains@gmail.com

Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan: https://m.facebook.com/jheainsofficial/

Facebook Maahad Ahmadi Negeri Sembilan: https://www.facebook.com/MaahadAhmadiOfficial/

18 ulasan:

  1. wow, bagus info ni. thanks. boleh pass kat mereka yang cari rujukkan

    BalasPadam
  2. Kelayakan itu memungkin ramai yg akan memohon...syabas jika terpilih...perkongsian bagus

    BalasPadam
  3. terbuka kepada anak-anak ore nogori je lah ni eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak negeri lain pun boleh rasanya cuma keutamaan kepada anak negeri sembilan ;)

      Padam
    2. Alaaa mmg x de harapan laaa

      Padam
    3. belum cuba belum tahu ;)

      Padam
  4. ada kelonggaran disitu. hehehe. yg da C pon boleh apply

    BalasPadam
  5. Bertuah yang dapat belajar STAM ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep, belajar lebih kurang 10 bulan je...dan berpeluang ke Timur Tengah ;)

      Padam
  6. bagus jugak sambung STAM ni...tapi kebanyakan budak zaman sekarang tak nak..
    nanti ciktom share kat kawan2 org nogori...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum.kalau nak mohon stam walaupun dah lambat boleh lagi ke.sebab saya tak tahu pasal permohonan ini tamat pada 5 Disember 2016.Maaf saya lambat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hurm, cuba tanya jabatan hal ehwal agama islam negeri, good luck! ☺

      Padam
  8. hanya yg betul2 cekal je bleh msk STAM ni...based on pengalaman kazen sy... dia mmg betul2 struggle sbb nak sgt belajar kt mesir...akhirnya dapat jg ke sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. stam memang perghhh lah, belajar hanya beberapa bulan sahaja tapi ganjarannya lumayan, berbaloi-baloi ;)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...